omniture

Vela Diagnostics Berkolaborasi dengan SRL Inc. untuk Pengedaran Produk di Jepun

Vela Diagnostics
2023-10-03 08:09 45

FAIRFIELD, New Jersey, 3 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Vela Diagnostics mengumumkan pada hari ini satu kolaborasi penyelidikan bersama SRL Inc, sebuah syarikat perkhidmatan penjagaan kesihatan Jepun yang ulung. Perkongsian ini bertujuan untuk memudahkan pengedaran penyelesaian diagnostik molekular Vela Diagnostics yang canggih di Jepun.

Ditubuhkan pada tahun 1970, SRL Inc (subsidiari H.U Group Holdings Inc.), ialah syarikat ujian makmal klinikal yang terkenal di Jepun dengan lebih 80 pangkalan perniagaan di seluruh negara, SRL Inc mengkhusus dalam ujian yang kompleks dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan berprestij, menyediakan penyelesaian diagnostik untuk penyakit, perancangan rawatan, memantau prognosis selepas rawatan dan pemeriksaan kesihatan.

Perjanjian kolaborasi penyelidikan (RCA) antara Vela Diagnostics dan SRL Inc ditandatangani pada Jun 2023, menandakan satu peristiwa penting dalam komitmen bersama mereka untuk memajukan penyelesaian penjagaan kesihatan di Jepun. Vela Diagnostics bermatlamat untuk memanfaatkan rangkaian pengedaran dan pemahaman pasaran SRL Inc yang komprehensif, membolehkan syarikat ini memperkenalkan Kit Cerakinan Pengenotipan SQ HIV-1 Sentosa® kepada institusi-institusi penjagaan kesihatan dan diagnostik Jepun.

Dr Tony Zhang, Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan di Vela Diagnostics, menyatakan bahawa SRL Inc telah memulakan kajian ketersauran untuk Kit Cerakinan Pengenotipan SQ HIV-1 Sentosa®. "Cerakinan Pengenotipan SQ HIV-1 Sentosa® ialah penyelesaian utama VELA untuk Penjujukan Generasi-Seterusnya (NGS) HIV-1 automatik, diberikan designasi FDA DeNovo pada tahun 2019," jelas Dr Zhang. "Dengan masa praktikal yang lebih rendah dan masa pusing balik yang lebih baik berbanding kit-kit lain dalam pasaran, cerakinan ini menggabungkan kecekapan teknik NGS dengan kepekaan unik kepada mutasi dalam tiga sasaran ubatan penting. Ia memberi pemahaman kritikal terhadap profil rintangan ubat virus, berpotensi merevolusikan ujian HIV di Jepun."

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan SRL Inc," kata Sam Dajani, Ketua Pegawai Eksekutif Vela Diagnostics. "Jepun menawarkan peluang yang amat besar dan kami yakin rangkaian dan kepakaran luas SRL Inc akan meningkatkan keupayaan kami untuk menyampaikan produk yang inovatif kepada pesakit dan penyedia penjagaan kesihatan di rantau ini. Kami membayangkan Jepun menyertai rangkaian global penyedia HIV yang menggunakan kit cerakinan NGS Vela Diagnostics yang mencakupi Amerika Utara dan Selatan, Afrika, Eropah, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Australia. Bersama-sama SRL Inc, kami menjangkakan perkongsian membuahkan hasil yang akan meningkatkan hasil pesakit dan menyumbang kepada perjuangan global dalam memerangi HIV."

Latar Belakang Vela Diagnostics 

Vela Diagnostics ialah penyedia yang terkemuka untuk penyelesaian sistem IVD bersepadu, daripada sampel hinggalah keputusan. Penyelesaian ujian VELA menggunakan platform Sentosa automatik, menyediakan keupayaan unik untuk memanfaatkan satu sistem untuk ujian NGS dan PCR dalam penyakit berjangkit serta onkologi.

© 2023 Vela Diagnostics Holding Pte Ltd. Hak cipta terpelihara. Sentosa® ialah tanda dagangan berdaftar Vela Diagnostics Holding Pte Ltd di luar Singapura dalam beberapa pasaran termasuk AS, EU, PRC dan UK. Semua produk Sentosa yang disenaraikan di atas adalah daripada Vela Diagnostics.

Source: Vela Diagnostics
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements