omniture

Geberit Perkenalkan Bilik Pameran Utama Pertama di Singapura, Pamerkan Kecemerlangan Switzerland

Geberit South East Asia Pte Ltd
2023-10-09 09:47 59

SINGAPURA, 9 Okt 2023 /PRNewswire/ -- Geberit, peneraju Eropah dalam bidang produk sanitari, membuka secara rasmi bilik pameran utama pertamanya di Asia Tenggara (SEA) di Marina Square, Singapura pada Jumaat, 29 September 2023 di sebuah acara yang diserikan oleh Duta Frank Grütter daripada Kedutaan Switzerland di Singapura, antara tokoh-tokoh disegani yang lain.

Ribbon cutting ceremony with (Left to Right): Michael Allenspach, Managing Director of Geberit North & South East Asia, Ambassador Frank Grütter, Swiss Ambassador to Singapore and Brunei, and Mr Yeo Siew Hong, Managing Director of Econflo Systems.
Ribbon cutting ceremony with (Left to Right): Michael Allenspach, Managing Director of Geberit North & South East Asia, Ambassador Frank Grütter, Swiss Ambassador to Singapore and Brunei, and Mr Yeo Siew Hong, Managing Director of Econflo Systems.

Bilik pameran Marina Square mencakupi keluasan 140 meter persegi, menawarkan pengalaman jenama Geberit yang unggul kepada pengunjung. Ia menandakan pencapaian penting dalam perjalanan Geberit, menjadi yang pertama di SEA untuk mempamerkan rangkaian penuh produk sanitari revolusioner Geberit. Keputusan Geberit untuk menubuhkan bilik pamerannya di sebuah pusat membeli-belah yang sibuk mencerminkan komitmennya untuk melibatkan pelanggan runcit serta golongan profesional industri.

Geberit, perintis industri yang telah lama bertapak, mentakrifkan semula keseluruhan laluan air bermula daripada tangki hingga tandas (WC) serta paip saliran selama berdekad-dekad. Konsep inovatif bilik pameran ini berkisarkan untuk mempersembahkan dua cabang produk Geberit – teknologi di belakang dinding dan produk di hadapan dinding – bagi mencipta pengalaman bilik mandi harmoni yang menggabungkan dengan lancar pengurusan air yang cekap dengan hiasan bilik mandi yang menarik secara visual.

Para pengunjung dapat menyaksikan demonstrasi secara langsung teknologi canggih Geberit termasuk:

  • Rangkaian penuh tangki di-belakang-dinding dan di-depan-dinding
  • Siri bilik mandi ONE Geberit, disediakan secara eksklusif di bilik pameran Marina Square
  • Rangkaian siri bilik mandi Xeno2, Acanto, iCon dan Smyle Geberit
  • Rangkaian tandas pancuran AquaClean Geberit
  • Rangkaian besen cuci VariForm Geberit
  • Rangkaian tangki tersembunyi dan plat penggerak Sigma Geberit, termasuk plat penggerak Sigma70 yang diperkenalkan pada Jun 2023
  • Tangki tersembunyi Omega Geberit yang akan datang untuk aplikasi tinggi-rendah
  • SuperTube Geberit, penyelesaian saliran bangunan perintis

Rangkaian produk Geberit menampung keperluan pelbagai segmen pelanggan, bermula daripada pengguna runcit yang arif hinggalah golongan profesional industri bangunan dan pembinaan. Produk-produk ini menggabungkan dengan lancar reka bentuk yang elegan dengan fungsian, menawarkan pemasangan dan penyelenggaraan mesra pengguna. Tawaran daripada Geberit termasuk penyelesaian jimat ruang serta teknologi mempertingkat keselesaan yang meningkatkan pengalaman pengguna.

Bilik pameran ini dibahagikan dengan teliti kepada empat zon:

1)  Dinding pintu masuk mengagumkan yang memaparkan Kecemerlangan Switzerland Geberit.
2)  Zon Inspirasi yang menampilkan persediaan bilik mandi dengan produk bilik mandi Geberit, termasuk sinki dan cermin.
3)  Zon Teknologi menawarkan gambaran sekilas terhadap teknologi canggih Geberit dengan demonstrasi secara langsung sistem simbahnya yang unggul.
4)  Akademi menawarkan ruang khusus untuk kakitangan dan pelanggan berbincang serta mencari penyelesaian praktikal.

Reputasi Singapura sebagai sebuah hab inovasi menjadikannya lokasi yang ideal untuk bilik pameran utama Geberit. Dalam satu perkongsian strategik, Econflo Systems, sebuah perniagaan keluarga yang bertukar menjadi entiti korporat mengkhusus dalam pembekalan projek-projek besar kediaman persendirian dan kerajaan di Singapura, berganding bahu dengan Geberit sebagai rakan kongsi tempatannya. Perkongsian tersebut memanfaatkan kepakaran luas Econflo dalam segmen runcit dan reputasi kukuh Geberit untuk meningkatkan kesedaran dan keinginan terhadap produk Geberit.

Pereka dalaman, Henry Yew daripada Index Design memimpin bahagian reka bentuk bilik pameran ini, menyepadukan dengan lancar identiti dan nilai jenama Geberit ke dalam reka bentuk dalaman minimalis yang merangkumkan konsep "Reka Bentuk Bertemu Fungsi" yang sempurna.

Komitmen Geberit yang tidak berbelah bahagi kepada kualiti, keandalan, kelestarian dan inovasi terserlah dalam setiap aspek pada bilik pameran yang luar biasa ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Geberit dan produknya, sila kunjungi laman web rasmi di https://www.geberit.com.sg/.

Latar Belakang Geberit

Geberit Group yang beroperasi di peringkat global merupakan peneraju Eropah dalam bidang produk sanitari. Geberit beroperasi dengan kehadiran tempatan yang kukuh di kebanyakan negara Eropah, menyediakan nilai tambah yang unik apabila melibatkan teknologi sanitari dan seramik bilik mandi. Rangkaian pengeluarannya mencakupi 26 kemudahan pengeluaran yang mana empat daripadanya terletak di luar negara. Kumpulan ini beribu pejabat di Rapperswil-Jona, Switzerland. Dengan sekitar 12,000 orang pekerja di kira-kira 50 negara, Geberit menjana jualan bersih sebanyak CHF 3.4 bilion pada tahun 2022. Saham Geberit disenaraikan di SIX Swiss Exchange dan telahpun dimasukkan ke dalam SMI (Swiss Market Index) sejak tahun 2012.

Geberit showroom grand opening with guests.
Geberit showroom grand opening with guests.

 

Source: Geberit South East Asia Pte Ltd
Keywords: Construction/Building Real Estate