omniture

Sungrow mengadakan pameran Tenaga Masa Hadapan di Malaysia untuk memperkenalkan Penyelesaian Tenaga Inovatif untuk menyokong Pembangunan Tenaga Lestari Tempatan

Sungrow Power Supply Co., Ltd.
2023-09-26 15:08 26

PETALING JAYA, Malaysia, 26 September 2023 /PRNewswire/ -- Sungrow, pembekal solar inverter dan sistem storan tenaga global yang terkemuka, mengadakan pameran tenaga masa hadapan di Malaysia pada 20 September bersama lebih daripada 150 pelanggan yang hadir. Semasa pameran itu, para peserta membincangkan secara terperinci peluang dan cabaran pembangunan storan tenaga fotovoltaik di Malaysia. Mereka turut membincangkan trend pembangunan teknologi industri serta berkongsi beberapa project dan pengalaman. Sungrow turut memperkenalkan penyelesaian skala-utiliti dan C&Inya. Dengan prestasi hebat mereka, penyelesaian ini dijangka dapat merangsang peralihan tenaga Malaysia.


Usaha kerajaan sedang dilaksanakan untuk mempromosikan tenaga boleh baharu di Malaysia

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa pembangunan Malaysia akan banyak bergantung pada tenaga alternatif dan kerjasama yang kukuh bersama dunia. Bagi menyokong visi ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 2 bilion sebagai pembiayaan permulaan untuk dana peralihan tenaga nasional.

Penyelesaian tenaga boleh baharu Sungrow yang canggih menerajui peralihan tenaga Malaysia

Berdasarkan kepada keperluan pembangunan tenaga alternatif Malaysia, Sungrow mempamirkan pelbagai penyelesaian termasuk solar inverter berkuasa 350kW iaitu SG350HX, solar inverter modular inovatif "1+X", yang menggabungkan kelebihan "Central" dan "String" inverter serta sistem storan tenaga penyejukan cecair generasi baharu PowerTitan 2.0 bagi memudahkan pembangunan loji janakuasa skala-utiliti di Malaysia.

Dengan Skim Pemeteran Tenaga Bersih Malaysia, kilang-kilang dan bangunan-bangunan komersial tempatan akan lebih bersedia untuk memasang fotovoltaik bagi mengurangkan bil elektrik. Kuasa solar akan menjadi suatu trend. Dalam kes ini, Sungrow turut memperkenalkan kepada pelanggan-pelanggannya Tentang solar inverter industrial dan komersial 125kW iaitu SG125CX-P2, sistem storan tenaga "PowerStack" dan peranti pengoptimum kuasa SP600S, bagi menggalakkan penjanaan kuasa hijau yang cekap untuk Kilang-kilang di Malaysia.

Kevin Guo, Ketua Sungrow Malaysia, berkata: "Kami berbesar hati dapat menjalankan pameran ini di Petaling Jaya dan berterima kasih kepada begitu ramai rakan kongsi yang hadir. Paparan penyelesaian tenaga terkini dalam pameran ini mengabungkan pengumpulan teknologi dan pengalaman Sungrow selama 26 tahun bagi meningkatkan perkadaran tenaga boleh baharu di Malaysia dan menambah baik struktur tenaga. Di IGEM 2023 yang akan datang, Sungrow akan mendedahkan secara rasmi semua produk kami yang baru dibangunkan kepada semua peserta. Kami menjemput semua orang untuk hadir dan melawat."

Latar Belakang Sungrow

Sungrow Power Supply Co., Ltd. ("Sungrow") ialah jenama solar inverter yang paling andal di dunia dengan lebih 405 GW dipasang di seluruh dunia setakat Jun 2023. Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Profesor Universiti Cao Renxian, Sungrow merupakan peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan penyongsang solar bersama pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berdedikasi yang terbesar dalam industri ini serta portfolio produk luas yang menawarkan penyelesaian solar inverter PV dan sistem storan tenaga untuk aplikasi skala-utiliti, komersial & industri dan kediaman selain penyelesaian loji PV terapung yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, penyelesaian pemanduan NEV, penyelesaian pengecasan EV dan sistem penghasilan hidrogen boleh baharu. Dengan rekod prestasi yang mantap selama 26 tahun dalam bidang PV, produk Sungrow memberi kuasa untuk lebih 150 negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai Sungrow, kunjungi www.sungrowpower.com.

Source: Sungrow Power Supply Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Utilities