omniture

State Grid Dongying Menjadi Peneraju dalam Tenaga Lestari, Menetapkan Standard Baharu dalam Evolusi Rendah Karbon Daerah Hekou

CCTV+
2023-10-02 17:06 61

DONGYING, China, 2 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Kemajuan terkini State Grid Dongying Power Supply Company dalam pembangunan infrastruktur tenaga boleh baharu telah menjadi tumpuan dalam segmen video CCTV+.

Menerusi usaha tenaga hijaunya yang terkini, pembekal kuasa milik kerajaan ini telah menetapkan sasaran tenaga boleh baharu yang bercita-cita tinggi untuk kawasan-kawasan masin-alkali Delta Sungai Kuning. Pendekatannya yang holistik mencakupi pelbagai inisiatif, bermula daripada taman tenaga industri mesra alam dan sistem akuakultur inovatif hingga rantaian tenaga cekap dan metodologi pertanian kitaran.

Tumpuan kepada hala tuju strategik mereka ialah penglibatan mereka dalam akuaponik, pewujudan stesen tenaga sifar-karbon dan peranan penting dalam Lapangan Sains dan Teknologi Lembangan Sungai Kuning (Yellow River Basin Science and Technology Yard)—hab yang merapatkan antara ilmu pengetahuan dan amalan bagi mendorong inovasi teknologi dan pertukaran.

Di samping itu, firma ini melabur dalam platform data raya yang menggabungkan dengan lancar teknik-teknik pertanian pintar dengan penggunaan tenaga dioptimumkan, kesemuanya sambil mengintegrasikan sistem pengecasan canggih untuk jentera ladang elektrik.

Usaha bersepadu ini menekankan komitmen syarikat yang tidak berbelah bahagi untuk memacu peralihan tenaga rendah karbon yang bersih dan memupuk penggiatan semula luar bandar.

Inisiatif perikanan-fotovolta 500 MW Tangy Solar menonjol sebagai sebuah projek yang utama. Terletak di Daerah Hekou, bahagian paling utara Dongying, wilayah ini merupakan tempat tumpuan untuk sumber tenaga boleh baharu. Mempunyai garis pantai 214-kilometer (133-batu) yang menghadap ke utara sepanjang Laut Bohai dan meliputi 65,000 ekar kukup lumpur masin yang terbentang luas, Hekou bertuah dari segi geografi. Dengan angin yang stabil sepanjang tahun dan purata 2,715 jam cahaya matahari yang mengagumkan, ia merupakan lokasi terbaik untuk usaha bercita-cita tinggi sedemikian.

Tangy Solar's 500 MW fishery-photovoltaic complementary project in Hekou District's Blue Economic Development Zone, Dongying.
Tangy Solar's 500 MW fishery-photovoltaic complementary project in Hekou District's Blue Economic Development Zone, Dongying.

"Projek ini bukanlah sekadar mengenai penggunaan sumber dengan bijak—ia berkenaan dengan memaksimumkan faedah. Apabila anda membandingkannya dengan penternakan laut biasa, kami melihat pulangan yang mencecah lebih 30 kali ganda lebih tinggi," ujar Chen Qi, pengawas penyelenggaraan projek. Qi menunjukkan keyakinan terhadap penilaian masa depan projek ini.

Ding Yufeng and Hu Zhiyong, maintenance specialists from the State Grid Dongying Power Supply Company, recently conducted an on-site inspection of the power station's operations.
Ding Yufeng and Hu Zhiyong, maintenance specialists from the State Grid Dongying Power Supply Company, recently conducted an on-site inspection of the power station's operations.

Selama bertahun-tahun, Grid Dongying Power Supply Company memperkukuh komitmennya kepada penjagaan alam sekitar. Berdiri teguh di sebalik tenaga boleh baharu disambungkan ke grid dan penghantaran kuasa bersih yang lancar, syarikat ini melabur dengan signifikan dalam penyelidikan dan pembangunan. Fokus mereka ke atas teknologi rendah karbon, daripada permulaan pembinaan grid hingga operasi hariannya, menetapkan standard yang patut diberi perhatian.

Dedikasi ini telah mewujudkan keseimbangan antara pembangunan grid hijau dan pemuliharaan ekologi, meletakkan asas untuk China yang lebih hijau. Sememangnya, laluan menuju masa depan yang lestari digariskan oleh strategi rendah karbon yang mementingkan alam sekitar. Setakat Ogos 2023, kapasiti tenaga boleh baharu Dongying telah mencapai 5.945 gigawatt (GW) yang mengagumkan, merangkul tempat kelima dalam senarai kedudukan Shandong.

Tatkala sektor tenaga boleh baharu bandar ini meneruskan kenaikannya, ia memainkan peranannya dalam memajukan objektif-objektif dwi-karbon China. Tumpuan Dongying yang tidak berbelah bahagi ke atas tenaga bersih dan pemeliharaan alam sekitar kekal menjadi dorongan komitmennya.


Source: CCTV+
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Utilities