omniture

Cenderamata Disyorkan dari Korea, Ginseng Merah Jung Kwan Jang

KGC (Korea Ginseng Corp.)
2023-09-26 08:00 61

SEOUL, Korea Selatan, 26 September 2023 /PRNewswire/ -- KGC (Korea Ginseng Corp.) mempromosikan "Korean Red Ginseng Extract Everytime Film" yang baru dilancarkan sebagai cenderamata yang paling disyorkan dari Korea. Jumlah jualan yang tinggi dengan 130,000 unit dijual hanya dalam tempoh sebulan selepas pelancarannya pada musim panas kini lantaran pengambilannya yang senang dan mudah. Dengan hanya sekeping sehari, individu boleh mengutamakan kesejahteraan diri mereka tanpa perlu bersusah payah kerana ia cair dengan mudah di dalam mulut.

Recommended Souvenir from Korea, Jung Kwan Jang’s Korean Red Ginseng Extract Everytime Royal K-Heritage Edition with the traditional five-color design
Recommended Souvenir from Korea, Jung Kwan Jang’s Korean Red Ginseng Extract Everytime Royal K-Heritage Edition with the traditional five-color design

Ginseng merah kegemaran Korea Selatan meneruskan kegemilangannya sebagai makanan fungsian sihat yang sangat terkenal, menduduki kedudukan teratas dalam pasaran tempatan. Dengan kekayaan warisan mencakupi 124 tahun lamanya, ginseng merah Jung Kwan Jang berdiri megah sebagai jenama dominan, dengan bahagian pasaran 76% yang amat mengagumkan. Ginseng merah, disahkan secara rasmi oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan (MFDS) Korea, merupakan sumber antioksidan yang berpotensi meningkatkan imuniti, melawan keletihan, meningkatkan daya ingatan dan meningkatkan peredaran darah dengan mencegah pengumpulan platelet.

Ginseng merah menikmati pujian yang meluas di Korea. Ia termasuk pati yang pekat seperti Hongsamjung (Ekstrak Ginseng Merah Korea), kantung cecair yang dilabel sebagai Hongsamwon (Minuman Ginseng Merah), tablet dan kapsul yang mudah serta jeli dan gula-gula menarik yang diinfusi dengan ginseng. Makanan fungsian kesihatannya menyediakan pelbagai jenis produk bergantung pada umur dan keadaan kesihatan pengguna. Pembungkusan yang kompak dan mudah dibawa menjadikannya pilihan utama dalam kalangan pengembara sebagai cenderamata.

Apabila melancong ke luar negara, terdapat dua perkara yang perlu diingat untuk membeli-belah secara bijak. Pertama-tama sekali, produk haruslah diperkaya dengan budaya dan nilai tempatan. Kedua, produk haruslah memiliki kualiti tiada tandingan yang menonjol dalam pasaran tempatan. Jung Kwan Jang, jenama ginseng yang ulung di dunia selama 10 berturut-turut, merupakan jenama makanan fungsian kesihatan paling utama di Korea Selatan dan merupakan pilihan popular buat mereka yang mencari cenderamata yang mengandungi budaya serta nilai kesihatan Korea.

"Korean Red Ginseng Extract Everytime" senang dan mudah dimakan kerana satu bahagian dibungkus dalam satu kantung. Ramai rakyat Korea menjadikannya teman melancong dan bersenam, memanfaatkan potensinya untuk meningkatkan imuniti serta mengatasi keletihan di mana-mana sahaja.

Jung Kwan Jang KGC sedang meluaskan jangkauan mereka ke Malaysia, Thailand dan Singapura memperkenalkan produk Korea yang popular seperti Everytime, Korean Red Ginseng Vital Tonic dan Hong Sam Won. Pada masa hadapan, produk Jung Kwan Jang akan tersedia untuk pembelian di kedai berdekatan di negara ini.

Source: KGC (Korea Ginseng Corp.)
Related Stocks:
Korea:033780 OTC:KTCIY
Keywords: Beverages Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Non-Alcoholic Beverages Organic Food Retail