BEIJING, 5 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Sebuah aktiviti yang dibangunkan untuk mempromosikan pertukaran budaya Baijiu China telahpun diadakan baru-baru ini di ibu negara Kazakhstan, Astana, bagi memperkenalkan jenama Baijiu China yang amat disegani, Fenjiu kepada penduduk di Kazakhstan.
An activity designed to promote China’s Baijiu culture exchanges kicks off recently in Kazakhstan's capital city Astana, introducing China's reputed Baijiu brand Fenjiu to people in Kazakhstan.
Aktiviti berkenaan mengundang pegawai kerajaan, wakil institusi, profesor universiti, kakitangan media dan sebagainya untuk bersama-sama mencicip minuman keras Fenjiu dan melakukan pertukaran pandangan yang mendalam tentang budaya Baijiu Cina.
Sebagai hentian pertama dalam lawatan promosi pembuat Baijiu di Asia Tengah tahun ini, aktiviti berkenaan mencapai kejayaan yang sempurna, memperlihatkan percubaan terkini oleh Fenjiu untuk mempromosikan pengantarabangsaan jenama serta budaya Fenjiu dengan aktif dan memaparkan daya tarikan unik Baijiu Cina kepada dunia.
Fenjiu telah lama komited untuk membolehkan pengguna global menikmati aroma semerbak Baijiu Cina serta merapatkan jurang pertukaran budaya dan persefahaman antara negara-negara dan juga tamadun-tamadun yang berbeza.
Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/336312.html