omniture

Program Rakan Kongsi Cipher Baharu SafeNet Membantu Rakan Kongsi Asia-Pasifik Menyediakan Penyelesaian yang Mengubah Keselamatan Data

SafeNet, Inc.
2014-07-01 08:30 104

-- Program yang Dipertingkat Bertumpu pada Kemudahan Melakukan Perniagaan dengan SafeNet dan Meningkatkan Peluang Hasil untuk Rakan Kongsi dengan Pengesahan, Penyulitan serta Penyelesaian Pengurusan Kripto Generasi Seterusnya

HONG KONG, 1 Julai 2014 /PRNewswire/ -- SafeNet, Inc., peneraju global dalam penyelesaian perlindungan data, hari ini telah mengumumkan pelancaran program rakan kongsi saluran global dipertingkat, Program Rakan Kongsi Cipher SafeNet, di rantau Asia-Pasifik. Program baharu ini direka bagi membenarkan rakan kongsi mengembangkan perniagaan mereka dan turut membantu para pelanggan menangani cabaran baharu keselamatan data dalam era awan, pemayaan dan juga mobiliti. Penambahbaikan termasuklah faedah rakan kongsi bertingkat, gerbang rakan kongsi dipertingkat, peletakan harga global ringkas, serta pendaftaran urus niaga untuk memudahkan rakan kongsi mengembangkan perniagaan keselamatan data mereka dengan SafeNet.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20131031/PH07356LOGO

Dengan penyelesaian SafeNet yang menerajui industri bagi penyulitan, pengurusan kripto dan juga pengesahan, rakan kongsi boleh membantu pelanggan menangani perkara utama yang tidak memuaskan hati daripada segi keselamatan serta keutamaan keselamatan data dan pengesahan pengguna serta kawalan akses, menurut data baru-baru ini daripada 451 Research. Pelaburan SafeNet dalam membangunkan program latihan, akreditasi serta jualan dan pemasaran untuk menyokong rakan kongsi akan membantu mereka menyusun atur, menjual dan turut menyediakan penyelesaian perlindungan data maju untuk membantu para pelanggan mencakup "perimeter baharu" keselamatan IT – data dan penggunanya.

SafeNet mempertingkat program itu berdasarkan maklum balas berterusan daripada rakan kongsi saluran. Sorotan program termasuklah:

  • Kerangka kerja program Global Tunggal – Program Rakan Kongsi Cipher menyediakan program yang konsisten merentasi dunia dengan kelonggaran untuk penyesuaian pasaran tempatan.
  • Pengharmonian Diskaun – Program Rakan Kongsi Cipher menawarkan diskaun produk tunggal yang ringkas dan diharmonikan, memudahkan urusan perniagaan dengan SafeNet.
  • Manfaat Rakan Kongsi Bertingkat – Program Rakan Kongsi Cipher menawarkan tiga tingkat – Perak, Emas serta Platinum. Rakan Kongsi boleh mengumpul faedah Cipher kerana membawa perniagaan menguntungkan kepada SafeNet, manakala mereka yang terikat pada tingkat lebih tinggi pula akan menikmati faedah daripada diskaun lebih tinggi, margin lebih besar serta sokongan jualan dan pemasaran. 
  • Ekosistem Keselamatan Global – SafeNet telah menyepadukan dan turut mengesahkan produknya dengan penyelesaian syarikat teknologi yang menerajui bidangnya, menawarkan rakan kongsi pelbagai peluang tambahan untuk meningkatkan hasil keuntungan. Mereka menikmati faedah daripada kebolehan untuk menawarkan penyelesaian pengesahan dan penyulitan yang bersepadu dengan lebih banyak platform teknologi berbanding apa-apa penyedia perlindungan data lain.
  • Gerbang Rakan Kongsi Baharu dan Dipertingkat – Gerbang rakan kongsi SafeNet menawarkan alatan dan sumber yang diperlukan rakan kongsi untuk menjual, menyokong dan turut menyediakan khidmat kepa da rangkaian penuh produk dan penyelesaian SafeNet. Ia menyediakan akses berpusat untuk alatan jualan, latihan serta kempen pemasaran yang boleh didapati oleh setiap rakan kongsi. Ciri istimewa termasuklah pengurusan profil, pengurusan pelanggan berpotensi, pendaftaran urus niaga, latihan dalam talian dan juga pengurusan dana. Rakan kongsi SafeNet mendapat faedah daripada latihan berasaskan video, berasaskan web serta bilik kelas.
  • Pendaftaran Urus Niaga, Akses kepada Pelanggan Berpotensi dan Diskaun Seragam yang Banyak – Program Rakan Kongsi Cipher SafeNet menawarkan diskaun yang banyak sejajar dengan status dan aktiviti rakan kongsi, di samping senarai harga terkumpul yang dipertingkat, lalu memudahkannya dijual merentasi portfolio SafeNet. SafeNet telah meningkatkan diskaun untuk urus niaga yang berdaftar menjadi 10 peratus, menyediakan margin lebih besar dan juga ganjaran lebih banyak untuk rakan kongsi. Rakan kongsi boleh yakin yang semua peluang ini hanya diberikan kepada mereka dan mereka menerima semua pelanggan berpotensi berterusan daripada SafeNet.
  • Program Pemasaran, Sokongan Jualan dan Latihan – SafeNet menyediakan sokongan saluran merentasi semua fungsi kritikal perniagaan rakan kongsi untuk mempercepat pemasaran, jualan serta penyediaan khidmat penyelesaian SafeNet kepada pengguna akhir. Rakan kongsi boleh memuktamadkan peluang dengan lebih cepat dengan alatan jualan dan kempen pemasaran yang disediakan SafeNet kepada generasi pelanggan berpotensi.

Petikan Kata-kata Sokongan
"Saluran ini lanjutan daripada pasukan jualan & teknikal SafeNet dan jalan kritikal ke pasaran untuk SafeNet. Selama 12 bulan lepas, rakan kongsi saluran telah menambah lebih dua kali sumbangan hasil menguntungkan kepada SafeNet. Rakan kongsi mewakili bahagian yang penting untuk strategi menuju ke pasaran keseluruhan kami, dan kami komited untuk pertumbuhan mereka. Semua penambahbaikan ini akan membantu meningkatkan nilai rakan kongsi saluran Cipher SafeNet sambil memudahkan urusan perniagaan dengan kami. Kami akan terus mengukuhkan lagi hubungan rakan kongsi kami dan turut menyediakan program yang semakin bernilai yang akan membantu rakan kongsi saluran kami untuk berjaya."
     – Rana Gupta, naib presiden untuk rantau Asia-Pasifik, SafeNet

"Asia Pasifik mewakili peluang yang signifikan untuk SafeNet mengembangkan syer pasaran kami dengan bekerjasama rapat bersama rakan kongsi merentasi rantau. Dengan program baharu dan dipertingkat kami serta komitmen yang lebih tinggi untuk kejayaan saluran, rakan kongsi kami diperkasakan dengan lebih banyak sokongan dan juga penyelesaian pengesahan dan penyulitan yang menerajui industri oleh SafeNet bagi membantu mereka menyelesaikan cabaran keselamatan data pelanggan mereka."
     – Laurie Usewicz, naib presiden, jualan saluran global, SafeNet

"SafeNet membolehkan rakan kongsi seperti Nera dengan sokongan padu dan penyelesaian perlindungan data yang sangat relevan dalam konteks landskap ancaman yang sentiasa meningkat pada masa kini. Program rakan kongsi SafeNet baharu ini membantu kami menyediakan komponen penting strategi pertahanan terperinci bagi perkara penting yang tidak memuaskan hati pelanggan kami dalam melindungi data dan menjaga akses pengguna kepada data dan aplikasi korporat."
     – Samuel Ang, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Nera Telecommunications (Singapura)

