omniture

Yutong Bus Raih Anugerah Berprestij di Busworld Europe 2023

Yutong Bus
2023-10-10 20:09 46

BRUSSELS, 10 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Yutong Bus ("Yutong", SHA: 600066), pengeluar bas elektrik global yang terkemuka, menggamit perhatian di acara Busworld Europe 2023 baru-baru ini di Brussels, mempamerkan empat model bas elektrik termaju berserta teknologi YEA yang terkini. Menonjolkan komitmennya kepada kelestarian ekologi, Yutong juga diberi penghormatan dengan Busworld Design and Ecology Award yang berprestij.

 

Pameran Yutong merangkumi empat modul, iaitu bas persiaran dua tingkat U11DD bertaraf dunia, bas berkapasiti besar 18-meter U18, bas mini elektrik E7S dan bas 15-meter yang mewah T15E. Khususnya, model T15E Yutong merupakan satu-satunya bas lebuh raya elektrik tulen yang menerima anugerah di pameran tersebut, mengesahkan kepimpinan syarikat ini dalam inovasi mobiliti elektrik.

Tema acara tersebut, "Think Eco, Move Green" ("Fikirkan Eko, Bergerak Hijau"), benar-benar selari dengan portfolio Yutong dan cita-cita ekologi syarikat ini.

  • Koc T15E elektrik tulen mewah 15-meter menonjol dengan motor segerak magnet kekal cekapnya dan Sistem Pengurusan Bateri (BMS) generasi terkini, menawarkan jarak yang jauh, ruang yang luas dan pengendalian yang selamat. Kenderaan ini memiliki jarak pemanduan 550 km yang mengagumkan, menjadikanya ideal untuk laluan jarak jauh.
  • Bas elektrik berkapasiti besar U18 mencapai kapasiti penumpang maksimum 120 yang tiada tandingan. Dengan kapasiti bateri sehingga 563 kWj, U18 memastikan jarak pemanduan melebihi 500 km di bawah SORT 2. Platform pemantauan yang tangkas mengumpul data secara berterusan bagi operasi kenderaan dan keadaan jalan raya, memberi amaran awal serta menjadikannya pintar dan selamat.
  • Bas Mini Elektrik E7S dibangunkan ke arah memenuhi permintaan baru muncul untuk "perjalanan peringkat akhir" di bandar-bandar Eropah yang lebih besar. Memfokuskan pada laluan transit awam penghantar, model ini dapat membawa sehingga 30 penumpang dengan jejari pusingan kurang daripada 8.5 m, kekal fleksibel dan selesa dalam pelbagai keadaan jalan raya di bandar.
  • U11DD, bas dua tingkat sangat mampu bertahan, dengan kapasiti tempat duduk yang boleh diperluaskan kepada 70 tempat tidur, merupakan kenderaan lestari yang ideal untuk kegunaan pengangkutan awam dengan kadar penggunaan tenaga cekap hanya 0.7 kWj/km.

Yutong Steals the Show, Demonstrating Its Latest Technological Platform Achievement, YEA, at Busworld Europe 2023.
Yutong Steals the Show, Demonstrating Its Latest Technological Platform Achievement, YEA, at Busworld Europe 2023.

Syarikat ini turut merebut peluang yang dibawakan oleh acara tersebut bagi memperkenalkan YEA, platform teknologi terbaru Yutong, direka bentuk untuk menyediakan penyelesaian yang tangkas dan boleh diskala untuk kenderaan elektrik. Dalam bahagian komponen khusus Yutong, pelbagai komponen elektrik tulen, termasuk bateri, motor dan kokpit pintar dipamerkan bagi menonjolkan keupayaan komprehensif syarikat ini dalam seluruh rantaian industri untuk bas tenaga baharu.

 
Source: Yutong Bus
Related Stocks:
Shanghai:600066
Keywords: Auto Environmental Products & Services Transportation Awards Trade show news