omniture

Vantage Markets Meraikan Tahun Pencapaian Penting pada 2024

Vantage
2024-12-27 15:40 6

PORT VILA, Vanuatu, 27 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Vantage Markets melabuhkan tirai tahun 2024 dengan siri pencapaian yang luar biasa, memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam industri perdagangan. Bermula daripada anugerah yang memecahkan pelbagai rekod hinggalah perkongsian yang memberi impak dan sumbangan kepada komuniti, tahun ini telah menjadi bukti visi dan komitmen Vantage terhadap kecemerlangan.

Vantage Markets Celebrates a Landmark Year of Achievements in 2024
Vantage Markets Celebrates a Landmark Year of Achievements in 2024

Pada tahun 2024, Vantage memperoleh 26 anugerah berprestij, peningkatan sebanyak 1.6 kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Anugerah ini mencakupi inovasi, khidmat pelanggan dan teknologi perdagangan, lantas menekankan dedikasi syarikat untuk menyampaikan nilai yang tiada tandingan kepada komuniti pedagang globalnya.

Tahun ini turut menyaksikan perkongsian Vantage selama tiga tahun bersama McLaren Racing, satu kolaborasi yang membawa nilai antara kepantasan, kejituan dan prestasi ke pentas global yang dikongsi bersama. Melalui perkongsian ini, Vantage dapat berhubung dengan berjuta-juta peminat dan pedagang di seluruh dunia, lalu memperkukuh identiti jenamanya sebagai platform perdagangan berprestasi tinggi.

Vantage menyambut ulang tahunnya yang ke-15 tahun ini, menonjolkan perjalanan pertumbuhan yang konsisten dan kemajuan teknologi. Bermula daripada permulaan yang sederhana hingga kehadiran global, syarikat ini tetap komited untuk memperkasakan pedagang dengan alatan dan sumber yang canggih.

Mengimbau tentang pencapaian ini, Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan Vantage, berkongsi: "Tahun 2024 telah menjadi tahun transformatif untuk Vantage. Meraikan 15 tahun kecemerlangan, mencapai jumlah anugerah industri yang mencatat rekod dan perkongsian berjaya bersama McLaren, kami telah mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju global. Ketika kami memandang ke hadapan, tumpuan kami kekal pada inovasi, memperkasakan pedagang dan memupuk komuniti perdagangan yang rancak."

Selain daripada pencapaian perniagaannya, Vantage terus memberi impak positif melalui Vantage Foundation, dengan menangani cabaran sosial yang kritikal seperti kesihatan mental, literasi kewangan dan penyisihan sosial. Dengan menyokong badan amal tempatan dan inisiatif global, Vantage menunjukkan komitmennya untuk menyumbang kembali dan memupuk kesejahteraan masyarakat.

Dengan sasarannya yang ditetapkan bagi tahun 2025, Vantage menyasarkan untuk membina asas kukuh yang telah diletakkan pada tahun 2024. Dengan mengutamakan inovasi teknologi, penglibatan komuniti dan kemampanan, syarikat ini bersedia untuk menetapkan penanda aras baharu dalam industri perdagangan.

Latar Belakang Vantage

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon. 

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

AMARAN RISIKO: Perdagangan CFD membawa risiko yang besar. Anda boleh mengalami kerugian lebih banyak daripada pelaburan awal anda.

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology