omniture

Swisslog menamakan Jens Schmale sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu

Swisslog
2023-10-09 13:59 29

Jens Schmale ialah individu seterusnya bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Swisslog apabila Antonio Trioschi mengumumkan akan bersara. Giulia Colombi akan mengetuai rantau EMEA.

PETALING JAYA, Malaysia, 7 Oktober 2023  /PRNewswire/ -- Swisslog, yang merupakan ahli KUKA Group, dengan sukacitanya memperkenalkan Jens Schmale sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang seterusnya, berkuat kuasa 1 Januari 2024. Ketika ini, Jens merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Swisslog EMEA dan membawakan banyak pengalaman dalam sektor logistik untuk peranan baharu beliau.


Jens, 49, menyertai Swisslog dalam tahun 2020 yang mana beliau bertanggungjawab terhadap unit perniagaan AutoStore syarikat ini hinggalah beliau memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Swisslog EMEA pada September 2021. Sebelum Swisslog, beliau memegang beberapa jawatan kepimpinan kanan dengan penyedia-penyedia logistik yang terkemuka.

Antonio Trioschi, Ketua Pegawai Eksekutif semasa Swisslog, mengumumkan hasrat beliau untuk bersara pada penghujung tahun ini, mendorong perubahan dalam kepimpinan ini. Antonio meninggalkan legasi pencapaian, termasuk pengaturan inisiatif transformatif yang memacu pertumbuhan perniagaan, peningkatan kewangan dan inovasi pada peringkat pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif KUKA, Peter Mohnen percaya Jens akan membina berdasarkan pencapaian pendahulu beliau. "Saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Antonio atas kepimpinan dan dedikasi beliau yang cemerlang. Di bawah kepimpinan beliau, Swisslog telah mencapai kejayaan yang luar biasa untuk pelanggannya. Jens telah menunjukkan kepakaran kepimpinan beliau selaku Ketua Pegawai Eksekutif Swisslog EMEA dan serba lengkap untuk membina di atas asas yang kukuh ini dan membuka lembaran kejayaan yang baharu."

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu Swisslog, fokus strategik Jens yang utama adalah untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan memperkukuh hubungan syarikat dengan pelanggan serta rakan kongsinya. "Kami teruja untuk memimpin Swisslog dalam perjalanan menuju pertumbuhan dan merebut peluang untuk melangkaui jangkaan pelanggan," kongsi Jens. "Saya juga akan menumpukan perhatian bagi memastikan Swisslog kekal menjadi tempat yang hebat untuk bekerja dengan memupuk kolaborasi yang lebih teguh dan akhirnya, mencipta nilai tambahan untuk pelanggan kami."

Giulia Colombi, 38, akan mengambil alih sebagai ketua Swisslog EMEA. Giulia mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang perniagaan, bekerjasama erat dengan pelanggan dan membuka pasaran baharu. Beliau memulakan kerjaya di Swisslog sebagai Pengurus Jualan Segmen Pasaran sebelum mengetuai pasukan Reka Bentuk dan Perundingan dan baru-baru ini, mengubahnya menjadi jabatan Reka Bentuk dan Kejuruteraan.

Jens mempunyai keyakinan penuh terhadap Giulia sebagai pengganti untuk jawatan semasa beliau. "Giulia akan menjadi ketua yang cemerlang untuk Swisslog rantau EMEA. Saya yakin beliau akan memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan dan kejayaan berterusan Swisslog dalam rantau EMEA."

Latar Belakang Swisslog – Swisslog menyampaikan penyelesaian berpandukan data & robotik untuk automasi logistik anda berserta konsep perkhidmatan modular yang andal. Berkolaborasi dengan syarikat-syarikat berpandangan jauh, kami komited untuk menetapkan standard baharu dalam automasi gudang bagi menyediakan produk dan penyelesaian kalis masa depan. Sebagai sebahagian daripada KUKA Group, pelanggan kami mempercayai kecekapan kakitangan kami yang bersemangat – lebih daripada 14,000 orang bekerja di seluruh dunia.
www.swisslog.com & www.kuka.com

 

 

Source: Swisslog
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Personnel announcements Artificial Intelligence Supply Chain/Logistics