HANGZHOU, China, 25 September 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai Pembekal Rasmi Basikal Elektrik untuk Sukan Asia Hangzhou, Yadea benar-benar meraikan pesta sukan yang hebat ini. Berpegang teguh pada pembangunan lestari, Yadea terus mencipta produk berprestasi tinggi dan teknologi hijau untuk mencipta gaya hidup berulang-alik mesra alam.
Bagi melaksanakan secara mendalam matlamat puncak karbon dan keneutralan karbon serta mengamalkan konsep penganjuran hijau, Sukan Asia Hangzhou mencadangkan sasaran untuk mewujudkan Sukan Asia neutral-karbon yang pertama. Yadea Modern(I8) ditetapkan sebagai penggunaan harian dan keperluan perjalanan di dalam tempat Sukan. Model ini mengguna pakai sistem TTFAR Yadea eksklusif yang menjamin tunggangan yang lancar, jarak jauh, menggembirakan dan mesra alam. Penentuan ini mengesahkan ciri kelestarian yang dibawa oleh produk Yadea.
Dedikasi Yadea terhadap advokasi alam sekitar amat konsisten dengan konsep penganjuran Sukan Asia Hangzhou. Sehingga 11hb pada bulan ini, pengguna Yade telah mengumpul sebanyak lebih 263.4 bilion kilometer tunggangan di seluruh dunia, mengurangkan emisi karbon sebanyak hampir 45.7 bilion kilogram, bersamaan dengan menanam lebih 2.28 bilion batang pokok. Di sebalik pencapaian ini ialah usaha pembangunan teknologi Yadea yang konsisten. Sebagai sebuah syarikat pembuatan pintar untuk kenderaan dua roda elektrik yang mengintegrasikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan penjualan, Yadea memfokuskan pada inovasi teknologi hijau penyelesaian e-mobiliti, membawa industri ini untuk menaik taraf.
Perbelanjaan R&D Yadea meningkat sebanyak 31.1% berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2022. Ia menempatkan secara berturut-turut 6 pusat R&D teknologi yang utama dalam industri, 1 pusat reka bentuk industri kebangsaan dan 2 makmal kebangsaan CNAS, 7 pangkalan pengeluaran utama di seluruh dunia, melangkaui 1,000 kakitangan R&D serta memiliki lebih 1,800 paten. Yadea telah membangunkan teknologi bateri grafena, bateri litium dan bateri natrium, mencapai susun atur yang utama dalam industri tenaga baharu.
Selain membawa produk ke peringkat global, pengantarabangsaan Yadea mempromosikan konsep hijau dan pintar kepada dunia. Yadea telah membuat penampilan menarik yang konsisten dalam pameran-pameran antarabangsa, EICMA, CES, EUROBIKE, IFA dan sebagainya serta bekerjasama dengan FIFA sebanyak tiga kali. Yadea sekali lagi muncul di acara sukan antarabangsa sejurus selepas menjadi Penyokong Rasmi Asia-Pasifik bagi FIFA Women's World Cup 2023TM bulan lalu. Yadea bersinar secara konsisten di persada antarabangsa.
Ketika ini, pusingan baharu revolusi teknologi dan transformasi industri semakin berkembang pesat. Sebagai No.1 Global bagi jualan tahunan selama 6 tahun berturut-turut, Yadea akan terus memperjuangkan usaha mobiliti hijau melalui inovasi teknologi hijau.
Hubungan PR:
Yadea Global | Laman Web Rasmi | Mengelektrikkan Hidup Anda