omniture

"Forum Inovasi bagi Penyampaian Ubatan Bersasar Kexing Biopharm 2023"

Kexing Biopharm
2023-09-26 15:01 66

SHENZHEN, China, 26 September 2023 /PRNewswire/ -- Pada 15 September, "Forum Inovasi bagi Penyampaian Ubatan Bersasar Kexing Biopharm 2023" bermula dengan jayanya. Ini merupakan kali pertama sejak beberapa tahun kebelakangan ini Syarikat ini menganjurkan sebuah acara yang memfokuskan khususnya pada inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) farmaseutikal.

Forum berkenaan memfokuskan pada sistem penyampaian ubatan berasaskan LNP dan vesikel ekstraselular yang meliputi topik-topik seperti trend pembangunan, kajian klinikal, pembangunan proses, reka bentuk sistem baharu dan idea mengenai inovasi. Pakar-pakar industri dan para ilmuwan akademik tersohor diundang untuk menyampaikan ucapan hebat, termasuk Prof. Liu Bicheng, dekan Sekolah Perubatan Southeast University, Prof. Wang Yucai, profesor University of Science and Technology of China dan pengasas Hefei RNAlfa Biotechnology Co., Ltd., serta Dr. Xu Ke, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif VesiCURE Therapeutics Co., Ltd.

Berpandukan strategi korporat berasaskan platform "Inovasi + Pengantarabangsaan", Kexing Biopharm merangka rancangan R&D yang menekankan "Penjanaan Molekul", "Dwi pemfailan IND NMPA/FDA" dan "Pelesenan luar". Matlamatnya adalah untuk membangunkan ubat-ubatan inovatif yang memenuhi keperluan perubatan yang tidak dipenuhi dan membina platform teknologi canggih. Disokong oleh teknologinya yang telahpun mantap untuk mencipta protein baharu dan biologik berasaskan antibodi, rancangan Syarikat ini menumpukan program-progam dalam bidang kanser, penyakit autoimun dan degeneratif. Sementara itu, Kexing Biopharm mewujudkan platform penyampaian ubatan berasaskan eksosom, maju ke peringkat inovasi saintifik yang seterusnya dan meletakkan asas untuk platform teknologi terapeutik asid nukleiknya.

Pada tahun 2021, Kexing Biopharm bekerjasama dengan Southeast University untuk menubuhkan "Makmal Inovasi untuk Pengeluaran Komersial Teknologi Penyampaian Ubatan berasaskan Vesikel Ekstraselular". Makmal ini memfokuskan pada aplikasi dan transformasi klinikal eksosom yang diperoleh daripada hucMSC dan HEK293 dalam bidang neuropati. Tambahan pula, kajian mengenai pengeluaran eksosom berskala besar dan kawalan kualiti dijalankan untuk mewujudkan sistem pemuatan dan penyampaian ubatan baharu dan cekap. Usaha ini bertujuan untuk menawarkan penyelesaian Cina untuk rawatan penyakit yang lebih tepat, dengan harapan agar dapat memberi manfaat kepada pesakit dengan teknologi baharu dalam masa terdekat.

Source: Kexing Biopharm
Related Stocks:
Shanghai:688136 Shanghai:688136.SS
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries