omniture

UNISOC dan itel Bekerjasama Cipta Telefon Pintar Rujukan Penanda Aras Untuk Android 14 (edisi Go)

UNISOC
2023-10-05 13:00 74

SHANGHAI, 5 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- UNISOC, syarikat reka bentuk cip platform yang terkemuka di dunia, dan itel, Jenama Telefon Pintar No.1 Global di bawah $100, mengumumkan bahawa mereka akan bersama-sama mencipta telefon pintar rujukan penanda aras untuk Android 14 (edisi Go) dengan dengan tujuan menyediakan pengalaman mudah alih yang unggul kepada pengguna. Telefon pintar terbaru dari itel, yang dikuasakan oleh cip T606 UNISOC akan menjadi salah satu telefon pintar pertama dunia yang akan dilancarkan dengan Android 14 (edisi Go).

Android 14 menawarkan perlindungan privasi yang lebih baik, pengurusan notifikasi lebih pintar dan rangkaian pilihan tema yang lebih luas. Android 14 (edisi Go) mempermudah ciri-ciri tertentu bagi memastikan pengalaman pengguna yang lebih selamat, lebih stabil dan lebih lancar.

Telefon pintar terkini itel, dikuasakan oleh cip T606 UNISOC, bersedia untuk dilancarkan secara rasmi dan dijual di Asia Tenggara pada November tahun ini. Inovasi ini menjamin pengalaman tangkas hayat bateri dilanjutkan dan prestasi lancar untuk pengguna telefon pintar dalam pasaran baru muncul dengan memanfaatkan penambahbaikan yang komprehensif dalam integrasi teknologi.

UNISOC memegang kedudukan penting sebagai salah satu daripada 3 penyedia cip telefon pintar terunggul dalam pasaran terbuka global (menurut data Counterpoint Research yang meliputi tempoh dari S4 2021 hingga S1 2023). Dengan penglibatan yang besar selama hampir dua dekad dalam pasaran Asia Tenggara.

UNISOC telah menjalin hubungan kerjasama jangka panjang dan erat dengan operator-operator rangkaian utama serta jenama-jenama "raja tempatan" di Asia Tenggara, lantas mengukuhkan kedudukannya sebagai pembekal cip yang utama di rantau ini. Berpuluh-puluh juta pengguna di Asia Tenggara kekal terhubung dengan peranti yang dikuasakan oleh cip UNISOC.

Melalui kolaborasi, UNISOC melaksanakan inovasi teknologi dan pengoptimuman pada peringkat cip, mengambil kira semua ciri iklim unik dan keutamaan pengguna mudah alih di Asia Tenggara. Set cip UNISOC menawarkan kawalan suhu yang lebih tepat, stabil dan pintar pada frekuensi dominan yang lebih tinggi. Di samping itu, set cip telah menjalani peningkatan menyeluruh dalam berbagai fungsi seperti menangkap gambar dengan sekitar 100 juta piksel, tembakan berterusan, tera air foto dan rakaman dwi-pandangan yang telah meningkatkan pengalaman pengguna yang luar biasa untuk pengguna Asia Tenggara.

 

Source: UNISOC
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services