omniture

Samsung Malaysia Mengumumkan 10 Pasukan Separuh Akhir untuk Pertandingan Solve for Tomorrow 2023, Menginspirasikan Inovasi STEM untuk Tahun Keempat Berturut-turut

Samsung Electronics
2023-10-11 12:11 19

Peserta separuh akhir bersiap sedia untuk Fasa 2: Menghasilkan prototaip terbaik dan bersaing untuk merebut hadiah produk Samsung bernilai RM30,000

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Samsung Malaysia Electronics dan Universiti Malaya telah mengumumkan 10 pasukan yang tersenarai untuk peringkat separuh akhir bagi pertandingan Solve for Tomorrow (SFT) 2023. Tahun ini merupakan tahun keempat pertandingan ini dianjurkan, dengan tujuan mencari penyelesaian bagi masalah yang menjejaskan komuniti dengan berpandukan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). 

Samsung Malaysia Mengumumkan 10 Pasukan Separuh Akhir untuk Pertandingan Solve for Tomorrow 2023, Menginspirasikan Inovasi STEM untuk Tahun Keempat Berturut-turut
Samsung Malaysia Mengumumkan 10 Pasukan Separuh Akhir untuk Pertandingan Solve for Tomorrow 2023, Menginspirasikan Inovasi STEM untuk Tahun Keempat Berturut-turut

Penyertaan para peserta dari semua pasukan tahun ini dilihat lebih kompetitif dengan penyertaan pelbagai sekolah dari seluruh Malaysia, dengan idea-idea mereka yang luar biasa. Para peserta yang terlibat hendaklah berjaya membentangkan cara dalam menangani salah satu daripada tiga tema utama pertandingan: Pendidikan & Pembelajaran, Kelestarian & Alam Sekitar serta Kesihatan & Penjagaan diri. Selepas penilaian terhadap semua pembentangan daripada panel hakim Universiti Malaya, 10 pasukan separuh akhir yang tersenarai ke Fasa 2 telah dikenalpastikan.

"Kami berbesar hati untuk memperkasakan generasi akan datang untuk mencapai potensi mereka yang boleh digilap. Penyertaan daripada para peserta tahun ini telah berjaya membuktikan bahawa kesemua mereka mampu membawa perubahan sosial yang positif menggunakan STEM. Kami percaya pentingnya usaha untuk membangunkan bakat-bakat muda dan memupuk semangat mereka untuk terus berinovasi bagi memastikan masa depan yang lebih cerah dan kami di Samsung komited untuk membimbing dan memperkasakan generasi berwawasan yang sedang membesar ini. Ia sememangnya satu penghargaan untuk kami kerana dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka dan melahirkan lebih ramai bakal pemimpin masa depan negara kita," kata Dato' Roh Jae Yeol, Pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung Malaysia Electronics.

Ir. Dr Mas Sahidayana Mohktar, Pengarah Pusat STEM Universiti Malaya dan panel hakim untuk pertandingan Solve for Tomorrow 2023 berkata, "Saya benar-benar kagum dengan pembentangan para peserta daripada semua pasukan yang menyertai tahun ini. Ini membuktikan bahawa para pelajar di Malaysia mempunyai kesedaran mendalam tentang pelbagai masalah yang menjejaskan komuniti setempat mereka dan mereka terbukti berupaya untuk membentangkan kaedah penyelesaian yang berdaya saing dan maju. Mereka mempunyai pelbagai idea inovatif yang dilihat mampu membawa perubahan bermakna. Kami juga tidak sabar untuk melihat perubahan transformatif yang akan dilakukan oleh mereka sebagai inovator masa depan, semasa mereka membangunkan prototaip mereka pada tahun hadapan. Kami yakin bahawa para pelajar ini berupaya membawa kesan positif kepada semua. Kami turut berharap mereka semua akan lebih berjaya di masa akan datang."

10 pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir untuk Solve For Tomorrow 2023 (tanpa susunan tertentu) adalah:

  • Creators of Tomorrow – SMK Sultan
  • CUBE OF THREE – SMK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2
  • Victernal – MRSM Bagan Datuk
  • The YEY – SMJK Kwang Hua
  • ALOHI – SMK (P) AIR PANAS
  • H.I.P – SMK PUTERI WILAYAH
  • Magnetic OleoHydroGuard Sponge – SMK KUBANG BEMBAN
  • The Bees Knees – SMJK Kwang Hua
  • PaperTerra Techs – Sekolah Indonesia Kuala Lumpur
  • Acsian – SMK Methodist ACS Ipoh

10 pasukan separuh akhir pertandingan Samsung Solve For Tomorrow (SFT) kini akan memulakan Fasa 2, di mana mereka perlu memperincikan konsep inovasi mereka dan menghasilkan prototaip sendiri. Pelajar akan bekerjasama dengan mentor yang merupakan staf Samsung Malaysia Electronics dan Universiti Malaya yang akan memberikan tunjuk ajar kepada kumpulan untuk mencipta pembentangan mereka sehingga ke Fasa 3. Pada pusingan akhir nanti, hanya 5 pasukan akan bersaing untuk merebut peluang untuk memenangi hadiah produk Samsung bernilai RM30,000.

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan Solve for Tomorrow, sila layari https://www.samsung.com/my/solvefortomorrow/2023/.

Untuk sebarang maklumat terkini sila ikuti kami di laman Facebook dan Twitter rasmi Samsung Malaysia. Anda juga boleh menonton pembentangan para peserta daripada senarai pemenang tahun lepas Solve For Tomorrow - Pemenang | Samsung Malaysia.

Mengenai Samsung Electronics

Samsung memberi inspirasi kepada dunia dan membentuk masa depan dengan idea dan teknologi transformatif. Samsung sentiasa mentakrifkan semula dunia TV, telefon pintar, peranti boleh pakai, tablet, peralatan digital, sistem rangkaian, dan memori, sistem LSI dan penyelesaian LED. Untuk berita terkini, sila layari laman Samsung Newsroom at http://news.samsung.com.

Source: Samsung Electronics
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Education Electronic Components Higher Education Internet Technology Semiconductors Telecommunications STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)