omniture

Moomoo Canada Membawakan Alatan Tahap-Profesional, Data dan Perdagangan Saham Berpatutan kepada Pelabur Kanada

moomoo
2023-09-27 21:28 12

TORONTO, 28 September 2023 /PRNewswire/ -- Mulai 21 September, Moomoo Financial Canada Inc. ("moomoo CA", [1]) membenarkan pelabur Kanada untuk berdagang saham AS menggunakan moomoo, platform perdagangan saham global yang diperkenalkan secara rasmi kepada Kanada pada bulan Ogos.

"Sebagai platform pelaburan dan perdagangan global di bahagian hadapan perdagangan saham AS, kami teruja memperkenalkan ciri perdagangan saham AS baharu kami kepada pelabur Kanada," kata Steve Zeng, Ketua Strategi Global moomoo.

"Selain daripada alatan analitis tahap-profesional, data Tahap 2 percuma dan perkhidmatan luar biasa yang ditawarkan oleh moomoo, kini kami menawarkan kepada pelabur Kanada dengan cara yang mudah dan berpatutan untuk berdagang saham AS."

*Images provided are not current and any securities are shown for illustrative purposes only and are not recommendations.
*Images provided are not current and any securities are shown for illustrative purposes only and are not recommendations.

Moomoo memperkasa pelabur dengan fi dagangan yang berpatutan, mengenakan bayaran minimum $1.99 bagi setiap pesanan, menjadikannya pilihan yang amat kompetitif untuk pelabur-pelabur individu Kanada [2]. Setakat 26 Ogos, data perbandingan menunjukkan bahawa sesetengah broker Kanada lain mungkin mengenakan bayaran kepada pelanggan mereka antara $4.95 dan $9.99 setiap dagangan untuk saham AS dan ETF [2].

Selain itu, moomoo menawarkan fi tukaran mata wang yang menarik iaitu 0.09% bagi transaksi CAD kepada USD untuk amaun kurang daripada $100,000. Sebagai perbandingan, sesetengah broker lain mungkin mengenakan bayaran 1% atau lebih tinggi untuk setiap transaksi [2].


Berdagang seperti profesional menggunakan platform perdagangan berpacukan teknologi moomoo

Moomoo, ditubuhkan di Palo Alto, California lima tahun lalu, mengkhusus untuk mengubah pengalaman pelaburan melalui inovasi teknologi. Disokong oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan yang tangkas, moomoo tetap komited untuk menyokong pelabur daripada semua latar belakang dengan akses dipermudah kepada sumber dan pendidikan pelaburan gred-profesional.

Tahun ini menandakan satu peristiwa penting apabila rakan sekutu Penyelidikan & Pembangunan moomoo berjaya memperoleh paten, dibenarkan sewajarnya oleh U.S. Patent and Trademark Office untuk kaedah inovatif yang membolehkan pelabur mencipta dan memperibadikan carta dalam aplikasi moomoo.

Alat berpaten itu termasuk alat analisis teknikal, termasuk pembalikan semula Gann Fans dan Fibonacci, yang biasa digunakan oleh pedagang profesional. Ini mewakili hanya sebahagian daripada kit alatan komprehensif, merangkumi 45 alat lukisan, termasuk 10 alatan yang baru dilancarkan minggu lalu dan lebih daripada 100 penunjuk pelaburan, kesemuanya tersedia secara percuma untuk pelabur Kanada.

Sebagai respons kepada keperluan arif pelabur individu yang mencari maklumat gred-profesional, moomoo menawarkan pelbagai pandangan syarikat yang bervisualisasi tinggi dan komprehensif terus daripada platform moomoo. Pandangan ini mendedahkan data kewangan syarikat yang penting dan gambaran keseluruhan perdagangan, berpotensi membantu pelabur kekal pada bahagian atas dalam trend pasaran.

Di samping itu, moomoo menawarkan himpunan alatan yang inovatif dan canggih termasuk Heat Maps, Paper Trading, Stock Screener, Institutional Tracking, Industrial Chains dan banyak lagi. Dengan kemas kini data masa sebenar berlaku sesingkat setiap 0.03 saat, moomoo memperkasa pelabur dengan maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan pelaburan yang lebih termaklum.

