omniture

CGTN: Festival Pertengahan Musim Luruh: Nostalgia Xi Jinping

CGTN
2023-10-02 17:26 34

BEIJING, 2 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Jatuh pada hari Jumaat, Festival Pertengahan Musim Luruh telah disambut oleh orang-orang yang berasal dari Cina selama beribu-ribu tahun dan biasanya diraikan dengan perjumpaan keluarga, melihat bulan penuh dan pengambilan kuih bulan.

Festival tradisional ini telah memberikan nostalgia yang paling mendalam kepada orang Cina terhadap tanah air mereka dan keterikatan mereka yang paling mendalam kepada negara mereka sejak zaman silam.

Mengimbau rasa kasih beliau yang mendalam kepada negara ini dan rakyatnya, Presiden Cina Xi Jinping telah berbicara mengenai nostalgia dalam banyak kesempatan.

Dari Fuping dan Liangjiahe di Wilayah Shaanxi, barat laut China, Zhengding di Wilayah Hebei, utara China, hingga Wilayah Fujian, Wilayah Zhejiang, Shanghai dan Beijing, Xi menganggap tempat-tempat di mana beliau pernah berkhidmat ini sebagai "kampung halaman" beliau.

'Nostalgia bermaksud anda akan merindui sesebuah tempat selepas anda meninggalkannya'

Semasa lawatan negara ke Costa Rica pada tahun 2013, Xi melawat rumah sebuah keluarga petani dan bercerita tentang pengalaman beliau di Liangjiahe.

"Jarang sekali seorang presiden bercerita dengan begitu bersemangat dan penuh bangga menjadi seorang petani. Sesetengah orang mungkin memperkecilkan aspek itu, tetapi beliau tidak. Beliau memberi penekanan kepadanya," kata anak lelaki petani Costa Rica itu.

Pada lewat tahun 1960-an, Xi meninggalkan Beijing menuju sebuah kampung yang dikenali sebagai Liangjiahe di kawasan gersang Shaanxi untuk bekerja sebagai buruh desa dan menghabiskan masa selama tujuh tahun di luar bandar itu, bekerja dan menjalani kehidupan bersama-sama petani.

Beliau dipisahkan daripada keluarga beliau, tidur di kediaman gua, menderita gigitan kutu dan bekerja keras sama seperti penduduk kampung untuk mengusahakan tanaman, menggembala kambing biri-biri, membawa baja asli dan mengangkut arang batu.

Sebelum meninggalkan Liangjiahe, Xi merakamkan penghargaan kepada penduduk di Liangjiahe atas penerimaan dan bantuan yang tidak mementingkan diri. "Saya tidak akan lupa semua yang diberikan oleh Liangjiahe kepada saya," kata beliau.

Sama ada di halaman kecil sebuah rumah petani di Costa Rica, di podium Washington State di A.S., ataupun di Forum Peringkat Tinggi Global mengenai Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan serta Dialog Peringkat Tinggi mengenai Pembangunan Global, Xi telah bercerita tentang waktu beliau berada di Liangjiahe.

Pada musim bunga tahun 1982, Xi secara sukarela bertugas di peringkat akar umbi dan berpindah ke Zhengding, sebuah daerah miskin di Wilayah Hebei.

Selama lebih daripada tiga tahun, Xi berkhidmat terlebih dahulu sebagai timbalan setiausaha dan kemudian setiausaha Jawatankuasa Daerah Zhengding Parti Komunis China (CPC) dan melakukan banyak tugas perintis bersama jawatankuasa CPC tempatan, merancang strategi dan meletakkan asas kukuh untuk pembangunan Zhengding.

Mengimbau kembali pengalaman beliau di Zhengding semasa lawatan pemeriksaan di Hebei pada tahun 2013, Xi berkata beliau dapat memahami secara langsung bagaimana perasaan penduduk kampung dengan "berada bersama-sama rakan seperjuangan setiap hari, berbual, berfikir dan bekerja bersama-sama."

