omniture

Yidan Prize 2023: Michelene Chi dan Shai Reshef dianugerahkan pengiktirafan tertinggi di dunia dalam pendidikan

Yidan Prize Foundation
2023-09-28 07:01 129

HONG KONG, 28 September 2023 /PRNewswire/ -- Yidan Prize Foundation menganugerahi Profesor Arizona State University Michelene Chi dan Presiden University of the People Shai Reshef dengan Yidan Prize 2023, pengiktirafan pendidikan yang tertinggi di dunia. Anugerah tersebut mengiktiraf penyelesaian inovatif mereka yang membantu pelajar mencapai potensi penuh mereka, dengan memajukan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta memecahkan halangan kepada pengajian tinggi di peringkat global.

Kini memasuki tahun ketujuhnya, Yidan Prize terus menonjolkan pencetus perubahan dalam penyelidikan dan pembangunan pendidikan menerusi pencalonan pelawaan-terbukanya dan proses penghakiman yang ketat dan bebas. Sebagai penerima hadiah Yidan Prize untuk Penyelidikan Pendidikan 2023 dan Yidan Prize untuk Pembangunan Pendidikan 2023, Michelene Chi dan Shai Reshef akan menyertai komuniti global pakar pendidikan Yidan Prize Foundation. Masing-masing akan menerima pingat emas dan HK$30 juta (kira-kira AS$3.8 juta), separuh daripadanya merupakan dana projek tak terhad untuk menyokong peningkatan hasil kerja mereka.

"Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima hadiah Yidan Prize 2023. Dengan mengiktiraf kajian dan amalan yang inovatif serta transformatif—yang membuka peluang untuk pelajar—kita dapat membantu mencipta dunia yang lebih baik melalui pendidikan," kata Dr Charles CHEN Yidan, Pengasas Yidan Prize.

Menyerlahkan masa depan lebih cerah dengan menonjolkan idea transformatif dalam pendidikan.

Michelene (Micki) Chi, Profesor Regents & Dorothy Bray Profesor Kurniaan Sains dan Pengajaran di Mary Lou Fulton Teachers College Arizona State University, dianugerahkan Yidan Prize untuk Penyelidikan Pendidikan 2023. Seorang cendekiawan dalam sains kognitif, teori penglibatan kognitif beliau yang diterima secara meluas, digelar ICAP (Interaktif, Konstruktif, Aktif, Pasif), telah menetapkan penanda aras untuk mentakrifkan pembelajaran aktif, memberi pemahaman yang lebih kukuh kepada guru mengenai cara pelajar belajar dan cara untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan aktiviti untuk melibatkan mereka dengan lebih baik.

"Sumbangan Michelene yang paling penting untuk penyelidikan pendidikan ialah teori saintifik tentang cara pelajar belajar. Beliau telah mengatur pendekatan yang sangat berbeza untuk pembelajaran aktif kepada kerangka yang ringkas namun boleh diaplikasikan secara meluas—dan beliau bersemangat untuk memastikan agar teori ini mengubah amalan pendidikan di lapangan," kata Andreas Schleicher, ketua panel penghakiman Yidan Prize untuk Penyelidikan Pendidikan dan Pengarah untuk Direktorat Pendidikan dan Kemahiran OECD.

Menggunakan dana projek Yidan Prize, Micki merancang untuk memantapkan kerangka ICAP bagi mencipta modul latihan pembangunan profesional untuk K-12 dan guru-guru lanjutan menengah serta untuk meluaskan jangkauan ICAP di peringkat global.

Shai Reshef, Presiden dan Pengasas, University of the People, dianugerahkan Yidan Prize untuk Pembangunan Pendidikan 2023. Model pengajian tinggi beliau— universiti dalam talian, diiktiraf, bukan untung, tanpa yuran, berpangkalan di AS menjangkau lebih 137,000 orang pelajar di peringkat global—bertindak balas kepada keperluan pelajar dengan penyelesaian boleh diskala dan inovatif.

"Cabaran global bagi akses kepada pengajian tinggi bererti impaknya yang mengubah kehidupan dari segi membuka minda, meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan masih sukar dicapai oleh ramai orang. Model Shai memperbaharui bidang pengajian tinggi, membuka peluang kepada mereka yang sebelum ini telah dikecualikan," kata Dorothy K. Gordon, ketua panel penghakiman Yidan Prize untuk Pembangunan Pendidikan dan Ahli Lembaga UNESCO Institute for Information Technologies in Education.

