TAICHUNG, 10 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- DAHON, peneraju basikal lipat yang terkemuka, menggamit perhatian orang dalam industri dan juga peminat aktiviti berbasikal menerusi teknologi "Sharing 360" perintisnya yang dipamerkan di Minggu Basikal Taichung (Taichung Bike Week) yang berprestij mulai 3-6 Oktober 2023 di Splendor Hotel (reruai-1508). DAHON memperkenalkan inovasi berpatennya yang terkini yang mendapat pujian dan pengiktirafan yang meluas.
Antara sorotan barisan DAHON yang mengagumkan ialah kabel DELTECH, teknologi berpaten yang dilaksanakan secara eksklusif pada basikal lipat alur tunggal DAHON. Tersedia sebagai lelaran tambahan untuk model-model Dahon sedia ada dalam pasaran, penaiktarafan yang luar biasa ini meningkatkan keselesaan dan ketangkasan basikal lipat DAHON dengan meningkatkan ketegaran rangka basikal dan kapasiti pemuatan. Kabel DELTECH merupakan pengubah keadaan bagi reka bentuk basikal lipat yang menetapkan standard baharu untuk pengalaman, prestasi dan keselamatan berbasikal.
Di samping itu, DAHON memperkenalkan New Jaws Hinge, teknologi penyambung unik yang merevolusikan reka bentuk basikal lipat. Dengan estetiknya yang bergaya dan integriti struktur yang sempurna, ia mencipta sambungan lancar antara komponen tiub dan sendi. New Jaws Hinge memastikan kekuatan, ketahanan, kebingkasan optimum pada keseluruhan rangka basikal. Mekanisme engsel yang teguh dan sistem memanca yang tepat meningkatkan prestasi keseluruhan rangka, lalu memberi kebingkasan yang dipertingkat dan tunggangan yang lebih lancar kepada penunggang basikal.
Kejayaan hebat daripada kehadiran DAHON di Minggu Basikal Taichung memperkukuh kedudukannya sebagai pelopor dalam industri basikal lipat. Pengunjung dan pakar industri menghujaninya dengan pujian ke atas produk inovatif dan teknologi perintis DAHON, mengiktiraf komitmen syarikat yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dan keupayaannya untuk kekal berada di barisan hadapan trend.
Dengan kepakaran selama lebih 40 tahun dalam menyampaikan basikal lipat berprestasi tinggi, DAHON tetap berdedikasi untuk menerobos sempadan penyelidikan dan pembangunan produk. Syarikat ini teguh dalam misinya untuk menyediakan teknologi basikal berpaten yang berkualiti tinggi kepada pengguna yang mentakrifkan semula pengalaman tunggangan.
Memandang ke hadapan, DAHON akan meneruskan penyertaannya yang aktif dalam pameran dan acara basikal global, memastikan agar ia sentiasa terhubung dengan permintaan pasaran dan maklum balas pengguna. Dengan terus mengoptimumkan dan meningkatkan reka bentuk dan prestasi produk, DAHON berusaha untuk menawarkan pengalaman tunggangan yang lebih mudah, selesa dan selamat kepada penunggang basikal.
Apa yang menarik, DAHON dijadualkan untuk memperkenalkan rangkaian produk baharu di Bici Expo México akan datang di Bandar Raya Mexico pada 13 Oktober. Acara tersebut menjanjikan peragaan komitmen DAHON terhadap inovasi dan dedikasinya yang tidak berbelah bahagi untuk merevolusikan industri berbasikal.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Emel: marketing@dahon.com