omniture

Pusat Beli-belah Klippa menghulur undangan mesra kepada semua - Klippa Kan Kawan


IKANO group
Klippa
2023-09-27 14:26 8

PULAU PINANG, Malaysia, 27 September 2023 /PRNewswire/ -- Pusat Beli-belah Klippa, iaitu destinasi pertemuan Ikano Centres di Utara Malaysia, dengan sukacitanya melancarkan kempen "Klippa Kan Kawan", iaitu undangan terbuka kepada komuniti di Batu Kawan serta warga Pulau Pinang, dan negeri-negeri yang berjiran untuk bersama-sama menyertai pusat beli-belah ini dalam mewujudkan jalinan hubungan yang bermakna di samping menawarkan pelbagai tawaran serta promosi yang menarik.

Klippa Kan Kawan
Klippa Kan Kawan

Klippa sebagai Sahabat Anda yang Mesra
Diambil daripada perkataan dalam bahasa Sweden yang merangkumi maksud 'batu' dan 'kawan', Klippa bukan sahaja sebuah pusat beli-belah, malah juga sebuah destinasi yang melambangkan semangat persahabatan yang mesra dan mencerminkan visi jenama tersebut dalam membina hubungan yang bermakna. Berikutan keluarga yang baharu mendiami kediaman mereka, pelajar memulakan perjalanan pendidikan mereka, dan golongan profesional membina kerjaya mereka di Taman Perindustrian Batu Kawan, Klippa komited untuk menyesuaikan pengalaman khusus bagi setiap orang yang berada dalam lingkungan dan di luar komuniti ini, termasuklah warga Pulau Pinang dan negeri-negeri yang berjiran.

Matlamat Klippa adalah untuk mewujudkan pengalaman yang menyeronokkan, menarik dan selesa bagi setiap kunjungan yang dilakukan ke sana. Pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai pilihan snek, ruang pertemuan santai yang selesa, dan hidangan yang mampu dinikmati untuk para pelajar dan pekerja profesional menerusi penyewa seperti Kejap Food, XiXiang Kaya Kopitiam, Zus Coffee, dan banyak lagi. Konsep pandu lalu F&B Klippa yang menarik memenuhi keperluan profesional dan keluarga yang sibuk, dengan pilihan makan tengah hari secara pandu lalu dan akses mudah kepada jenama makanan terkenal seperti Kenny Rogers Roasters, Coffee Bean & Tea Leaf, A&W, McDonald's, KFC, dan banyak lagi.

Bagi keluarga yang menetap di kawasan tersebut, Klippa menawarkan pelbagai penyewa yang perniagaannya tertumpu pada barangan keperluan rumah, termasuklah Mr DIY Plus dan Harvey Norman. Tambahan lagi, pusat ini menempatkan pasar raya TMG Plus yang serba lengkap dan terkenal dengan pilihan barangan runcit segar dan kering yang meluas dengan harga yang berpatutan bagi memenuhi aneka keperluan setiap pembeli.

Untuk meningkatkan pengalaman kawan-kawan Klippa di seluruh utara Malaysia, pusat ini berusaha untuk mempertingkatkan pengalaman kunjungan mereka ke IKEA Batu Kawan bagi memastikan para pelawat dapat memperoleh manfaat yang sepenuhnya daripada hari aktiviti santai mereka.

Natasha Aziz, Ketua Pengalaman dan Komunikasi Jenama Ikano Centres berkata, "Klippa membayangkan pusat ini sebagai lebih daripada pusat beli-belah. Kami beraspirasi untuk menjadikan Klippa sebuah hab dalam perbandaran Batu Kawan yang semakin berkembang. Kami pada mulanya membuka Klippa pada tahun 2019 dengan keluasan hanya 80,000 batu persegi kawasan boleh pajak kasar (GLA). Sejak itu, kami berkembang kepada 675,000 batu persegi yang menempatkan 40 penyewa dan kadar penghunian sebanyak 98%. Kami kekal komited untuk berkembang bersama dengan komuniti Batu Kawan dan memperkenalkan tawaran baharu yang relevan dengan keperluan pelanggan kami. Objektif utama kami adalah untuk mewujudkan destinasi pertemuan yang bertunjangkan aktiviti runcit, yang membolehkan para pengunjung kami membeli-belah, menikmati hidangan, berhubung, bersosial dan meraikan keunikan lokasi kami."

Perkembangan Terkini di Klippa
Pada tahun 2024 yang mendatang, Klippa bakal meraikan dua tambahan yang signifikan dalam rangkaian runcitnya. Yang pertama ialah stesen minyak yang dikendalikan oleh Caltex, yang akan mula beroperasi pada suku tahun pertama. Yang kedua, Klippa akan membuka cawangan Decathlon yang pertama di tanah besar Pulau Pinang pada separuh kedua tahun 2024, sekali gus menjadikan gaya hidup sihat lebih mudah diakses oleh warga di utara Malaysia.

Tawaran Mega Mingguan
Pada suku terakhir tahun 2023, Klippa akan memperkenalkan promosi eksklusif dan tawaran istimewa yang akan menjadikan pengalaman beli-belah di pusat beli-belah ini lebih bermakna. Nantikan tawaran hari bekerja yang menarik di seluruh penyewa kami.

Untuk maklumat lanjut tentang hiburan, aktiviti, promosi dan hadiah percuma Klippa, sila kunjungi kami @Klippashoppingcentre on Instagram.

Mengenai Ikano Centres
Portfolio pusat beli-belah Ikano ialah nadi dan hab komuniti kami, sekali gus mewujudkan kehidupan seharian yang lebih berkualiti untuk 100 juta pelawat yang mengunjungi kami pada setiap tahun. Bersama-sama IKEA, Ikano mencipta tempat pertemuan untuk rakan dan keluarga bagi menikmati hari yang selamat dan menyeronokkan. Kami juga membangunkan tanah dan melabur dalam harta kediaman, pejabat dan harta tanah lain untuk mewujudkan destinasi yang dinamik, yang membolehkan orang ramai tinggal, bekerja dan bermain. Dengan cita-cita yang tinggi untuk mengembangkan portfolio, kami pada masa ini mengendalikan lima tempat pertemuan di Malaysia dan Thailand termasuk IPC dan MyTOWN di Kuala Lumpur, Toppen di Johor Bahru, Klippa, fasa pertama pusat beli-belah kami di Batu Kawan, Pulau Pinang, dan Megabangna di Bangkok. Kami merupakan sebahagian daripada Ikano Retail, iaitu satu-satunya pemegang francais IKEA di dunia yang dimiliki oleh keluarga Kamprad yang mengasaskan IKEA. Untuk maklumat lanjut, sila layari LAMAN SESAWANG atau laman LINKEDIN Ikano Centres.

Source:
IKANO group
Klippa
Keywords: Commercial Real Estate Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Real Estate Retail