BRUSSELS, 10 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Yutong Bus ("Yutong", SHA: 600066), pengeluar bas elektrik global yang terkemuka, menggamit perhatian di acara Busworld Europe 2023 baru-baru ini di Brussels, mempamerkan empat model bas elektrik termaju berserta teknologi YEA yang terkini. Menonjolkan komitmennya kepada kelestarian ekologi, Yutong juga diberi penghormatan dengan Busworld Design and Ecology Award yang berprestij.
Pameran Yutong merangkumi empat modul, iaitu bas persiaran dua tingkat U11DD bertaraf dunia, bas berkapasiti besar 18-meter U18, bas mini elektrik E7S dan bas 15-meter yang mewah T15E. Khususnya, model T15E Yutong merupakan satu-satunya bas lebuh raya elektrik tulen yang menerima anugerah di pameran tersebut, mengesahkan kepimpinan syarikat ini dalam inovasi mobiliti elektrik.
Tema acara tersebut, "Think Eco, Move Green" ("Fikirkan Eko, Bergerak Hijau"), benar-benar selari dengan portfolio Yutong dan cita-cita ekologi syarikat ini.
Yutong Steals the Show, Demonstrating Its Latest Technological Platform Achievement, YEA, at Busworld Europe 2023.
Syarikat ini turut merebut peluang yang dibawakan oleh acara tersebut bagi memperkenalkan YEA, platform teknologi terbaru Yutong, direka bentuk untuk menyediakan penyelesaian yang tangkas dan boleh diskala untuk kenderaan elektrik. Dalam bahagian komponen khusus Yutong, pelbagai komponen elektrik tulen, termasuk bateri, motor dan kokpit pintar dipamerkan bagi menonjolkan keupayaan komprehensif syarikat ini dalam seluruh rantaian industri untuk bas tenaga baharu.