omniture

China Review Studio dan Chinese Red Cross Foundation Keluarkan Dokumentari "Generation Vax" untuk Siaran Antarabangsa

China review studio
2023-10-03 01:46 7

Dokumentari tersebut menekankan sumbangan China kepada sains, penyelidikan dan pengeluaran vaksin sejak pandemik COVID-19 dan melibatkan seruan agar kajian sains dan penyakit berjangkit dilaksanakan tanpa sempadan.

BEIJING, 3 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- China Review Studio, dengan kerjasama Chinese Red Cross Foundation baru-baru ini mengeluarkan sebuah dokumentari pada YouTube yang berjudul Generation Vax. Diarahkan oleh pengarah yang terkenal di peringkat antarabangsa Mitchell Farkas, filem tersebut memfokuskan pada tema vaksin Covid-19 China dengan menyelami secara mendalam aspek keselamatan, keberkesanan dan publisiti vaksin China.

Filem tersebut menceritakan satu siri kisah penyelidikan saintifik vaksin COVID-19 yang menyentuh perasaan dari tiga perspektif, iaitu penyelidikan, pengeluaran dan sains vaksin China serta menampilkan wawancara bersama ramai kakitangan utama daripada institusi-institusi yang terkemuka di dunia, termasuk Zhong Nanshan, seorang ahli akademik dengan Chinese Academy of Engineering; Ben Cowling, seorang ahli epidemiologi daripada Sekolah Kesihatan Awam, University of Hong Kong, serta pakar-pakar pengeluaran dan para cendekiawan dari seluruh dunia yang berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan vaksin Covid-19.

Cabaran penting yang dihadapi oleh vaksin China ialah fokus untuk menggunakan teknologi vaksin tak teraktif yang teruji dan kebimbangan keseluruhan daripada orang ramai di peringkat domestik dan luar negara. Banyak negara lain di serata dunia telah mula menggunakan vaksin teraktif dan filem berkenaan mendalami pelbagai aspek berkaitan respons global terhadap inisiatif vaksin China.

Filem berkenaan turut mendedahkan kisah bagaimana fasa III klinikal vaksin China telah dijalankan di Brazil. Pada Mei 2020, apabila penyelidikan dan pembangunan vaksin memasuki fasa ketiga percubaan klinikal, didapati bahawa China tidak mendapat akses kepada data jangkitan Covid berskala besar, lalu menjurus kepada kolaborasi antara Sinovac Biotechnology dan Butantan Institute Brazil bagi melaksanakan apa yang digelar sebagai S-Project, untuk memberi vaksin kepada semua orang dewasa di bandar Serrana, sebuah bandar kecil di Negeri Sao Paulo, Brazil, dengan vaksin Sinovac bagi mengkaji dan menguji kesan vaksinasi besar-besaran untuk mengawal penularan virus itu.

Dalam filem berkenaan, percubaan klinikal vaksin yang telah dijalankan oleh China Sinopharm Group di Emiriah Arab Bersatu turut ditonjolkan dengan lebih 44,000 orang sukarelawan dari 125 negara diberi vaksin dengan vaksin Sinopharm. Zhang Yuntao, Ketua Pegawai Saintifik Sinopharm CNBG mengulas bahawa ia merupakan kajian klinikal Fasa III China yang terpantas dan terbesar terhadap COVID-19 ketika itu yang juga merupakan satu peristiwa penting dari segi bagaimana vaksin China telah diaplikasikan untuk perlindungan berskala besar.

Separuh kedua filem itu mendokumentasikan seruan China untuk dunia saling bekerjasama dalam menghadapi insiden keselamatan awam bersama-sama.

Dokumentari berkenaan akan diterjemahkan dan disiarkan di peringkat antarabangsa dalam beberapa minggu dan bulan akan datang pada pelbagai platform termasuk Salve TV di Jerman, ATV di Hungary, BFC di Itali, TVT di Brazil, Soweto di Afrika Selatan, stesen TV RED MEDIA, SPB di Rusia, SEA di Indonesia, saluran TODAY TV dan Genflix.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dokumentari tersebut, sila kunjungi https://youtu.be/XKc5nu-mUOI 

 

Source: China review studio
Keywords: Health Care/Hospital