omniture

TAILG Umumkan Kempen Baharu Raikan Pembukaan Sukan Asia Hangzhou 2023

TAILG
2023-09-27 02:40 66

DONGGUAN, China, 27 September 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai syarikat e-basikal pertama yang dipilih sebagai penyedia penyelesaian mobiliti hijau untuk Sukan Asia 2023 di Hangzhou, TAILG meraikan pesta sukan yang berlangsung empat tahun sekali dengan satu siri kempen, bertujuan untuk memperkasa generasi atlet baharu sambil menyokong cita-cita acara ini untuk mencipta salah satu pertandingan serantau paling hijau dalam sejarah.

Berpakaian sut balapan berwarna putih dengan hiasan berwarna merah, pengasas TAILG, Sun Muchu dan Yao Li berbesar hati dapat menyertai Larian Obor Berganti-ganti pada 12 dan 19 September, mendorong keterujaan permainan berbilang sukan yang merangkumi semangat perpaduan, kelestarian dan inovasi – idea ini selaras dengan matlamat TAILG untuk membangunkan alatan mobiliti hijau generasi seterusnya bagi membantu dunia mempercepatkan peralihan ke arah masa depan karbon-sifar.

Saat-saat menjelang upacara pembukaan Sukan Asia Hangzhou, pelanggan akan berpeluang membeli model e-basikal edisi terhad TAILG yang direka bentuk untuk acara ini dan mengambil bahagian dalam kempen "Raikan Pingat Emas dengan Hadiah e-Basikal Percuma" yang mengundang penonton dari seluruh negara untuk berkumpul di belakang atlet Sukan Asia bagi meraikan detik bersejarah mereka bersama-sama khalayak global.

"Sebagai sebuah syarikat e-mobiliti, TAILG merangkumi semangat kesukanan dan memiliki hubungan yang telahpun terjalin bersama Sukan Asia Hangzhou. Kelebihan dipilih sebagai pembawa obor untuk Sukan Asia ke-19 membuatkan saya berasa teruja dan bangga, detik tersebut menandakan satu kejayaan penting bukan sahaja untuk saya, tetapi juga untuk syarikat kami tatkala kami mengusahakan penyelesaian inovatif untuk memacu evolusi pengangkutan lestari," kata Yao Li, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TAILG.


"Berperanan sebagai penyedia e-basikal rasmi untuk Sukan ini, kami berbangga dapat memanfaatkan platform unik ini untuk memperlihatkan teknologi e-mobiliti kami yang canggih kepada khalayak global sekali gus menyumbang kepada usaha Hangzhou dalam menganjurkan salah satu acara sukan terhebat di dunia yang memupuk keharmonian global dan meraikan pencapaian luar biasa umat manusia," tambah beliau.

Pada April 2021, Jawatankuasa Pengelola Sukan Asia ke-19 melantik TAILG sebagai pembekal basikal elektrik rasmi untuk Sukan ini. Ini menandakan pewujudan satu perkongsian antara Sukan Asia Hangzhou dan TAILG, memulakan bab baharu strategi TAILG yang mana syarikat ini akan memainkan peranan penting dalam menyediakan penyelesaian mobiliti hijau, jimat tenaga dan pintar yang komprehensif. Diberi kuasa oleh teknologi, TAILG bermatlamat untuk meningkatkan pengalaman Sukan Asia dengan menawarkan perjalanan yang lebih cekap tenaga dan pintar kepada semua peserta.

Sembilan belas tahun sejak kewujudannya, TAILG muncul untuk menjadi pengeluar yang terkemuka bagi e-basikal, motosikal elektrik dan basikal roda tiga elektrik, memiliki kapasiti R&D teguh yang membolehkannya mengeluarkan penyelesaian e-mobiliti yang terkenal dengan keselamatan, keandalan dan hayat baterinya yang tiada tandingan.

Pada tahun 2018, perjanjian antara TAILG dan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) membawa syarikat ini ke barisan hadapan bidang e-mobiliti, menekankan keupayaannya untuk memacu inisiatif pengangkutan lestari pada skala global. Kini, TAILG memproses lebih daripada 1,000 paten negara dan sembilan pangkalan pembuatan di seluruh dunia serta menubuhkan makmal berkualiti tinggi yang diberikan akreditasi makmal CNAS.

Latar Belakang TAILG

Ditubuhkan pada tahun 2004 di Shenzhen, salah satu penjana inovasi di China, TAILG mempelopori reka bentuk dan pembuatan penyelesaian mobiliti berkuasa bateri semata-mata yang memacu peralihan tenaga baharu global. Dengan pertumbuhan pesat selama hampir dua dekad yang membolehkan syarikat ini mengembangkan jejak perniagaannya ke lebih 90 negara, TAILG muncul sebagai penginovasi utama penyelesaian e-mobiliti dengan barisan produknya meliputi basikal elektrik, motosikal elektrik dan basikal roda tiga elektrik. TAILG berkeupayaan untuk merekayasa dan mengeluarkan sendiri komponen penting seperti bingkai dan sistem pandu elektrik.

 

Source: TAILG
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Sporting Events Sports Transportation Corporate Social Responsibility New products/services Cision Influencer List - ESG