Di mana-mana sahaja Xi berada, beliau membawa perasaan yang tulus dan sederhana ini untuk rakyat.

"Jangan buang perasaan sebenar lantaran jarak yang jauh, jangan lupa perasaan sebenar anda ekoran kehidupan yang sibuk dan jangan abaikan perasaan sebenar anda lantaran kesibukan hidup," kata Xi di perhimpunan Festival Musim Bunga pada tahun 2017.

'Melihat tempat di mana anda pernah bekerja dapat terus membangun ialah saat paling Bahagia bagi anda' 

Pada tahun 1988, Xi menjadi ketua Parti Wilayah Ningde, salah satu wilayah paling miskin di Wilayah Fujian, tenggara China ketika itu. Selama dua tahun bekerja di sana, Xi melawat 123 daripada 124 perbandaran, termasuk tiga daripada empat tanpa akses kepada jalan berturap. Xiadang, sebuah perbandaran yang terletak jauh di dalam kawasan pergunungan di Daerah Shouning merupakan salah satu daripadanya.

Xi melawat Xiadang sebanyak tiga kali dan mengarahkan sendiri bantuan kemiskinan di bandar terpencil itu.

Xi memerlukan kira-kira tiga jam menggunakan kenderaan dan dua jam berjalan kaki sepanjang laluan gunung berceranggah untuk sampai ke perbandaran itu semasa lawatan pertama beliau.

Xi memutuskan bahawa penting untuk memfokuskan pada kebolehaksesan agar kawasan itu boleh membangun. Kerja-kerja dimulakan untuk lebuh raya hanya beberapa bulan selepas lawatan pertama beliau dan jalan raya ke Xiadang dibuka pada Januari 1991.

Lawatan kedua dibuat pada 26 Julai 1989, selepas daerah itu dilanda banjir yang paling teruk dalam tempoh seabad. Xi menyampaikan ucapan takziah dan dana pembinaan semula selepas bencana kepada penduduk yang terjejas akibat banjir itu. Beliau melawat perbandaran itu buat kali ketiga pada 7 Ogos 1996 untuk menyelidik dan mengarahkan kerja-kerja pembasmian kemiskinan.

Hasil daripada usaha pembasmian kemiskinan, perubahan yang sangat besar telah berlaku di Ningde.

Semasa memeriksa Fujian pada Mac 2021, Xi bertemu dengan beberapa orang pelancong dari Shangrao, Wilayah Jiangxi yang berkata mereka mengambil masa hanya 22 minit menaiki kereta api ke Wuyi Mountain, sebuah pusat peranginan musim panas yang terkenal di Fujian.

"Melihat tempat di mana anda pernah bekerja dapat terus membangun ialah saat paling bahagia bagi anda," kata beliau suatu ketika dahulu.

Mengadakan jamuan bagi mengalu-alukan tetamu yang berkumpul di Hangzhou untuk menghadiri upacara pembukaan Sukan Asia ke-19, Xi dengan mesra mengesyorkan Zhejiang kepada tetamu.

"Saya pernah berkhidmat di Wilayah Zhejiang selama beberapa tahun. Komited kepada pembaharuan dan keterbukaan, wilayah itu kini bergerak pantas ke arah mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi," kata Xi, menambah bahawa ia sedang membina sebuah zon demonstrasi untuk kemakmuran bersama dan menjadi perintis dalam pemodenan Cina.

"Tugas saya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat. Ia sangat meletihkan, namun sangat memberi kepuasan," kata Xi, walaupun mengetahui bahawa mentadbir sebuah negara yang begitu besar memerlukan rasa tanggungjawab yang tinggi dan kerja keras."

https://news.cgtn.com/news/2023-09-29/Mid-Autumn-Festival-Xi-Jinping-s-nostalgia-1nuvERpxo52/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion