-- STAR-CCM+ v9.04 kini boleh dimuat turun.
NEW YORK dan LONDON, 25 Jun 2014 /PRNewswire/ -- CD-adapco™, syarikat persendirian bertumpu pada CFD yang terbesar sebagai penyedia perisian Kejuruteraan Berbantu Komputer, hari ini telah mengumumkan pelancaran STAR-CCM+® v9.04, yang merupakan pelancaran kali kedua alat simulasi utamanya pada tahun 2014. Para pelanggan akan melihat pengurangan masa-kepada-penyelesaian keseluruhan dan perolehan produktiviti dramatik menerusi penambahbaikan aliran kerja STAR-CCM+ v9.04, jaringan selari serta kemampuan pengoptimuman. Penambahan model fizik baharu ini membolehkan pengguna untuk menjalankan simulasi CAE yang lebih realistik dan dapat memperlihatkan keadaan dunia sebenar tempat produknya akan dikendalikan.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20110623/MM25604LOGO
"Menerusi STAR-CCM+ v9.04 kami terus dapat menambahkan kemampuan model baharu, meningkatkan realisme ketepatan dan juga pemprosesan keputusan aplikasi mereka," kata Naib Presiden Kanan Pengurusan Produk, Jean-Claude Ercolanelli. "Kemajuan STAR-CCM+ v9 yang dilancarkan itu tetap memberi tumpuan sepenuhnya pada usaha mensimulasikan model yang besar dan kompleks dengan lebih mudah, pantas dan dalam tempoh yang paling singkat."
Beberapa ciri baharu seperti Jaringan Per-Bahagian Serentak membolehkan para pengguna untuk mengedarkan pembalut dan jaringan pemasangan berbilang bahagian yang kompleks menerusi sejumlah besar pemproses selari; Ekspresi Penyelesai Dampingan membolehkan para pengguna untuk menggabungkan fungsi kos individu secara matematik, untuk membentuk ekspresi yang lebih mewakili keadaan; kajian kemantapan CAD membolehkan para pengguna untuk mengenal pasti kegagalan geometri berpotensi yang mungkin akan mengganggu penerokaan reka bentuk dan kajian pengoptimuman; Gandingan Hubungan DFBI (Interaksi Bendalir Tubuh Dinamik) membolehkan pengguna untuk menghasilkan model hubungan dan pelanggaran antara tubuh yang bergerak dan sempadan; tahap baharu realisme turut dimasukkan ke dalam ciri tebus guna kandungan untuk menghasilkan analisis yang lebih bermakna terhadap keputusan yang diperoleh; Editor Fungsi Bidang yang baharu akan memantapkan definisi dan ciptaan mereka. Ciri baharu itu dan pelbagai manfaatnya turut dibincangkan dengan lebih terperinci dalam blog syarikat (http://www.cd-adapco.com/blog).
Latar Belakang CD-adapco
CD-adapco™ (http://www.cd-adapco.com) merupakan syarikat persendirian bertumpu pada CFD yang terbesar di dunia sebagai penyedia CAE. Produk teras kami terdiri daripada pakej simulasi yang menerajui teknologi, STAR-CCM+® dan juga STAR-CD®. Bagaimanapun, skop aktiviti kami melangkaui pembangunan perisian CFD bagi merangkumkan pelbagai perkhidmatan kejuruteraan CAE dalam dinamik bendalir, pemindahan haba serta kejuruteraan struktur. Misi berterusan kami adalah untuk "memberi inspirasi kepada inovasi dan turut mengurangkan kos menerusi aplikasi perkhidmatan dan perisian simulasi kejuruteraan."
Maklumat Perhubungan Akhbar
Lauren Gautier, CD-adapco
lauren.gautier@cd-adapco.com
+1 248-277-4600