SHANGHAI, 26 September 2023 /PRNewswire/ -- Semasa HUAWEI CONNECT 2023, Huawei mendedahkan Penyelesaian CloudCampus 10 Gbps Berkualiti Tingginya yang dinaik taraf dengan empat ciri unik: akses berkelajuan-ultra-pantas, seni bina dipermudah, pengalaman terunggul serta Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) dipermudah. Penyelesaian kalis masa depan ini amat sesuai untuk perusahaan global membina rangkaian kampus berkualiti tinggi '10 Gbps ke pejabat, 10 Gbps ke pengeluaran dan 10 Gbps ke cawangan', yang hasilnya mempercepatkan perjalanan mereka daripada transformasi digital kepada pintar.
Kevin Yang, Vice President of Huawei's Campus Network Domain, unveiling the upgraded High-Quality 10 Gbps CloudCampus Solution
Menurut laporan daripada OVUM, bilangan terminal pintar akan meningkat secara mendadak sepanjang dua tahun akan datang, trafik audio dan video akan meningkat sebanyak 30% berbanding tahun sebelumnya dan menjelang tahun 2025, 80% aplikasi akan dipindahkan ke awan. Berlatarbelakangkan hal ini, rangkaian kampus perusahaan sedang membangun ke arah empat hala tuju: ultra-jalur-lebar, dipermudah, pengalaman terunggul dan O&M pintar.
Kevin Yang, Naib Presiden Domain Rangkaian Kampus, Barisan Produk Komunikasi Data Huawei berkata, "Era 10 Gbps telahpun tiba. Bagi mendepaninya, pelanggan merentas industri-industri berganding bahu dengan Huawei untuk membina rangkaian kampus 10 Gbps mereka yang berpusatkan pengalaman dan berkualiti tinggi."
Rangkaian kampus pejabat adalah tipikal di perusahaan. Penyelesaian CloudCampus 10 Gbps Berkualiti Tinggi Huawei membolehkan perusahaan global daripada semua saiz membina rangkaian kampus pejabat yang terbaik dalam kelas dengan akses ultra-berkelajuan tinggi, seni bina dipermudah, pengalaman terunggul dan O&M dipermudah.
Selain daripada rangkaian kampus pejabat, satu lagi senario biasa ialah rangkaian kampus pengeluaran. Penyelesaian CloudCampus 10 Gbps Berkualiti Tinggi Huawei melengkapkan rangkaian kampus pengeluaran dengan tiga ciri unik: terhubung sepenuhnya, disatukan dan pintar. Penyelesaian ini menambah kecerdasan kepada peranti, menyatukan protokol komunikasi peranti dan menjadikan rangkaian lebih fleksibel.
Di acara pada tahun ini, Huawei menonjolkan suis Rangkaian Peka-Masa (Time-Sensitive Networking, TSN) pengaturan-kendiri siri S5735I-H CloudEngine yang inovatif. Suis beraneka ciri ini menawarkan kependaman rendah dan keandalan tinggi yang diperlukan untuk pengawalan industri dan mempermudah penumpuan rangkaian IT pejabat, OT dan IT pengeluaran. Di samping itu, penyelesaian seni bina dipermudah Huawei — yang terdiri daripada suis pusat, Unit Jarak Jauh (RU) dan kabel hibrid 2000 m — dapat mempermudah rangkaian tiga-lapisan tradisional kepada rangkaian dua-lapisan. Ini dapat mencapai liputan bersepadu rangkaian pengeluaran industri keseluruhan. Di samping itu, penyelesaian Huawei membolehkan kombinasi seperti lego pada modul fungsian bagi menampung senario industri yang berbeza. Kombinasi ini mengurangkan bilangan peranti rangkaian dan unit pengurusan rangkaian sebanyak 50%, hasilnya membantu pelanggan mengurangkan OPEX sebanyak 50%.
Di acara tersebut juga, para pelopor global daripada pelbagai industri berkongsi amalan mereka yang berjaya dalam membina rangkaian kampus 10 Gbps berkualiti tinggi bersama Huawei. Setakat ini, penyelesaian rangkaian kampus Huawei telah terbukti dalam lapangan menerusi pelbagai perusahaan merentas lebih 150 negara dan wilayah.
Memandang ke hadapan, Huawei akan terus meneroka industri-industri dan bekerjasama erat dengan rakan-rakan kongsi global untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan industri yang mencari rangkaian yang dipermudah dan pengalaman terunggul. Dengan berbuat demikian akan dapat mendorong pelbagai industri menuju masa depan yang pintar.
Untuk maklumat lanjut mengenai Penyelesaian CloudCampus 10 Gbps Berkualiti Tinggi Huawei, kunjungi https://e.huawei.com/en/topic/enterprise-network/high-quality-cloudcampus.