![]() |
HANGZHOU, China, 6 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Dahua Technology, iaitu penyedia bagi penyelesaian dan perkhidmatan AIoT berpusatkan video yang terkemuka di dunia, baru-baru ini mengalu-alukan rakan kongsi pemasang yang cemerlang dari seluruh dunia ke ibu pejabatnya bagi meraikan sambutan Dahua Pro Challenge 2025. Acara ini menghubungkan komuniti global yang terdiri daripada golongan profesional mahir untuk memupuk kolaborasi, pertukaran pengetahuan dan memperkukuh perkongsian dalam ekosistem pemasang.
Bertemakan "BUILD IT. SHOW IT. WIN IT" ("BINA. TUNJUKKAN. GAPAI KEMENANGANNYA."), kempen 2025 ini dibina berdasarkan kejayaan inisiatif sulung pada tahun lalu. Ia bermatlamat untuk menggalakkan peserta mempamerkan pemasangan kreatif dan aplikasi praktikal daripada penyelesaian Dahua bagi meningkatkan lagi pertukaran profesional global serta pertumbuhan ekosistem.
Semasa merasmikan acara ini, En. Fu Liquan, Pengerusi dan Presiden Dahua Technology, merakamkan penghargaan atas kepercayaan dan kolaborasi yang terjalin sejak dahulu lagi daripada rakan kongsi pemasang di seluruh dunia. Beliau menegaskan bahawa seiring dengan kemajuan transformasi digital, pemasang ekosistem memainkan peranan yang kritikal sebagai penghubung akhir yang membawa teknologi AIoT ke dalam senario harian. En. Fu mengesahkan sekali lagi komitmen Dahua terhadap sumbangan bersama, kerjasama yang saling menguntungkan dan faedah bersama, menonjolkan pelaburan yang berterusan dalam pembangunan ekosistem bagi memupuk persekitaran kolaboratif yang memacu nilai pelanggan dan juga pertumbuhan rakan kongsi.
Program selama beberapa hari ini menawarkan pengalaman teknikal imersif yang menggabungkan bengkel amali, demonstrasi berasaskan senario dan perbincangan yang mendalam dengan pasukan produk dan kejuruteraan Dahua. Para peserta meneroka sistem video pintar, penyelesaian bangunan pintar dan aplikasi AIoT bersepadu, lalu memperoleh pandangan praktikal mengenai strategi penggunaan, pengoptimuman operasi dan arah aliran teknologi baru muncul. Keterlibatan ini membolehkan rakan kongsi pemasang memperdalam pemahaman mereka mengenai penyelesaian Dahua sambil berkongsi kepakaran, lalu memupuk pertukaran yang saling memperkukuh.
Lawatan berpandu ke bilik pameran kecerdasan digital dan kemudahan pembuatan Dahua memberi gambaran di sebalik tabir kepada para hadirin berhubung pembangunan produk, aliran kerja pemasangan dan keupayaan bekalan global. Jejalah ini menonjolkan keandalan, kebolehskalaan dan ketelitian kejuruteraan di sebalik portfolio penyelesaian Dahua, sekali gus memperkukuh keyakinan rakan kongsi dalam menyediakan sistem berprestasi tinggi mengikut permintaan pasaran yang berbeza-beza.
Wakil-wakil pemasang turut berkongsi tanggapan mereka mengenai acara ini. Seorang rakan kongsi dari Timur Tengah menyatakan, "Lawatan ini dapat memperdalam pemahaman kami mengenai keupayaan dikuasakan AI Dahua dan bagaimana ia diterjemahkan kepada nilai pelanggan sebenar." Seorang wakil dari UK menambah, "Berinteraksi dengan rakan sejawat dari pelbagai wilayah memberi inspirasi kepada kami untuk menyediakan penyelesaian yang lebih bersepadu dan sedia mendepani masa depan untuk pelanggan kami."
Selain pembelajaran teknikal, aktiviti-aktiviti kebudayaan – termasuk lawatan ke Tasik Barat dan pengalaman Songcheng yang imersif –memperkukuh hubungan antara perseorangan dan membina rasa kekitaan dalam kalangan peserta dari wilayah-wilayah yang berbeza. Acara ini diakhiri dengan majlis gala bagi memberi penghormatan kepada rakan kongsi Golden Pro yang menunjukkan kecemerlangan, kreativiti dan sumbangan penting kepada ekosistem pemasang global Dahua.
Dengan menggabungkan imersi teknologi, perkongsian pengetahuan operasi dan perangkaian global, Dahua memantapkan peranannya sebagai penginovasi AIoT dan pemacu kolaborasi ekosistem. Pro Challenge sekali lagi menunjukkan sejauh mana Dahua memperkasakan pemasang di seluruh dunia untuk menyediakan penyelesaian yang lebih pintar, lebih cekap dan berasaskan nilai, lalu memajukan komuniti yang pintar, terhubung dan mampan.
Memandang ke hadapan, Dahua akan terus memperluas ekosistem pemasangnya dan meningkatkan program pengupayaan rakan kongsi, menggalakkan kolaborasi rentas wilayah dan penciptaan bersama untuk memacu inovasi AIoT generasi akan datang, sekali gus memajukan misinya untuk mendayakan masyarakat yang lebih pintar dan kehidupan yang lebih baik.