omniture

CloudCampus 10 Gbps Berkualiti Tinggi Huawei Mempercepatkan Transformasi Pintar Merentas Industri

Huawei
2023-09-26 20:43 106

SHANGHAI, 26 September 2023 /PRNewswire/ -- Semasa HUAWEI CONNECT 2023, Huawei mendedahkan Penyelesaian CloudCampus 10 Gbps Berkualiti Tingginya yang dinaik taraf dengan empat ciri unik: akses berkelajuan-ultra-pantas, seni bina dipermudah, pengalaman terunggul serta Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) dipermudah. Penyelesaian kalis masa depan ini amat sesuai untuk perusahaan global membina rangkaian kampus berkualiti tinggi '10 Gbps ke pejabat, 10 Gbps ke pengeluaran dan 10 Gbps ke cawangan', yang hasilnya mempercepatkan perjalanan mereka daripada transformasi digital kepada pintar.

Kevin Yang, Vice President of Huawei's Campus Network Domain, unveiling the upgraded High-Quality 10 Gbps CloudCampus Solution
Kevin Yang, Vice President of Huawei's Campus Network Domain, unveiling the upgraded High-Quality 10 Gbps CloudCampus Solution

Menurut laporan daripada OVUM, bilangan terminal pintar akan meningkat secara mendadak sepanjang dua tahun akan datang, trafik audio dan video akan meningkat sebanyak 30% berbanding tahun sebelumnya dan menjelang tahun 2025, 80% aplikasi akan dipindahkan ke awan. Berlatarbelakangkan hal ini, rangkaian kampus perusahaan sedang membangun ke arah empat hala tuju: ultra-jalur-lebar, dipermudah, pengalaman terunggul dan O&M pintar.

Kevin Yang, Naib Presiden Domain Rangkaian Kampus, Barisan Produk Komunikasi Data Huawei berkata, "Era 10 Gbps telahpun tiba. Bagi mendepaninya, pelanggan merentas industri-industri berganding bahu dengan Huawei untuk membina rangkaian kampus 10 Gbps mereka yang berpusatkan pengalaman dan berkualiti tinggi."

Rangkaian kampus pejabat adalah tipikal di perusahaan. Penyelesaian CloudCampus 10 Gbps Berkualiti Tinggi Huawei membolehkan perusahaan global daripada semua saiz membina rangkaian kampus pejabat yang terbaik dalam kelas dengan akses ultra-berkelajuan tinggi, seni bina dipermudah, pengalaman terunggul dan O&M dipermudah.

  • Akses berkelajuan-ultra-tinggi: Lapan produk Wi-Fi 7 AirEngine serba baharu daripada Huawei menyampaikan kelajuan tinggi mencatat rekod 18.67 Gbps dan mengupayakan 120 saluran pengalaman video HD yang lancar. Di samping itu, suis berbilang-GE S5755-H CloudEngine baharu daripada Huawei membenarkan pilihan atas-permintaan bagi port GE, 2.5GE, 5GE dan 10GE, menyediakan akses yang fleksibel dan andal untuk lebih banyak terminal.
  • Seni bina dipermudah: Penyelesaian Huawei menerima pakai seni bina rangkaian generasi seterusnya yang menampilkan integrasi berbilang rangkaian dan satu rangkaian untuk pelbagai tujuan. Keupayaan ini beradaptasi secara fleksibel dengan perkhidmatan rangkaian berskala-ultra-besar dan membuka jalan untuk pengembangan perkhidmatan baharu dan operasi yang berkesan kos pada masa depan. Khususnya, AP Huawei mempunyai kad IoT terbina dalam dan keupayaan bekas untuk melaksanakan penumpuan antara Wi-Fi dan IoT. Teknologi visualisasi rangkaian yang canggih seperti VXLAN dan hirisan rangkaian turut digunakan untuk mencipta satu rangkaian untuk pelbagai perkhidmatan dan menyediakan sumber rangkaian yang paling sesuai untuk setiap jenis perkhidmatan.
  • Pengalaman terunggul: Jaminan pengalaman berbilang dimensi pada peringkat terminal, pengguna, perkhidmatan dan rangkaian akses ialah satu kemestian supaya pengguna dapat menikmati pengalaman rangkaian yang konsisten pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, pada sebarang terminal dan dalam sebarang mod akses. Penyelesaian jaminan pengalaman audio dan video berkualiti tinggi daripada Huawei amat sesuai dengan keperluan ini. Penyelesaian ini membolehkan pengalaman sidang video yang lancar untuk kampus dengan 10,000 pengguna.
  • O&M dipermudah: Huawei melancarkan peta digital pertama dalam industri untuk rangkaian kampus, yang menonjol dengan kebolehlihatan status rangkaian masa sebenar dan pengurusan kualiti rangkaian. Peta digital ini memungkinkannya untuk mengkonfigurasikan perkhidmatan secara automatik dan menyampaikan dasar daripada Huawei iMaster NCE. Dengan cara ini, jurutera tidak perlu melakukan pentauliahan di lapangan, memendekkan masa konfigurasi rangkaian dengan ketara daripada beberapa hari kepada beberapa jam. Selain itu, peta digital memudahkannya untuk meramalkan kerosakan rangkaian dengan pintar dan mengesan dengan pantas kerosakan dalam beberapa minit, akhirnya mempermudah O&M dengan ketara.

