omniture

Huawei Lancar Pameran Pendidikan Pintar Global Percepatkan Pendigitalan dalam Pendidikan

Huawei
2023-09-26 15:32 52

SHANGHAI, 26 September 2023 /PRNewswire/ -- Semasa HUAWEI CONNECT 2023, Huawei melancarkan pameran pendidikan pintar global di sesi yang bertajuk "Pengajaran dan Pembelajaran Pintar Mempercepatkan Kecerdasan dalam Pendidikan" serta memperkenalkan seni bina rujukan penyelesaian ekosfera pendidikan digitalnya, bertujuan untuk membina sebuah ekosistem pendidikan yang terhubung sepenuhnya, terderia dan pintar serta mempercepatkan penaiktarafan pintar dalam bidang pendidikan.

Xia Zun, Presiden Sektor Awam Global, Huawei Enterprise BG, berkata dalam ucapan pembukaan bahawa dalam masyarakat digital hari ini, pendidikan cenderung tertumpu pada pelajar. Beliau menambah bahawa kecerdasan telah membawa sektor pendidikan ke era baharu dan teknologi pintar telah mendorong lebih banyak bentuk pendidikan, yang terus meninggikan standard untuk transformasi. Xia turut menyatakan bahawa Huawei, bersama-sama rakan-rakan kongsinya, akan terus memanfaatkan teknologi generasi seterusnya seperti AI, data raya dan VR untuk membantu sektor pendidikan menuju digital dan pintar serta berkongsi pencapaian dalam sektor ini.

Huang Yu, Pakar Penyelesaian Pendidikan Huawei Enterprise BG mencadangkan seni bina rujukan penyelesaian ekosfera pendidikan digital di sesi itu. Huang berkata bahawa Huawai memanfaatkan kelebihannya dalam peranti awan-rangkaian-pinggir-peranti untuk membina ekosfera sedemikian melalui "satu skrin, rangkaian, awan, platform dan kemasukan". Dengan mengintegrasikan sumber pendidikan merentas senario, Huawei beralih daripada sambungan pintar kepada kolaborasi menyeluruh berbilang peringkat merentas platform dan aplikasi pintar. Ini memperkasa sektor ini dengan merapatkan jurang digital dan menyediakan pendidikan yang berkualiti untuk semua.

Launch of the global intelligent education showcase in Dongguan
Launch of the global intelligent education showcase in Dongguan

Biro Pendidikan Dongguan bekerjasama dengan Huawei untuk menjalankan pembinaan pendidikan pintar dan mewujudkan sebuah pameran yang dilaksanakan dengan penyelesaian kampus pintar Huawei dan platform awan pendidikan serantau, seterusnya memberi contoh kepada bandar-bandar lain. Pameran ini mengintegrasikan ICT bagi menunjukkan pencapaian Dongguan dalam pendidikan pintar, termasuk "satu pusat dan dua platform", infrastruktur pendidikan baharu, keselamatan rangkaian dan kampus pintar. Pencapaian ini meliputi pelbagai senario seperti pengurusan data dan perkhidmatan, pembelajaran dalam talian serta pengajaran pintar dan mencapai kemuncaknya dengan menjadi satu kejayaan penting dalam pembangunan pendidikan Dongguan. Dipacu oleh teknologi dan data, Dongguan mencipta pusat data raya pendidikan asas dan dua platform dalam talian yang mematuhi piawaian tinggi. Pusat data dan platform yang diwujudkan telah memupuk pembangunan pendidikan pintar serantau yang berkualiti tinggi dengan memudahkan pembinaan kampus digital seluruh bandar yang intensif, mengupayakan pembuatan keputusan yang tepat, pengurusan lebih baik, perkhidmatan diperibadikan dan pengajaran digital serta menginovasi pendekatan dan model pengajaran.

Sehingga kini, Huawei menawarkan perkhidmatan kepada 2,800+ jabatan dan institusi pendidikan di 120+ negara dan wilayah, bagi membantunya merealisasikan kecerdasan dalam pendidikan, seterusnya memupuk bakat berfikiran jauh yang praktikal.

Hubungi
hwebgcomms@huawei.com 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Education Entertainment Higher Education Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Equipment Data Analytics Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things