SHANGHAI, 28 September 2023 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727) mempamerkan tawarannya di Pameran Industri Antarabangsa China 2023 ("CIIF") yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Kebangsaan (Shanghai) mulai 19-23 September, di bawa tema Masa Depan Karbon-Sifar Buat Semua, dengan tumpuan pada tiga tonggak utama iaitu tenaga pintar, pembuatan pintar dan integrasi kecerdasan digital. Shanghai Electric memukau pengunjung dengan demonstrasi hasil transformasi digital pembuatan peralatannya yang mengintegrasikan kecerdasan digital, kuasa angin, kuasa fotovolta, storan tenaga dan penyelesaian diperuntukkan, antara teknologi inovatif bertaraf dunia lain yang mempunyai kapasiti untuk memperkasa masa depan karbon-sifar buat semua.
"Ketika China mencadangkan sasaran dwi karbon 3060nya, yang menyasarkan unutk mencapai emisi karbon puncak menjelang tahun 2030 dan keneutralan karbon menjelang tahun 2060, Shanghai Electric mula membangunkan sistem kuasa baharu yang komprehensif dan penyelesaian taman industri karbon-sifar tiga dimensi," kata Liu Ping, Presiden Shanghai Electric Group dalam ucapan beliau di CIIF. "Penyelesaian bersepadu angin, solar dan storan kami yang diperuntukkan, integrasi kecerdasan digital dan sistem pengurusan karbon pintar yang dipamerkan di CIIF akan memperkasa lebih ramai pelanggan dan rakan kongsi di serata dunia untuk mencapai matlamat pengurangan karbon dan pembangunan karbon-sifar mereka."
Pada hari pembukaan CIIF, Shanghai Electric menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan AVIC Commercial Aviation Engine Co., Ltd. dan Yangtze River Delta National Innovation Center, bagi membuka lembaran kolaborasi komprehensif yang baharu.
Memperkasa transformasi tenaga rantaian bekalan industri melalui pelancaran tiga penyelesaian industri pintar utama
Dengan pengalaman selama berdekad-dekad dalam pembangunan inovasi teknologi dalam industri tenaga, Shanghai Electric melancarkan secara berturut-turut tiga penyelesaian industri pintar utama, iaitu Energy Carbon Smart Butler, SEunicloud Industrial Internet Platform 4.0 dan Zero Carbon Industrial Park. Ia juga telah membangunkan "pengawas karbon tenaga" berdasarkan kepada platform internet industrinya yang merealisasikan transformasi daripada pakar tenaga kepada pengawas karbon tenaga. Penyelesaian ini berorientasikan kepada keseluruhan kitar hayat perancangan, pembinaan dan operasi serta mengintegrasikan secara mendalam peralatan dan teknologi maklumat bagi memenuhi keperluan am dan khusus pelbagai pelanggan, bermula daripada perusahaan hingga taman industri, kilang, gudang, sekolah dan bandar, antara lain.
Memperkasa penyelesaian tenaga pintar angin, solar, storan dan pengedaran bersepadu
Penyelesaian angin dan storan solar bersepadu Shanghai Electric menyediakan peralatan dan perkhidmatan bersepadu sehenti untuk storan dan penyesuaian tenaga berkualiti tinggi, termultipleks. Tenaga, storan tenaga udara termampat, storan tenaga bateri litium, storan tenaga aliran cecair dan storan tenaga yang lain, peralatan teknologi dapat merealisasikan fungsi pengawalaturan frekuensi dan puncak secara terperinci.
Di samping itu, Shanghai Electric turut mendemonstrasikan taman industri karbon-sifar tiga dimensi yang menyediakan kepada taman industri dengan segala-galanya bermula daripada reka bentuk dan pembinaan loji industri hijau hingga bekalan tenaga baharu teragih, daripada barisan pembuatan pintar hijau hingga peningkatan kecekapan tenaga berpacukan industri. Ia turut mendemonstrasikan kes pengurangan karbon pada sumber, mencipta demonstrasi inovatif kesalinglengkapan berbilang fungsi dalam seluruh industri dan menetapkan penanda aras utama untuk kilang hijau, karbon-sifar dan pintar.
Memacu pengoptimuman pembuatan pintar dan mempamerkan teknologi peralatan generasi seterusnya merentas pelbagai industri
Di CIIF, Shanghai Electric mempamerkan penyelesaian barisan lengkap untuk kilang pintar bateri litium, sistem kawalan automasi transit rel, pengisar jitu berskala besar dan alatan mesin CNC berkualiti sederhana hingga tinggi untuk industri bateri litium tenaga baharu serta transit rel bandar dan alatan mesin industri. Di samping itu, Shanghai Electric memaparkan peralatan seperti turbin gas tugas berat kelas F besar, reaktor disejukkan gas bersuhu tinggi, transformer voltan ultra-tinggi dan pemutus litar udara sejagat pintar.
Dalam bidang kenderaan tenaga baharu, Shanghai Electric menyediakan perkhidmatan rantaian industri penuh, termasuk reka bentuk loji industri rendah-karbon, barisan pengeluaran pintar untuk pemasangan kenderaan dan pek bateri, bateri kenderaan tenaga baharu dan komponen-komponen lain. Bagi industri penerbangan, Shanghai Electric dapat menyediakan produk penting dan perkhidmatan bersepadu seperti sistem penggerudian dan perivetan automatik serta barisan pemasangan selain subsistem dan komponen pesawat penting seperti instrumentasi pesawat dan sistem kawalan, pengikat penerbangan serta bilah enjin. Bagi pelanggan dalam industri perkapalan, Shanghai Electric meningkatkan prestasi bekalan dalam bidang peranti air balast marin, sistem kuasa marin dan peralatan sokongan, kesemuanya dengan potensi pembangunan yang amat besar.
Melangkah ke hadapan, Shanghai Electric akan terus memanfaatkan kelebihannya dalam pembuatan peralatan termaju dan tenaga pintar sekali gus bekerjasama erat dengan organisasi-organisasi rantaian industri bagi menggalakkan pembangunan karbon-sifar.
Untuk menonton Video Sorotan Shanghai Electric pameran CIIF 2023, sila kunjungi: https://www.facebook.com/ShanghaiElectric/videos/1486796252116909/.