Selain daripada rangkaian kampus pejabat, satu lagi senario biasa ialah rangkaian kampus pengeluaran. Penyelesaian CloudCampus 10 Gbps Berkualiti Tinggi Huawei melengkapkan rangkaian kampus pengeluaran dengan tiga ciri unik: terhubung sepenuhnya, disatukan dan pintar. Penyelesaian ini menambah kecerdasan kepada peranti, menyatukan protokol komunikasi peranti dan menjadikan rangkaian lebih fleksibel.

Di acara pada tahun ini, Huawei menonjolkan suis Rangkaian Peka-Masa (Time-Sensitive Networking, TSN) pengaturan-kendiri siri S5735I-H CloudEngine yang inovatif. Suis beraneka ciri ini menawarkan kependaman rendah dan keandalan tinggi yang diperlukan untuk pengawalan industri dan mempermudah penumpuan rangkaian IT pejabat, OT dan IT pengeluaran. Di samping itu, penyelesaian seni bina dipermudah Huawei — yang terdiri daripada suis pusat, Unit Jarak Jauh (RU) dan kabel hibrid 2000 m — dapat mempermudah rangkaian tiga-lapisan tradisional kepada rangkaian dua-lapisan. Ini dapat mencapai liputan bersepadu rangkaian pengeluaran industri keseluruhan. Di samping itu, penyelesaian Huawei membolehkan kombinasi seperti lego pada modul fungsian bagi menampung senario industri yang berbeza. Kombinasi ini mengurangkan bilangan peranti rangkaian dan unit pengurusan rangkaian sebanyak 50%, hasilnya membantu pelanggan mengurangkan OPEX sebanyak 50%. 

Di acara tersebut juga, para pelopor global daripada pelbagai industri berkongsi amalan mereka yang berjaya dalam membina rangkaian kampus 10 Gbps berkualiti tinggi bersama Huawei. Setakat ini, penyelesaian rangkaian kampus Huawei telah terbukti dalam lapangan menerusi pelbagai perusahaan merentas lebih 150 negara dan wilayah.

Memandang ke hadapan, Huawei akan terus meneroka industri-industri dan bekerjasama erat dengan rakan-rakan kongsi global untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan industri yang mencari rangkaian yang dipermudah dan pengalaman terunggul. Dengan berbuat demikian akan dapat mendorong pelbagai industri menuju masa depan yang pintar.

Untuk maklumat lanjut mengenai Penyelesaian CloudCampus 10 Gbps Berkualiti Tinggi Huawei, kunjungi https://e.huawei.com/en/topic/enterprise-network/high-quality-cloudcampus.

 

 

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications New products/services