"Kami telah mengembangkan perniagaan kami dengan bantuan hubungan erat kami dengan SafeNet. Mereka bukan sahaja mempunyai portfolio besar penyelesaian keselamatan yang memenuhi keperluan pasaran perusahaan, mereka menyokong itu pula dengan program sokongan serta insentif tidak lokek yang membantu rakan kongsi mereka berjaya."
     – Jason Shih, Pengurus Besar, PaySecure (Taiwan)

"Rangkaian perisian dan produk perlindungan data SafeNet yang menyeluruh membenarkan kami untuk menyediakan penyelesaian selamat, tangkas serta berprestasi tinggi kepada para pelanggan kami. Tambahan lagi, program rakan kongsi mereka telah menyediakan Cogito Group dengan peluang untuk mempertingkat hubungan perniagaan ke perniagaan. Ia menunjukkan komitmen yang padu untuk rakan kongsi mereka."
     – Richard Brown, Pengarah Urusan, Cogito Group (Australia)

"Pasukan Data Edge sangat teruja dengan kerangka kerja Program Rakan Kongsi Cipher SafeNet. Program ini akan membenarkan rakan kongsi mengakses alatan yang diperlukan dan kekal maklum dengan perkembangan terkini industri bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan membantu mereka meringankan beban cabaran mereka. Program ini pasti dapat membantu rakan kongsi seperti kami untuk menentukan kedudukan penyelesaian dengan saranan nilai tersendiri dan menangani lebih banyak perniagaan menegak dengan pendekatan yang berstruktur."
     – Noor A Alam Chowdhury, Pengarah Urusan, Data Edge Limited (Bangladesh)

"Kami telah menikmati perkongsian yang berjaya dengan SafeNet selama lebih 10 tahun lepas. Kami dapat memperkenalkan SafeNet sebagai penyedia utuh untuk penyelesaian perlindungan data di negara kami, dan hampir semua institusi kewangan sedang menggunakan SafeNet sebagai sebahagian yang penting daripada kerangka kerja keselamatan data mereka. Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada Program Rakan Kongsi Cipher SafeNet."
     – Bishwa Dhar Tuladhar, Pengarah Eksekutif, World Distribution Nepal Pvt.Ltd (Nepal)

"Program Rakan Kongsi Cipher SafeNet baharu meningkatkan aras daripada segi sokongan, alatan dan penyelesaian untuk industri perlindungan data. Sebagai rakan kongsi jangka panjang SafeNet, kami sangat teruja dengan peningkatan baharu ini serta peluang untuk bekerjasama lebih rapat dengan SafeNet bagi menawarkan pelanggan penyelesaian inovatif yang melindungi data dan menjaga akses pengguna pada masa apabila pencerobohan data semakin menjadi-jadi."
     – Viraj Mudalige, Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif, Epic Lanka Pvt Ltd (Sri Lanka)

Sumber

Latar belakang SafeNet, Inc.
Ditubuhkan pada tahun 1983, SafeNet, Inc ialah salah satu syarikat keselamatan maklumat terbesar di dunia, dan dipercayai untuk melindungi data yang paling sensitif untuk organisasi peneraju pasaran di seluruh dunia. Pendekatan berpaksikan data SafeNet bertumpu pada perlindungan maklumat bernilai tinggi sepanjang kitar hayatnya, daripada pusat data sehinggalah kepada awan. Lebih 25,000 pelanggan merentasi perusahaan komersil dan agensi kerajaan mempercayai SafeNet untuk melindungi dan turut mengawal akses kepada data sensitif, mengurus risiko, menjamin pematuhan, serta menjaga persekitaran maya dan awan. Ketahui lebih lanjut tentang SafeNet di Twitter, LinkedIn, Facebook, YouTube, dan juga Google+.

Maklumat Perhubungan Media SafeNet:
Agnes Wan
T: +852 3157 7121
E: agnes.wan@safenet-inc.com

 

 

 

Source: SafeNet, Inc.
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology New products/services Small Business Services