omniture

SANY Menarik Minat di Mining and Metals Central Asia & Kazcomak, Rangsang Pembangunan di Wilayah

SANY Group
2023-10-10 09:28 64

CHANGSHA, China, 10 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Pengeluar jentera berat global yang terkemuka SANY Group (SANY) baru-baru ini mengadakan pameran di Mining and Metals Central Asia & Kazcomak yang diadakan mulai 20 hingga 22 September di Almaty, Kazakhstan. Sebagai salah satu ekspo jentera perlombongan yang paling signifikan di Asia Tengah, lebih 10 syarikat gergasi industri berhimpun dengan sekitar 40 ribu pengunjung hadir dan menyaksikan SANY mendapat tempahan yang dihasratkan sebanyak RMB21.4 juta.

Di pameran itu, enam unit peralatan utama SANY yang terkini, termasuk kren trak STC300V, trak perlombongan luar lebuh raya 115S dan mesin pengorek, mencuri tumpuan. SANY menyerikan suasana dengan tarian, nyanyian serta persembahan dan permainan interaktif yang menarik, kesemuanya diterima baik oleh pengunjung.

Mining and Metals Central Asia & Kazcomak
Mining and Metals Central Asia & Kazcomak

Sebagai perusahaan jentera kejuruteraan terawal yang memberi respons kepada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China, SANY menubuhkan Unit Perniagaan Asia Tengah pada tahun 2014, menyuntik produk berkualiti tinggi yang sejak itu memudahkan pembinaan infrastruktur wilayah ini.

Pada tahun 2018, ENTER, salah sebuah syarikat kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) terbesar di Uzbekistan, menjalin hubungan kerjasama dengan SANY. Setelah menandatangani kontrak, syarikat ini memperkenalkan 44 unit kren SANY dan setakat ini, lebih 1700 unit peralatan SANY yang dimiliki oleh syarikat ini telahpun terlibat dalam pelbagai projek di wilayah ini, seperti pembinaan stesen janakuasa nuklear pertama di Asia Tengah dan loji gas-kepada-cecair di Uzbekistan yang telah memberi kuasa kepada pertumbuhan sosioekonomi negara ini.

SANY established cooperative relations with ENTER
SANY established cooperative relations with ENTER

Di samping itu, bagi memenuhi trend pembangunan rendah-karbon global, SANY juga aktif dalam projek-projek tenaga baharu di wilayah ini. Pada Julai tahun ini, 10 unit turbin angin SANY diserahkan kepada projek kuasa angin Alkarek Kazakhstan. Bermula dari 12 Ogos, kren SANY menyelesaikan kerja-kerja mengangkat hanya dalam 52 hari, yang benar-benar mengejutkan pelanggan. Sebaik sahaja projek tersebut mula beroperasi, ia akan dapat menyediakan 170 juta kWj tenaga elektrik bersih setiap tahun kepada penduduk tempatan, mengurangkan emisi karbon dioksida kira-kira sebanyak 176,000 tan, lalu menyumbang kepada peralihan tenaga bersih Kazakhstan dan matlamat keneutralan karbonnya.

Kazakhstan’s Alkarek wind power project
Kazakhstan’s Alkarek wind power project

SANY telah bertapak kukuh dalam pasaran ini sepanjang tahun-tahun ini menerusi produknya yang berkualiti tinggi dan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang. Setakat ini, bahagian pasaran kren beroda SANY di Kazakhstan berkembang kepada 61% dan akan terus meningkat dalam tahun-tahun akan datang. Yang Lei, Pengurus Besar Unit Perniagaan SANY Asia Tengah mengulas bahawa SANY akan bekerjasama dengan pelanggan tempatan untuk terus merangsang pembangunan wilayah ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai SANY Group, sila kunjungi www.sanyglobal.com atau ikuti kami di Facebook atau YouTube.

 

Source: SANY Group
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals New products/services Trade show news