omniture

GoodWe Capai Projek PV Berskala-Besar 10.95MW di Malaysia, Perkenalkan Buat Julung Kalinya Penyelesaian Atas Tanah Sehentinya

GoodWe
2023-09-27 02:33 9

IPOH, Malaysia, 27 September 2023 /PRNewswire/ -- GoodWe, peneraju global bagi penyongsang solar dan penyelesaian storan tenaga, mengumumkan kejayaan penyempurnaan Projek Solar Citra, sebuah projek fotovolta (PV) solar 10.95-megawatt (MW) yang terletak di Perak, Malaysia. Pencapaian ini merupakan salah satu projek awal untuk menyambungkan ke grid di bawah naungan program solar 4 berskala besar (LSS4) di Malaysia. Projek ini dijangka menghasilkan 24.095 gigawatt-jam (GWj) tenaga bersih setiap tahun, membawa kepada hasil tahunan sebanyak $1 juta dan pengurangan emisi karbon sebanyak 17.1 tan metrik.

GoodWe provides solar solution to a large-scale project in Malaysia
GoodWe provides solar solution to a large-scale project in Malaysia

Projek Solar Citra menandakan pencapaian sebagai projek ladang solar berskala besar pertama GoodWe yang dilaksanakan sepenuhnya dengan penyelesaian PV sehenti bersepadunya. Penyelesaian komprehensif ini merangkumi 52 unit penyongsang rentetan 250kW-HT, 2 unit Stesen voltan-Sederhana (MV) 6750kVA, peranti komunikasi SCB3000 dan platform pemantauan SolarOS.

Penyongsang 250kW-HT direka bentuk untuk mengoptimumkan kecekapan tenaga sambil meminimumkan kos operasi dan penyelenggaraan (O&M). Stesen MV, ditempatkan dengan mudah dalam bekas boleh angkut, menggabungkan peralatan suis penting dan transformer untuk memastikan transformasi kuasa yang lancar dalam sistem. Dalam sistem itu, penyongsang HT menukarkan dengan cekap tenaga DC yang dijana kepada AC, manakala Stesen MV meningkatkan voltan AC daripada 800V kepada 33kV untuk sambungan dan pengedaran grid.

Pada peringkat pemantauan, SCB3000 memudahkan pemerolehan dan penghantaran data daripada komponen sistem, termasuk penjanaan tenaga, keadaan cuaca dan status peralatan. Di samping itu, pemantauan peringkat-stesen direalisasikan melalui SolarOS GoodWe, platform dalam talian untuk kawalan loji janakuasa, yang membolehkan operator loji membuat keputusan termaklum mengikut analisis masa sebenar dan mengurus sistem dari jauh melalui akses internet.

Sistem bersepadu ini memperkasa pemaju-pemaju projek dengan penyelesaian khusus yang disesuaikan mengikut keperluan unik mereka. Dengan mengoptimumkan hasil tenaga dan menyelaraskan O&M loji janakuasa, ia memastikan pulangan pelaburan yang maksimum dan pengurangan emisi karbon.

James Hou, Ketua Jualan APAC GoodWe, menambah, "GoodWe berbangga dapat membekalkan penyelesaian utiliti kami kepada Projek Solar Citra. Sebagai penyedia penyelesaian tenaga pintar global, kami telah dapat bertahan lama dan tetap komited untuk menyediakan kepada pelanggan kami dengan penyelesaian berkesan kos, berkualiti tinggi untuk keperluan tenaga bersih mereka. Kami benar-benar percaya dengan pembangunan mampan di Malaysia dan berjanji untuk menjadi daya pemacu utama dalam proses ini."

Sejak memasuki sektor utiliti, GoodWe menubuhkan pusat-pusat kecekapan di peringkat global dengan pakar-pakar tempatan menerajui penyelesaian ini baik secara komersial mahupun teknikal. Menurut syarikat ini, ia menandatangani perjanjian untuk projek-projek berskala besar di Jerman, Itali, Sepanyol dan Ireland. Penyiapan projek di Malaysia memantapkan lagi kehebatannya dalam menyediakan penyelesaian yang komprehensif, membolehkan pelanggan mencapai penyelesaian tenaga yang lestari dan cekap.

Rakan-rakan kongsi penting dalam projek ini termasuk Solarvest Holdings Berhad, menyediakan penyelesaian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) serta M K Land Holdings Berhad, pemilik dan pemaju projek.

Source: GoodWe
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Utilities