omniture

Karnival Kerjaya Jobstore.com 2023 di IOI City Mall Putrajaya Mendapat Sambutan Hangat

Jobstore.com
2023-10-11 08:16 20

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Oktober 2023 /PRNewswire/ --  Karnival Kerjaya Jobstore.com 2023 mendapat sambutan hangat setelah dihadiri lebih 20,000 pengunjung di IOI City Mall Putrajaya, pada hujung minggu 7-8 Oktober.


Jobstore.com, merupakan platform pekerjaan yang terkemuka di Malaysia, telah menganjurkan Karnival Kerjaya 2023 yang diadakan selama 2 hari. Terdapat lebih 100 pameran daripada syarikat-syarikat terkemuka di Malaysia dan Singapura yang menawarkan lebih 10,000 jawatan kosong.

Antara syarikat-syarikat yang hadir adalah AirAsia, myTukar, Suruhanjaya Komunikasi dan Maklumat Malaysia (MCMC), F&N, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan banyak lagi.

Pameran kerjaya ini telah berjaya menghubungkan calon-calon kepada syarikat melalui sesi temu mesra serta peluang untuk bertemu duga bersama syarikat pilihan.

Pada hari Sabtu, wakil dari AirAsia, ABEX, myTukar dan Cycle & Carriage memberi ceramah kerjaya mengenai topik masing-masing. Manakala MCMC, AIA dan LGMS turut memberi ceramah kerjaya pada hari Ahad.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ramai pelajar tempatan dan antarabangsa dari Xiamen University Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Multimedia University, Taylor's University, City University dan banyak lagi. Pelajar diberi pengalaman secara langsung dalam mencari peluang latihan industri dan pekerjaan idaman mereka.

Pameran kerjaya Jobstore.com turut disokong oleh rakan kongsi rasminya, termasuk Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

About Jobstore

Sejak penubuhan syarikat pada 2013 bertempat di Malaysia, laman web kami telah menghubungkan puluhan ribu majikan dengan jutaan pemburu kerja.

Majikan dan perekrut boleh menyiarkan pekerjaan di pelbagai portal pekerjaan, laman sesawang iklan dan media sosial dengan satu penghantaran dan pada masa yang sama dapat memenuhi keperluan untuk bakat yang terbaik sambil meminimumkan kos.

Jobstore.com berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan pengambilan pekerja yang dapat menyelaraskan proses pekerjaan dan memudahkan pengambilan tenaga kerja terbaik. Pada masa yang sama, kami berhasrat untuk menyediakan enjin carian pekerjaan yang kukuh dan membantu pemburu kerja mendapatkan pekerjaan impian mereka.

Kami bertekad untuk menjadi platform global terbesar untuk pengagihan pekerjaan, dengan sokongan daripada lebih 100 portal pekerjaan dan media sosial.

Hubungi kami
Jobstore.com
Nama: Carmen Chong
Nombor telefon: +603-27165199
Email: event@mycareerfair.my

Source: Jobstore.com
Keywords: Education Higher Education Workforce Management/Human Resources Trade show news