omniture

Casio Bakal Buka G-SHOCK STORE Maya dalam Metasemesta

CASIO COMPUTER CO., LTD
2023-10-03 16:17 107

Yang Pertama Menawarkan Pengalaman Penyesuaian Jam Tangan dalam VRChat

TOKYO, 3 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini pelancaran gedung maya berasaskan metasemesta untuk jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. Gedung baharu ini akan dibuka pada 6 Oktober 2023 pada platform realiti maya sosial VRChat, membolehkan pengunjung menikmati pengalaman penyesuaian jam tangan dan banyak lagi.


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penciptaan avatar (personaliti maya), penerokaan ruang maya dan penglibatan dalam komunikasi dengan satu sama lain dalam metasemesta menjadi semakin popular untuk pengguna muda.

Sebagai respons, Casio membuka ruang G-SHOCK STORE maya, yang digelar "dunia" dalam metasemesta bagi menggalakkan budaya memperlengkapkan avatar dengan jam tangan, dibangunkan berdasarkan sokongan padu yang dinikmati oleh G-SHOCK daripada pengguna untuk ciri kalis hentakannya dan reka bentuk unik. Casio menandatangani perjanjian perkongsian dengan VRChat Inc., operator bagi platform realiti maya sosial terbesar di dunia, VRChat. Ini merupakan kali pertama seumpamanya pengeluar jam tangan membuka sebuah dunia (ruang maya) dalam VRChat.

Dunia maya G-SHOCK STORE akan menyediakan perkhidmatan penyesuaian jam tangan yang membolehkan pengguna menggabungkan komponen-komponen berbeza bagi mencipta jam tangan G-SHOCK terperibadi mereka sendiri, serta untuk melihat bagaimana rupa avatar VRChat mereka memakai jam tangan yang mereka cipta. Di samping itu, pengguna boleh membeli komponen-komponen jam tangan sebagai item digital untuk digunakan dalam VRChat di gedung dalam talian Casio rasmi pada BOOTH, pasaran dalam talian global untuk pengusaha kreatif bagi mencipta jam tangan G-SHOCK maya yang boleh dipakai oleh avatar mereka dalam G-SHOCK STORE dan dunia VRChat yang lain. Jam tangan maya ini dihubungkan dengan masa di lokasi pengguna, bagi membolehkan pengguna menyemak masa dalam VRChat.

Inside the G-SHOCK STORE in the metaverse
Inside the G-SHOCK STORE in the metaverse

Latar Belakang VRChat 

VRChat ialah platform metasemesta realiti maya yang membolehkan pengguna menggunakan bentuk avatar dan menikmati pengalaman interaktif dalam dunia maya. Berjuta-juta orang telah membentuk himpunan komuniti pengguna yang luas yang mereka gunakan untuk bebas menikmati aktiviti dalam ruang metasemesta pada platform ini.

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services