omniture

CGTN: China akan pertahankan keyakinan budaya, keterbukaan untuk pembangunan tamadun Cina

CGTN
2023-10-10 09:26 46

BEIJING, 10 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Bermula dengan belajar bahasa Cina sendiri untuk menjadi perantis bagi pewaris warisan budaya tak ketara China, Amiris Rodrigues Barros, seorang gadis Brazil yang menyambung pengajian dalam ijazah sarjana di Nankai University, Tianjin, utara China, jatuh cinta dengan budaya tradisional Cina.

Minat beliau terhadap China bermula sejak sekolah menengah di Brazil, di mana beliau menyertai kelas bahasa Cina dan berselera dengan makanan Cina.

Pada tahun 2019, Amiris, sudahpun menjadi pelajar antarabangsa di Nankai, terpesona dengan "Jingdong Dagu" (diterjemahkan secara literal sebagai Gendang Beijing Timur). Disenaraikan antara item warisan budaya tak ketara negara China, "Jingdong Dagu" ialah seni rakyat muzik gendang dan nyanyian balada menggunakan dialek Beijing timur.

Sebagai anak didik dan rakan persembahan untuk artis "Jingdong Dagu" Wang Wenlei, Amiris benar-benar merasai daya tarikan budaya tradisional Cina dan berharap dapat menjadi pengutus bagi pertukaran budaya antara China dan Brazil.

"Saya rasa ini merupakan pertukaran dan pewarisan budaya. Kami menghargai satu sama lain dan mencapai kemajuan bersama-sama. Inilah yang digelar oleh rakyat Cina sebagai pembelajaran bersama antara tamadun," kata beliau kepada China Media Group.

Semasa satu mesyuarat kebangsaan yang diadakan di Beijing pada hari Sabtu dan Ahad, Presiden Cina Xi Jinping memberi arahan mengenai kerja-kerja komunikasi dan budaya awam, menegaskan perlunya untuk membina keyakinan budaya yang lebih kuat, mengikuti pendekatan keterbukaan dan keterangkuman serta mendukung prinsip-prinsip asas sambil menceburi bidang baharu.

Membina keyakinan budaya lebih kukuh

China telahpun menunjukkan keyakinan dan perwatakan budayanya tatkala ia terus menggalakkan pertukaran dan pembelajaran bersama antara tamadun Cina dan tamadun asing.

Lihat Shanghai sebagai contoh. Sejumlah 3,075 bangunan bersejarah, 397 jalan terlindung (jalan dan lorong), 250 kejiranan terlindung dan 44 kawasan bersejarah dan budaya menawarkan ruang budaya yang baharu dan rancak di bandar berkenaan.

Budaya bandar turut memperkasa pertumbuhan ekonomi. Pada tahun 2022, jumlah keluaran daripada industri-industri budaya dan kreatif Shanghai menyumbang kira-kira 13 peratus daripada jumlah KDNK bandar berkenaan.

Pada tahun 2022 dan 2023, banyak pameran asing berlangsung di muzium-muzium dan galeri-galeri tempatan, menyediakan koleksi seni yang pelbagai dan hebat kepada penduduk serta menggalakkan pembelajaran bersama dan pertukaran antara tamadun-tamadun yang berbeza.

Pada musim panas ini, populariti lawatan sambil belajar yang semakin meningkat memfokuskan pada budaya tradisional telah menarik minat ramai orang ke muzium-muzium di China.

Sebagai respons kepada fenomena "demam muzium semasa percutian musim panas", 46 muzium di Beijing membatalkan penutupan hari Isnin setiap minggu buat sementara waktu pada bulan Ogos, membuka pintu mereka setiap hari kepada pengunjung, menurut satu pengumuman oleh Biro Warisan Budaya Perbandaran Beijing.  

Melihat kepada punca di sebalik "kegilaan muzium" ini, Guo Sike, kurator Muzium Confucius di Bandar Qufu, Wilayah Shandong, timur China, menunjukkan "kegilaan kepada budaya tradisional," terutamanya dalam kalangan anak muda Cina.

"Generasi-generasi muda memiliki keyakinan budaya dan menyukai budaya tradisional Cina yang mengagumkan," kata Guo.

Bagi membina tamadun Cina moden di titik permulaan sejarah yang baharu ini, China harus kekal yakin dalam budayanya dan terus mengikuti haluannya sendiri serta mendorong pengalaman Cina menjadi teori Cina bagi merealisasikan kemerdekaan intelek dan kebergantungan diri, kata Xi semasa satu mesyuarat mengenai pewarisan dan pembangunan budaya pada Jun.

Kerja-kerja yang berkaitan harus dilakukan dengan tumpuan pada misi budaya baharu, iaitu untuk memajukan lagi kemakmuran budaya, untuk membina sebuah negara terkemuka dari segi budaya dan memupuk tamadun Cina moden di titik permulaan sejarah yang baharu, kata Xi dalam arahan berkenaan.

Pembelajaran bersama, pertukaran antara tamadun

Xi pernah berkata bahawa hanya tamadun yang yakin boleh bertolak ansur, belajar dan menyerap pelbagai tamadun sambil mengekalkan ciri-ciri kebangsaannya sendiri.

Berucap di sebuah jamuan di Chengdu untuk mengalu-alukan tetamu yang menghadiri upacara pembukaan Sukan Universiti Dunia FISU Chengdu pada bulan Julai, Xi menekankan kepentingan Sukan kepada kemajuan peradaban manusia.

"Tamadun mempunyai bentuk yang berbeza, lantas menjadikan dunia berwarna-warni dan pelbagai," kata beliau, menyeru untuk memperjuangkan nilai bersama umat manusia dan menulis lembaran baharu dalam membina sebuah komuniti global dengan masa depan yang dikongsi bersama.

China telahpun menandatangani perjanjian kerjasama dalam bidang warisan budaya dengan lebih daripada 20 negara dan melaksanakan perlindungan dan pemulihan peninggalan budaya serta kerjasama arkeologi bersama dengan negara-negara yang mengambil bahagian dalam Inisiatif Jalur dan Jalan.

Semasa Persidangan Dialog Tamadun Asia, China mengadakan pameran tamadun Asia dan menghimpunkan lebih daripada 400 khazanah budaya dari 49 negara, memperlihatkan daya tarikan unik Asia dan warisan budaya manusia serta menggalakkan pembelajaran bersama dan pembangunan bersama antara tamadun.

Semasa mesyuarat pada hari Ahad, Xi menyeru untuk menggalakkan transformasi kreatif dan pembangunan inovatif budaya tradisional Cina yang baik serta pembelajaran bersama dan pertukaran antara tamadun-tamadun yang berbeza.

https://news.cgtn.com/news/2023-10-08/Xi-makes-instruction-on-work-of-public-communication-culture-1nJOviGD5x6/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Art Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service