omniture

Teknologi lestari Trina Solar memacu masa depan hijau

Trina Solar Co., Ltd
2023-09-29 00:04 51

CHANGZHOU, China, 29 September 2023 /PRNewswire/ -- "Modul perlu menggalas tanggungjawab keseluruhan melibatkan kestabilan serta keandalan dan teknologi sedia ada merupakan teknologi yang paling lestari dan praktikal untuk memerangi perubahan iklim", kata Dr. Pierre Verlinden, Ketua Saintis, Trina Solar di Persidangan dan Pameran Tenaga Solar Fotovolta Eropah.

Acara tersebut, sebagai pertemuan yang paling profesional dan berpengaruh dalam industri PV, telahpun diadakan di Lisbon, Portugal, mulai 18 hingga 22 September.

Dalam satu perbincangan meja bulat, Dr. Pierre Verlinden berkata Trina Solar memfokuskan pada teknologi yang paling berkesan kos dan lestari ketika ini. Syarikat ini melabur dengan banyak dalam inovasi teknologi dan memimpin pembangunan teknologi TOPCon dalam tahun 2015, hampir serta merta selepas memperkenalkan PERC, meletakkan asas kukuh untuk industrialisasi produk jenis-n. Dengan bermulanya pengeluaran besar-besaran modul siri Vertex N 700W+ pada Ogos, Trina Solar menjadi pembuat modul pertama yang mengeluarkan secara besar-besaran modul TOPCon dengan kuasa melebihi 700W.

Juga di acara Lisbon, Adele Zhao, Ketua Penyelesaian dan Pemasaran Produk Trina di EMEA, menyampaikan ucapan yang bertajuk The Road to Sustainable Technology (Jalan Menuju Teknologi Lestari), memperkenalkan teknologi terkini, produk lestari dan juga penyelesaian tenaga pintar daripada syarikat ini.

Modul Vertex N yang amat andal telah lulus ujian pembanting di Pusat Ujian Tenaga Boleh Baharu di Fremont, California, menunjukkan prestasi yang cemerlang dan hasil daripada prestasi hebat modul siri Vertex N 700W Trina Solar, PV Evolution Labs, Napa, California menamakan syarikat ini sebagai Pelaksana Terbaik selama sembilan tahun berturut-turut.

Nilai tinggi modul Vertex N ditonjolkan oleh reka bentuk "saiz emasnya" serta format kecil, sederhana dan besar, memaksimumkan output kuasa dan mengurangkan LCOE. Kitar semula panel solar dapat mengelakkan bahan-bahan berharga daripada memasuki tapak pelupusan dan menyokong ekonomi kitaran.

Trina Solar komited untuk meminimumkan kebarangkalian penggantian modul sambil meningkatkan hasil tenaga sepanjang jangka hayat produk. Rangkaian penuh modul 210mm Vertex dianugerahkan Sijil Jejak Karbon oleh TÜV Rheinland pada tahun lalu. Modul Vertex S+ syarikat ini dapat mengurangkan emisi karbon sebanyak 11%, dengan plastik pada lembaran belakang digantikan dengan kaca, yang boleh dikitar semula.

Dunia perlu saling bekerjasama bagi mencapai kelestarian, kata Adele dalam ucapan beliau dan Trina Solar, menerusi teknologi canggihnya serta penyelesaian PV dan storan bersepadu, menyumbang dengan banyak kepada pembangunan hijau dengan produk yang berkualiti tinggi dan rendah-karbon, dengan motonya iaitu "Tenaga Solar buat Semua".

Menjelang penghujung Jun, jumlah kuasa hijau yang telah dijana oleh Trina Solar adalah sebanyak 202.5 bilion kWj, mengurangkan CO2 sebanyak 201.89 juta tan.

Pada 6 September, Dewan Perniagaan Kesatuan Eropah di China memberi penghormatan kepada Trina Solar dengan gelaran Peneraju Penyahkarbonan atas pencapaiannya dalam peralihan rendah-karbon dan mitigasi perubahan iklim.

Trina Solar komited untuk menerajui jalan bagi penyelesaian tenaga solar pintar dan mempermudah transformasi sistem kuasa baharu demi masa depan sifar-bersih.

 

 

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Utilities Trade show news