Sertai platform perdagangan sosial sebenar di Kanada, bertemu pelabur sealiran dari seluruh dunia

Komuniti pelabur global Moomoo membolehkan pelabur dari pelbagai wilayah untuk berhimpun dan berkongsi kisah, pengalaman dan nasihat mereka. Melalui kolaborasi bersama jenama bersaudaranya, komuniti moomoo berkembang kepada lebih 20 juta pengguna setakat Mei 2023, melalui acara komuniti biasa dan kursus pendidikan pelabur dalam talian percuma.

"Sebagai platform perdagangan sosial yang sebenar di Kanada, kami memupuk sebuah ekosistem unik bagi membantu pengguna kami berkembang. Setakat penghujung suku kedua, kadar klikan untuk kandungan muka hadapan Moo Learn melonjak sebanyak 21% manakala kadar tamat kursus menyaksikan peningkatan 44% yang luar biasa berbanding suku sebelumnya," tambah Steve.

"Dunia tidak sabar-sabar untuk mendengar suara pelabur individu Kanada dan kami mengharapkan lebih banyak sumbangan daripada pelabur Kanada dalam komuniti moo kami."

Beberapa hari sebelum pelancaran perdagangan saham moomoo CA, syarikat saudaranya Moomoo Japan turut melancarkan fungsian perdagangan saham AS mereka. Melalui platform moomoo, pelabur Jepun mendapat akses kepada kira-kira 7,000 saham AS dan ETF yang boleh didagangkan.

Pelancaran fungsi perdagangan ini mewujudkan kemuncak baharu dalam industri pembrokeran dalam talian Jepun, memberi akses kepada bilangan tertinggi saham AS yang boleh didagangkan. Apa yang mengagumkan, ia mengatasi pesaing kedua tertinggi dalam industri Jepun sebanyak hampir 30% [3].

[1] Di Kanada, produk pelaburan dan perkhidmatan yang tersedia melalui aplikasi moomoo ditawarkan oleh Moomoo Financial Canada Inc., ahli broker-wakil-penjual Canadian Investment Regulatory Organization (CIRO) dan Canadian Investor Protection Fund (CIPF).

[2] Kadar yang disediakan adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan mungkin tidak menunjukkan barisan lengkap kadar yang tersedia. Ada kemungkinan anda mungkin menemui kadar yang lebih menguntungkan berbanding yang dipaparkan dalam perbandingan ini. (Untuk maklumat lanjut mengenai Kadar dan Penentuan Harga CA, sila kunjungi https://www.moomoo.com/ca/pricing)

[3] https://www.prnewswire.com/apac/news-releases/moomoo-japan-launches-online-brokerage-business-offering-about-7-000-tradable-us-stocks-301933736.html

Latar Belakang moomoo

Moomoo ialah platform pelaburan dan perdagangan yang memperkasa pelabur global dengan alat, data dan pemahaman gred-pro, mudah digunakan. Ia menyediakan maklumat dan teknologi yang diperlukan kepada pengguna untuk membuat keputusan pelaburan yang lebih termaklum. Pelabur mendapat akses kepada alat carta termaju, analitis teknikal dan Data Tahap 2. Moomoo berkembang bersama penggunanya, memupuk sebuah komuniti yang membolehkan pelabur berkongsi, belajar dan berkembang bersama-sama pada satu tempat. Moomoo menyediakan akses percuma kepada kursus pelaburan, bahan pendidikan dan acara interaktif yang boleh diperoleh oleh mana-mana pelabur, pada sebarang peringkat. Pengguna boleh menyertai perbincangan forum, topik sohor kini dan seminar untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan dan pemahaman pelaburan.

Aplikasi moomoo ditawarkan oleh Moomoo Technologies Inc., sebuah syarikat yang berpangkalan di Palo Alto, California. Aplikasi ini digunakan di peringkat global di negara-negara termasuk Singapura, Australia, Jepun, Malaysia dan Kanada. Syarikat induk Moomoo, Futu Holdings Limited, disenaraikan pada Nasdaq. Ia merupakan rakan usaha sama strategik global dengan Bursa Saham New York (NYSE).

Moomoo bukan sekadar platform pelaburan anda. Ia merupakan perjalanan pelaburan anda. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: support@ca.moomoo.com

Hubungan Media

Pasukan PR Moomoo: pr@moomoo.com

Source: moomoo
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Cloud Computing / Internet of Things