omniture

TAGTHAi Perkenal Pattaya Pass Perluaskan Platform Pelancongan Negara dan Promosikan Pengalaman Kembara Autentik di Bandar

Thai Digital Platform Social Enterprise Company Limited
2023-10-03 12:53 101

CHONBURI, Thailand, 3 Okt 2023 /PRNewswire/ -- TAGTHAi, platform kembara digital negara Thailand, berkolaborasi dengan Tourism Authority of Thailand dan Bandar Pattaya untuk melancarkan 'Pattaya Pass,' Pas Bandar untuk pengalaman kembara Pattaya yang disepadukan. Dibina berdasarkan kejayaan Chiang Mai Pass, TAGTHAi bertujuan untuk merancakkan ekonomi tempatan dengan menyediakan pengalaman kembara tempatan yang autentik kepada Pengembara Individu Bebas (FIT). Platform ini menghubungkan pelbagai perkhidmatan, tempat tarikan, restoran, spa serta kedai, lantas menanamkan keyakinan kepada pelancong tentang kualiti unit perniagaan yang diketengahkan. Matlamat TAGTHAi adalah untuk menjadi pemacu ekonomi tempatan yang penting.

TAGTHAi Perkenal Pattaya Pass Perluaskan Platform Pelancongan Negara dan Promosikan Pengalaman Kembara Autentik di Bandar
TAGTHAi Perkenal Pattaya Pass Perluaskan Platform Pelancongan Negara dan Promosikan Pengalaman Kembara Autentik di Bandar

En. Kalin Sarasin, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Thai Digital Platform Social Enterprise Company Limited dan pengasas bersama aplikasi TAGTHAi menyatakan, "TAGTHAi mengiktiraf potensi pertumbuhan industri pelancongan dan perkhidmatan yang luar biasa di Pattaya, yang berada di kedudukan antara destinasi pelancongan terkemuka di dunia. Kami membayangkan Pattaya Pass sebagai kad kembara digital yang memperkemas pengalaman baik untuk pelancong tempatan mahupun antarabangsa sepanjang perjalanan mereka. Tambahan pula, ia bertujuan untuk menggiatkan ekonomi tempatan Pattaya dan meninggikan standard perkhidmatan pelancongan digital dalam era Masyarakat 5.0."

Dengan sokongan baik daripada kerajaan mahupun sektor swasta untuk meningkatkan tawaran pelancongan, Pattaya Pass menggabungkan pengalaman kembara dan menjamu selera dengan lancar, yang meningkatkan kemampuan serta kemudahan untuk pengembara di Pattaya. Kad ini memastikan agar pelancong dapat benar-benar menyelami budaya tempatan dan mengembara dengan gaya autentik dengan menyediakan akses kepada tempat tarikan pelancong, restoran, spa dan perkhidmatan lain di Pattaya yang dipilih sendiri oleh penduduk tempatan.

Pattaya Pass bermula pada harga 1,490 baht setiap orang sehari melalui aplikasi TAGTHAi, sedia untuk dimuat turun daripada kedua-dua App Store dan Play Store.

Source: Thai Digital Platform Social Enterprise Company Limited
Keywords: Computer/Electronics Travel