HANGZHOU, China, 28 September 2023 /PRNewswire/ -- Sukan Asia ke-19 yang amat dinanti-nantikan bermula selepas Upacara Pembukaan yang menakjubkan pada malam Sabtu (23 September).
Dalam acara antarabangsa yang terkenal ini, Unilumin Group, perusahaan LED global, menyediakan jumlah keluasan lebih 4200 meter persegi paparan LED dan penyelesaian metasight (bermaksud penyepaduan antara cahaya dan paparan) bersepadu untuk tujuh arena Sukan Asia dan lapan kemudahan sokongan.
Di arena acara seperti Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, Pusat Sukan Xiaoshan, Pusat Sukan Olimpik Shaoxing, Gimnasium Kampus Universiti Zhejiang, Unilumin Group menawarkan sejumlah lebih daripada 1500 meter persegi produk LED dan penyelesaian bersepadu termasuk skrin gantung tengah, reben dan skrin perimeter serta paparan LED yang lain.
Tambahan pula, di luar arena acara, Unilumin turut menyediakan jumlah keluasan lebih 2700 meter persegi paparan dan penyelesaian bersepadu untuk kemudahan sokongan seperti Hangzhou Wensan Street 3D mata kasar, Pusat Perintah Kecemasan Kebakaran Zhejiang dan tempat-tempat keselamatan yang lain. Bergabung dengan 3D mata kasar, Mikro LED dan teknologi canggih yang lain, paparan LED ini dapat membawa pengalaman visual yang hebat kepada pesaing dan penonton di seluruh dunia.
Selain daripada paparan LED yang lengkap, Unilumin Group mengintegrasikan pemasa dan papan skor, sistem strim langsung skor, sistem pemasaan 24 saat (untuk bola keranjang) dan sebagainya bagi memenuhi keperluan berbilang fungsi seperti paparan maklumat permainan, siaran maklumat multimedia, siaran langsung dan siaran semula, superposisi skor dan juga interaksi bersama peminat.
Sebagai perusahaan yang terkemuka dalam industri LED, Unilumin memiliki barisan paparan LED dan produk pencahayaan LED yang lengkap dalam bidang sukan. Bergabung dengan sistem langsung video permainan, sistem pemarkahan masa, ulang tayang gerak perlahan video dan kaedah teknikal yang lain, penyelesaian bersepadu Unilumin boleh diaplikasikan dalam acara bola sepak, besbol, kriket dan juga acara-acara lain.
Bermula daripada Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014, Piala Dunia 2018 di Rusia, Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, Piala Dunia Qatar 2022 dan kini Sukan Asia ke-19, Unilumin memfokuskan secara berterusan kepada teknologi LED, menyediakan perkhidmatan profesional kepada acara terunggul di dunia dan membawakan pengalaman visual yang lebih indah kepada khalayak global.