omniture

TAILG Pecahkan Guinness World Record dengan Mencapai "Perjalanan Paling Panjang dengan Skuter Elektrik"

TAILG
2023-10-10 09:05 59

DONGGUAN, China, 10 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- TAILG, penyedia penyelesaian e-mobiliti yang terkemuka di dunia dan penyedia penyelesaian mobiliti hijau untuk Sukan Asia 2023 di Hangzhou, baru-baru ini telah merangkul gelaran "perjalanan paling panjang dengan skuter elektrik" yang diberikan oleh Guinness World Records setelah kenderaan dua roda berkuasa baterinya menyelesaikan perjalanan sejauh 31,516 km (19,583 batu) mulai Jun hingga September 2023, melakukan perjalanan merentas 181 bandar dalam pengembaraan selama tiga bulan.


Pencapaian yang luar biasa itu diperoleh selepas e-skuter TAILG memecah rekod dunia dengan menempuh jarak sejauh 656.8 km (408.1 batu) dengan sekali cas pada tahun 2020. Kedua-dua rekod baharu menandakan era baharu untuk mod pengangkutan yang dikuasakan oleh penyelesaian e-mobiliti kompak, ringan, lantas mentakrifkan semula peranan basikal dan skuter elektrik yang sering digunakan untuk perjalanan jarak dekat oleh warga kota dan menerobos sempadan EV tatkala TAILG terus membangunkan alatan mobiliti berprestasi tinggi, jarak jauh dan hijau untuk pelanggan global.

"Teknologi e-mobiliti yang membolehkan perjalanan jarak jauh, asas kepimpinan TAILG dalam industri EV, telah membuka peluang baharu untuk basikal dan skuter elektrik. Tidak lagi terhad untuk perjalanan berulang alik dan antara bandar, e-basikal telah berkembang menjadi mod pengangkutan serba boleh untuk pelbagai perjalanan bandar dan rekreasi yang lebih luas. Menjadi dedikasi kami untuk menerobos sempadan alatan e-mobiliti yang membolehkan kami memenuhi matlamat ini, mengatasi cabaran yang dapat membuka potensi baharu kenderaan dua roda elektrik," kata Yao Li, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TAILG.

Skuter baharu yang menyahut cabaran itu ialah Chitu TAILG, yang menetapkan penanda aras industri untuk jarak perjalanan hasil daripada teknologi jimat tenaga generasi kelima TAILG - Jindouyun - yang direka bentuk untuk meminimumkan penggunaan kuasa sambil memastikan kelajuan, ketangkasan dan keselamatan unggul di jalan raya.

Sebagai sebahagian daripada ujian yang mengukur prestasi keseluruhan model tersebut, cabaran itu memerlukan skuter elektrik menangani pelbagai keadaan jalan raya dan rupa bumi termasuk cerun curam, jalan raya berbelok-belok dan tepi cenuram berceranggah serta laluan berliku-liku, yang diselesaikan olehnya dengan cemerlang. Qin Haidong, pemandu skuter itu, memetik kualiti, keandalan dan hayat bateri Chitu TAILG mengagumkan yang membantu menjamin kemenangan.

Dipacu oleh pendekatan bertumpukan pelanggan TAILG dan usaha mencapai kecemerlangan yang berterusan, peningkatan pesat TAILG di barisan hadapan industri EV disokong oleh teknologi canggihnya, tawaran yang luas serta strategi produknya yang tertumpu pada keselamatan, keandalan dan inovasi. Kini, TAILG memiliki lebih seribu paten dalam portfolionya, digandingkan dengan makmal berakreditasi CNAS dan anugerah-anugerah global atas kepimpinannya dalam teknologi EV.

Selain daripada kehebatan R&Dnya, pencapaian TAILG dalam bahagian jualan telah mencapai kejayaan baharu Ogos ini, memperbaharui rekod sebulan tunggalnya dengan menjual satu juta unit. Pencapaian ini menekankan kecekapan sembilan pangkalan pembuatan TAILG di seluruh China, yang secara kolektif menyumbang kepada purata output pengeluaran harian TAILG yang mengagumkan dengan lebih 33,000 unit, bersamaan dengan sebuah kenderaan baharu setiap 2.6 saat. Dalam sektor kenderaan dua roda elektrik jarak jauh, pertumbuhan global TAILG telah melonjak, melebihi 21 juta unit, yang menunjukkan kepimpinan pasarannya.

Latar Belakang TAILG
Ditubuhkan pada tahun 2004 di Shenzhen, salah satu penjana inovasi di China, TAILG mempelopori reka bentuk dan pembuatan penyelesaian mobiliti berkuasa bateri semata-mata yang memacu peralihan tenaga baharu global. Dengan pertumbuhan pesat selama hampir dua dekad yang membolehkan Syarikat ini mengembangkan jejak perniagaannya ke lebih 90 negara, TAILG muncul sebagai penginovasi utama penyelesaian e-mobiliti dengan barisan produknya meliputi basikal elektrik, motosikal elektrik dan basikal roda tiga elektrik. TAILG berkeupayaan untuk merekayasa dan mengeluarkan sendiri komponen penting seperti bingkai dan sistem pandu elektrik.

Source: TAILG
Keywords: Auto Electrical Utilities Transportation Awards