omniture

Huawei SmartLi UPS: Penyelesaian Kuasa Hijau, Tanpa Gangguan untuk Peralatan Kritikal

Huawei
2023-09-28 20:23 206

SHENZHEN, China, 28 September 2023 /PRNewswire/ -- Dalam dunia digital kita yang berkembang pantas, perniagaan amat bergantung pada kuasa yang stabil dan tanpa gangguan bagi melindungi maklumat kritikal dan memastikan kesinambungan operasi. Gangguan kuasa, sama ada dalam barisan pengeluaran kilang semikonduktor atau semasa pembedahan kritikal di hospital, boleh menjurus kepada akibat yang membawa bencana baik dari segi kerugian kewangan mahupun risiko yang berpotensi mengancam nyawa.

Senario-senario ini menekankan keperluan terhadap penyelesaian bekalan kuasa yang andal untuk sistem kritikal, dengan sistem Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan (UPS) muncul sebagai pilihan utama. Dengan evolusi pantas industri-industri dan keperluan kuasa mereka, bermula daripada pengangkutan kereta api hingga pembuatan jitu, keperluan terhadap UPS yang cekap, kompak dan canggih menjadi semakin mendesak. UPS sedemikian direka bentuk untuk melindungi peralatan misi-kritikal pengguna sambil menyumbang kepada pengurangan emisi karbon.

Maka, di tengah-tengah lautan pilihan UPS dalam pasaran, bagaimana caranya anda memilih yang sessuai untuk anda?

Mengapa Huawei SmartLi UPS menonjol?

Berbanding dengan UPS jenis menara frekuensi tinggi tradisional atau yang diberi kuasa oleh bateri asid plumbum, SmartLi UPS Huawei muncul sebagai pilihan utama bagi mengatasi cabaran kuasa yang kritikal pada zaman moden ini. Berikut merupakan apa yang membezakannya:


  • Kecekapan tinggi: SmartLi UPS Huawei menikmati kecekapan sehingga 97.8% - mengatasi rakan setara tradisinya sebanyak 1%. Apabila beralih kepada mod S-ECO, kecekapannya melambung tinggi kepada 99.1%. Masa pemindahan 0ms antara mod menjamin operasi perniagaan yang berterusan dalam talian. Hasilnya, SmartLi UPS berpotensi dapat memberi penjimatan kos elektrik kepada pemilik perniagaan sekurang-kurangnya $2.5 juta lebih sedekad.
  • Ketumpatan tinggi: Dengan keupayaan menyampaikan 1MW dalam satu kabinet, SmartLi UPS mengurangkan jejak sekurang-kurangnya sebanyak 50% apabila dibandingkan dengan UPS asid plumbum standard industri. Sebagai contoh, pusat data 12 MW dapat menggunakan 200+ kabinet, diterjemahkan kepada penjimatan sewa sebanyak $2.8 juta — penjimatan yang besar mengikut mana-mana standard.
  • Keandalan tinggi: Hasil daripada reka bentuknya yang modular, SmartLi UPS menyokong penyelenggaraan boleh saling tukar panas 5-minit yang pantas. Ciri pintar iPower menawarkan ramalan awal setahun bagi jangka hayat komponen penting seperti kipas dan kapasitor, yang beralih daripada penyelenggaraan pasif kepada O&M prediktif, proaktif AI.

Selain daripada ciri-ciri ini, SmartLi UPS, dengan hayat bateri yang dilanjutkan, memudahkan pemantauan dan pengurusan jarak jauh, mengoptimumkan penggunaan tenaga serta mengurangkan kos penyelenggaraan dengan ketara.

Impak dunia sebenar

SmartLi UPS Huawei menunjukkan keberkesanannya dalam menyampaikan kuasa andal merentas pelbagai sektor seperti pengangkut, kerajaan, kewangan dan pembuatan, memacunya ke arah kecekapan tenaga yang dipertingkat dan jejak karbon yang dikurangkan.

Satu contohnya ialah noris network, penyedia perkhidmatan IT yang terkemuka di Nuremberg, Jerman, mengguna pakai SmartLi UPS Huawei untuk pusat datanya, menghasilkan pengurangan ruang sebanyak 70% dan penurunan jumlah kos pemilikan (TCO) sebanyak 35%, seterusnya menetapkan standard baharu baik dari segi kelestarian mahupun kecekapan.

Dalam dunia di mana setiap saat masa henti boleh diterjemahkan kepada kerugian kewangan yang signifikan, malah membahayakan nyawa, adanya UPS yang tangkas, andal dan cekap merupakan satu keperluan. SmartLi UPS Huawei memastikan agar operasi peralatan anda yang kritikal kekal tidak diganggu dan mendorong perniagaan anda menuju masa depan yang lebih hijau.

Perkasakan perniagaan anda dengan yang terbaik. Alami perbezaan Huawei SmartLi UPS hari ini:https://digitalpower.huawei.com/en/data-center-facility/product_solution/dce_intelligent_power_supply/detail/115.html

Source: Huawei
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Computer Accessories Semiconductors Telecommunications Wireless Communications New products/services Data Analytics