Shai merancang untuk menggunakan dana projek Yidan Prize untuk terus mengembangkan University of the People dan menyokong lebih ramai pelajar serta penduduk, menyediakan penyelesaian yang komprehensif untuk isu-isu kebolehcapaian dan kemampuan dalam bidang pengajian tinggi.

Mempercepatkan kemajuan dalam pendidikan untuk mengubah kehidupan dan masyarakat secara positif

Yidan Prize Foundation membina sebuah komuniti pembelajaran global yang memupuk kolaborasi antara penyelidikan dan amalan. Komunitinya terus berkembang baik dari segi saiz mahupun pengaruh, mengukuhkan keupayaan yayasan ini untuk memperjuangkan perkongsian yang membentuk masa depan pendidikan.

"Kami berbesar hati mengalu-alukan Micki dan Shai ke komuniti global kami," kata Edward Ma, Setiausaha Agung Yidan Prize Foundation. "Hakim-hakim kami menyatakan hasil kerja oleh penerima hadiah pada tahun ini boleh diaplikasikan dan boleh diskala secara meluas, memperbaharui pendidikan demi keperluan pelajar masa kini."

Pada tahun ini, Majlis Penyampaian Anugerah Yidan Prize dan Sidang Kemuncak Yidan Prize masing-masing akan diadakan pada 3 dan 4 Disember. Acara tersebut menghimpunkan tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang pendidikan, dasar awam dan kedermawanan dari seluruh dunia untuk meraikan para penerima hadiah 2023 dan membincangkan penyelesaian yang akan membawa kepada kemajuan yang signifikan dan berkekalan dalam bidang pendidikan.

Mengalu-alukan pencalonan Yidan Prize 2024 mulai Oktober

Yidan Prize memperjuangkan pencetus perubahan dalam bidang pendidikan serta menyokong idea inovatif untuk ditingkatkan melalui dana projeknya. Jawatankuasa Penghakiman bebasnya terdiri daripada dua panel, satu dengan tumpuan pada penyelidikan pendidikan dan satu lagi terhadap pembangunan pendidikan. Mereka menilai dengan teliti dan secara kolektif semua pencalonan berdasarkan satu set dengan empat kriteria: yang mana hasil kerja itu berorientasikan masa depan, inovatif, transformatif dan mampan.

Pencalonan bagi Yidan Prize 2024 dibuka mulai Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.

Profesor Michelene Chi (kiri), Penerima Hadiah Yidan Prize untuk Penyelidikan Pendidikan 2023 dan Shai Reshef (kanan), Penerima Hadiah Yidan Prize untuk Pembangunan Pendidikan 2023
Profesor Michelene Chi (kiri), Penerima Hadiah Yidan Prize untuk Penyelidikan Pendidikan 2023 dan Shai Reshef (kanan), Penerima Hadiah Yidan Prize untuk Pembangunan Pendidikan 2023

Kedua-dua hadiah diwujudkan untuk memberi impak: penerima hadiah menerima pingat emas HK$30 juta (dikongsi sama rata untuk pasukan), separuh daripadanya merupakan dana projek tak terhad untuk membantu mereka meningkatkan hasil kerja mereka.
Kedua-dua hadiah diwujudkan untuk memberi impak: penerima hadiah menerima pingat emas HK$30 juta (dikongsi sama rata untuk pasukan), separuh daripadanya merupakan dana projek tak terhad untuk membantu mereka meningkatkan hasil kerja mereka.

LATAR BELAKANG YIDAN PRIZE FOUNDATION

Yidan Prize Foundation ialah sebuah yayasan kebajikan global, dengan misi untuk mencipta dunia yang lebih baik melalui pendidikan. Melalui hadiahnya dan jaringan penginovasi, Yidan Prize Foundation menyokong idea dan amalan dalam pendidikan—khususnya, apa yang mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan dan masyarakat secara positif.

Yidan Prize ialah anugerah pendidikan inklusif yang memberi pengiktirafan kepada para individu atau pasukan yang memberi sumbangan besar kepada teori dan amalan pendidikan.

https://yidanprize.org

Source: Yidan Prize Foundation
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Workforce Management/Human Resources Awards