omniture

Jualan Strim Langsung Wilayah Utara Malaysia Tertinggi di Shopee Live

Shopee Malaysia
2023-10-02 13:04 72

 Fesyen dan Barang Kemas Merupakan Barangan Terlaris

KUALA LUMPUR Malysia, 2 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Shopee Rai Lokal mendedahkan bahawa jumlah jualan dari penjual strim langsung Shopee Live terbaik dari setiap negeri di seluruh negara adalah RM4.6 juta sepanjang 12 bulan lalu menerusi lebih 2,300 strim langsung*.

Lulu Waniey di Shopee Live
Lulu Waniey di Shopee Live

Separuh daripada penjual strim langsung paling aktif fokus kepada produk fesyen, yang terbahagi kepada pakaian baharu dan terpakai. Ini diikuti barangan kemas, produk wangian dan kecantikan yang merangkumi 25% barangan terjual di strim langsung.

Empat penjual strim langsung terbaik dari Pulau Pinang menjual barangan kemas, yang menyumbang kepada Wilayah Utara merekodkan jualan tertinggi di Shopee Live dengan RM1.5 juta barangan terjual, diikuti Wilayah Tengah dengan RM1.2 juta. Pantai Timur merupakan rantau paling aktif dengan 30% strim langsung dijalankan oleh penjual di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kesemua negeri kecuali Johor mempunyai penjual strim langsung yang menjual barangan bundle dan terpakai.

Penjual yang memanfaatkan keterlibatan pengguna dan kecapaian meluas Shopee Live menunjukkan pertumbuhan mengagumkan. Salah seorang penjual tersebut adalah Lulu Waniey, pemilik Lulu Resources dari Kota Bharu, Kelantan yang menawarkan pakaian Muslimah**.

Sebelum Shopee Live, Lulu beroperasi di pasaran luar talian seperti Pasar Malam dan Pasar Pagi. Lulu pernah berdepan cabaran apabila jualan harian kurang daripada RM100, dan menghadapi kekangan menyewa kedai fizikal dan waktu operasi yang tidak konsisten. Lulu kemudian mengubah nasibnya dengan Shopee Live yang mengembangkan pengkalan pelanggannya dan mempertingkatkan jualannya sehingga RM100,000 sebulan.

Lulu berkongsi, "Perniagaan saya kini 100% di Shopee Live. Setelah belajar cara berstrim langsung dan memupuk keyakinan diri. Saya rasa seperti mempunyai kedai besar di mana pelanggan saya tertunggu-tunggu untuk saya bersiaran. Tambahan lagi, saya kini mempunyai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan di mana saya boleh meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Menjalankan perniagaan di Shopee Live memberikan saya bukan sahaja kegembiraan tapi kepuasan hidup."

Sementara itu, Ooi Zhi Wei, pemilik Zhi Wei Herb yang menjual herba dan kacang Gred A bernutrisi, merupakan antara penjual pertama yang menyertai Shopee Live pada 2019***. Di Shopee Live, Zhi Wei berinteraksi secara langsung dengan pelanggan, menunjuk demo produk, dan memastikan ketelusan pada setiap strim langsung.

Seperti Lulu Resources, Zhi Wei Herb menyaksikan perniagaannya berkembang pantas. "Prestasi kedai saya meningkat dengan ketara. Hubungan kuat dengan pelanggan memacu trafik ke kedai saya. Sebagai contoh, jika satu sesi strim langsung kami mempunyai 12,000 penonton, sekurang-kurang 70% penonton akan melawat kedai Shopee kami."

Nota untuk Pengarang:

Shopee Live:  https://help.shopee.com.my/portal/article/78854-[Shopee-Live]-What-is-Shopee-Live

*Buku Shopee Rai Lokal - Terokai Kejayaan Anak Tempatan mengetengahkan penjual strim langsung terbaik di setiap negeri, berdasarkan jumlah strim langsung tertinggi dan jualan tertinggi yang dilakukan sepanjang 12 bulan sehingga  31 Julai 2023: https://sites.google.com/shopee.com/prnewsroom/home?pli=1

**Kedai Shopee Lulu Resources: https://shopee.com.my/luluresources

***Kedai Shopee ZhiWei Herb: https://shopee.com.my/ooizhiwei1171 

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Source: Shopee Malaysia
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail