omniture

Dahua Sertai Inisiatif United Nations Global Compact Dorong Pembangunan Mampan Global

Dahua Technology
2023-10-10 08:55 109

HANGZHOU, China, 10 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Dahua Technology, penyedia penyelesaian dan perkhidmatan AIoT berpusatkan video yang terkemuka di dunia, berjaya menyertai inisiatif United Nations Global Compact bersama-sama ribuan syarikat di serata dunia, menunjukkan komitmen berterusan syarikat ini terhadap kelestarian dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab dalam menyokong matlamat masyarakat yang lebih luas.


United Nations Global Compact ialah platform kepimpinan sukarela untuk pembangunan, pelaksanaan dan pendedahan amalan perniagaan yang bertanggungjawab. Dilancarkan pada tahun 2000, UN Global Compact ialah inisiatif kemampanan korporat terbesar di dunia, dengan lebih daripada 9,500 syarikat dan 3,000 penandatanganan bukan perniagaan yang berpangkalan di lebih 160 negara serta lebih daripada 70 Rangkaian Tempatan. Ia menggalakkan syarikat-syarikat di seluruh dunia menyelaraskan operasi dan strategi mereka dengan sepuluh prinsip yang diterima secara sejagat dalam bidang hak asasi manusia, buruh, alam sekitar dan antirasuah serta untuk mengambil tindakan bagi menyokong matlamat PBB dan isu-isu yang terkandung dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Selama bertahun-tahun, Dahua telah menunjukkan usaha dan sokongannya yang tidak berbelah bahagi terhadap pembangunan mampan dan perlindungan alam sekitar. Satu contoh ketara ialah komitmen padu Dahua untuk membina sebuah komuniti rendah-karbon hijau dengan mengintegrasikan amalan mampan dengan kecerdasan digital, termasuk perlindungan biodiversiti pintar, perlindungan alam sekitar pintar, pengurusan trafik pintar, tenaga pintar, bangunan pintar, pendidikan pintar dan pengeluaran selamat.

Di samping itu, Dahua mempromosikan dengan aktif produk dan penyelesaian hijau serta rendah-karbon dengan melaksanakan reka bentuk produk penggunaan rendah-kuasa, reka bentuk kuasa solar bersepadu dan reka bentuk penyelesaian AIoT. Syarikat ini berpegang teguh kepada operasi hijau dan pembangunan mampan melalui produk hijau, pembuatan hijau, logistik hijau dan kehidupan hijau. Dari segi penjimatan tenaga, Dahua Park berjaya dinaik taraf dengan sistem elektrik pintar yang dapat menjimatkan sehingga 1,389,800 kWj elektrik setiap tahun. Stesen janakuasa fotovolta turut dipasang bagi menjana tenaga bersih dan mengurangkan emisi karbon. Kesemua usaha ini selaras dengan prinsip-prinsip alam sekitar UN Global Compact yang menyatakan "Perniagaan harus menyokong pendekatan berjaga-jaga terhadap cabaran alam sekitar, mengambil inisiatif untuk mendorong tanggungjawab alam sekitar yang lebih besar dan menggalakkan pembangunan serta penyebaran teknologi mesra alam."

Dengan menyertai UN Global Compact, Dahua menyasarkan untuk meningkatkan lagi komitmen syarikat kepada pembangunan mampan dan terus mencipta impak positif untuk umat manusia dan planet ini. Ia juga akan membolehkan Dahua membantu menetapkan standard global untuk amalan perniagaan yang mampan dan bertanggungjawab serta menjalankan tanggungjawab bersamanya dengan aktif bagi mencapai masyarakat yang lebih selamat dan kehidupan lebih pintar.

Source: Dahua Technology
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Green Technology High Tech Security Internet Technology Computer Accessories Telecommunications Contracts Artificial Intelligence