omniture

Wi-Fi Berkelajuan Tinggi daripada Khemah Induk Pelancong Gunung Everest

Huawei
2023-09-29 00:14 54

Huawei dan China Mobile Berkolaborasi Bawakan Sambungan melalui F5.5G

RIKAZE, China, 29 September 2023 /PRNewswire/ -- Pengunjung ke Khemah Induk Pelancong Gunung Everest (Gunung Qomolangma) 5,200m di atas paras laut, kini dapat disambungkan dari bahagian tertinggi di dunia dengan WiFi berkelajuan tinggi. China Mobile Communications Corporation Co., Ltd. (China Mobile) dan Huawei telahpun mengumumkan kejayaan pelancaran perkhidmatan Wi-Fi premium ultra-gigabit dan teknologi terkemuka F5.5G, FTTR-B (Perniagaan Gentian-ke-Bilik) membolehkan kakitangan pentadbiran tempatan mahupun pengunjung mendapat manfaat daripada komunikasi yang pantas, andal untuk keperluan riadah dan kerjanya.

Di Pejabat Pengurusan Khemah Induk Everest, kakitangan memfokuskan pada pemuliharaan ekologi di Himalaya. Usaha ini termasuk pemantauan harian dan penyemakan peranti perlindungan alam sekitar kemudian melapor kepada Biro Pentadbiran Gunung Everest dengan foto, video dan log beresolusi tinggi. Sebelum ini, usaha tersebut dihambat oleh sambungan rangkaian lemah yang menghasilkan muat naik video yang perlahan, pegun bingkai serta percubaan yang tidak berjaya untuk menghantar dokumen. Dengan rangkaian FTTR-B berkelajuan tinggi yang baru dipasang ini, komunikasi berubah secara dramatik bagi membolehkan semua kakitangan di kem dan juga pelancong di kawasan berdekatan untuk menikmati perkhidmatan Wi-Fi premium.

Penyelesaian FTTR-B turut digunakan di sebuah hotel di bandar yang berhampiran terletak 4,200 meter di atas paras air laut. Pada masa lalu, tetamu mengalami tiada sambungan rangkaian, pegun bingkai serta respons perlahan untuk sistem daftar masuk. Sejak pemasangan penyelesaian FTTR-B, sehingga 300 tetamu hotel dapat menikmati akses Internet berkelajuan tinggi secara serentak sementara operasi hotel menjadi lebih cekap.

Huawei FTTR-B device
Huawei FTTR-B device

Latar Belakang Huawei FTTR-B

Gentian-ke-Bilik (FTTR) merupakan cara unutk menyediakan Wi-Fi seluruh-optik gigabit berkualiti tinggi menggunakan akses gentian optik bagi membawakan rangkaian 10G ke setiap bilik. Sebagai salah satu teknologi penting 5.5G, FTTR dicirikan oleh rangkaian 10G merata. Walaupun FTTR terutamanya untuk pengguna rumah, penyelesaian FTTR-B dilancarkan secara bersama oleh China Mobile dan Huawei untuk menyediakan rangkaian seluruh-optik ultra-gigabit untuk perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) di China dan digunakan secara meluas di hotel serta kedai.

Peranti Huawei FTTR-B menampilkan antena mod-tigaan yang fleksibel dan boleh dipasang pada bahagian siling atau dinding bagi menyediakan liputan Wi-Fi penuh di kawasan tertutup, membolehkan pengguna menikmati pengalaman rangkaian premium di mana-mana sahaja. Penyelesaian ini menggunakan kabel Kuasa-melalui-Gentian (PoF) untuk menghantar isyarat dan membekalkan kuasa kepada peranti secara serentak, menyelesaikan masalah pemerolehan kuasa yang sukar. Di samping itu, aplikasi WeFTTR Huawei menyediakan fungsi seperti pengurusan seni bina rangkaian, pengoptimuman rangkaian satu klik dan konfigrasi rangkaian layan diri untuk kakitangan IT di pejabat pengurusan dan hotel, mengurangkan beban kerja operasi dan penyelenggaraan (O&M). Jurutera O&M daripada China Mobile juga boleh menggunakan aplikasi tersebut bagi mengesan secara jarak jauh masalah rangkaian, lalu meningkatkan kecekapan O&M.

Pada tahun 2024, China Mobile akan bekerjasama dengan Huawei untuk melanjutkan penyelesaian FTTR-B ke situasi kem induk pendaki. Ini akan membolehkan pendaki menikmati perkhidmatan rangkaian gigabit sedang mereka bersiap sedia untuk mencapai puncak di bahagian atas dunia.

Sebagai penyedia infrastruktur ICT global yang terkemuka, Huawei bekerjasama dengan operator seperti China Mobile dan membantu banyak PKS merealisasikan transformasi digital.

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Travel Wireless Communications Licensing/marketing agreements Cloud Computing / Internet of Things