omniture

Sungrow di IGEM Malaysia 2023: Merintis solusi tenaga boleh diperbaharui untuk memudahkan peralihan Malaysia kepada masyarakat yang Lebih mampan dan bertanggungjawab

Sungrow Power Supply Co., Ltd.
2023-10-11 14:47 12

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Sungrow, pembekal solar inverter dan sistem storan tenaga terkemuka global, mempamerkan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui tercanggihnya kepada khalayak ramai di  IGEM Malaysia 2023. Penyelesaian merangkumi solar inverter, sistem storan tenaga, pengecas kenderaan elektrik, platform pengurusan tenaga digital dan sebagainya yang dapat dibekalkan kepada utiliti, C&I dansolar kediaman rumah. Memandangkan Malaysia sedang melalui fasa peralihan tenaganya yang kritikal, produk dan teknologi canggih Sungrow akan menyumbang kepada transformasi masyarakat. Semasa pameran ini, Sungrow menarik perhatian ramai pelanggan-pelanggan terkemuka dan tetamu-tetamu terhormat untuk dilawati, termasuk Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim serta Ahli Parlimen Setiawangsa.


 

Nik Nazmi Nik Ahmad at Sungrow booth
Nik Nazmi Nik Ahmad at Sungrow booth

Solusi tenaga solar berskala-utiliti yang inovatif dilancarkan untuk menyerlahkan potensi tenaga Malaysia

Loji janakuasa berskala-utiliti mendominasi pasaran fotovoltaik Malaysia yang mempunyai potensi 210GW. Dengan tujuan untuk memudahkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui

di Malaysia, Sungrow mempamerkan pelbagai solusi bagi memenuhi keperluan tersebut. Solusi

ini termasuk solar inverter berkuasa 350kW iaitu SG350HX solar inverter, inverter modular "1+X" yang inovatif dan sistem storan generasi terkini dengan penyejukkan cecair, iaitu PowerTitan 2.0. Solar inverter modular "1+X" ialah produk inovatif yang menggabungkan kelebihan Solar inverter berskala besar (sentral) dan kecil (string). Dengan menggabungkan lapan unit, inverter modular "1+X" dapat mencapai kapasiti 8.8 MW, menawarkan kapasiti minimum 1.1 MW setiap unit. Bagi sistem storan tenaga pula, PowerTitan 2.0 diperkenalkan di Asia Tenggara buat julung kalinya. Ia merupakan integrasi profesional antara elektronik kuasa, elektrokimia dan teknologi sokongan grid kuasa Sungrow. Inovasi terkini untuk pasaran storan tenaga berskala-utiliti mengguna pakai kapasiti sel bateri besar iaitu 314Ah, mengintegrasikan Sistem Penukaran Kuasa (PCS) dalam bekas bateri, membenamkan teknologi sokongan grid yang kuat dan menampilkan kawalan suhu penyejukkan cecair yang sistematik.

Penyejukkan dengan pengoptimum kuasa (power optimizer) menggalakkan transformasi rendah-karbon industri pembuatan Malaysia

Perkembangan pesat industri pembuatan dan sokongan daripada Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) di Malaysia menggalakkan kilang tempatan dan bangunan komersial untuk memasang fotovoltaik bagi mengurangkan bil elektrik.

Rangkaian penuh penyelesaian tenaga boleh baharu Sungrow untuk sektor C&I sudah ada di pasaran Mereka memperkenalkan inverter SG125CX-P2, PowerStack ESS, pengoptimum kuasa SP600S, pengecas EV AC22E-01 dan platform O&M digital generasi baharu iSolarCloud. Dengai solusi menyeluruh, bidang ini boleh memanfaatkan tenaga bersih secara sistematik. Disesuaikan untuk memenuhi keperluan dasar Asia Tenggara dan manfaat loji jangka panjang, SP600S mengatasi produk yang serupa lantaran dwi fungsinya iaitu "pengoptimuman" dan "penutupan". Produk ini, diperakui oleh TÜV Rheinland dan CSA, telah pun memenuhi permintaan dalam perusahaan Thai dan mendapat pujian yang tinggi.

Solusi solar kediaman rumah yg selamat dan bercekapan tinggi membolehkan rakyat tempatan meningkatkan pendapatan mereka daripada jualan elektrik

Kerajaan Malaysia menyokong sepenuhnya pemasangan fotovoltaik pada bumbung rumah. Sungrow membawa inverter fasa tunggal hibrid 10kW dan 20kW ke Malaysia, iaitu SH10RS dan SG20RT-P2, memberi pilihan produk yang sesuai kepada pelanggan mengikut saiz bumbung. Dengan Litar kerosakan arka (AFCI), penarafan anti-hakisan tinggi C5 dan sebagainya, dapat melindungi rumah daripada ancaman yang mungkin berlaku. Dalam masa yang sama, solar inverter Sungrow memiliki pemula lebih rendah & MPPT voltan yang lebih luas, fungsi pemulihan PID dan lebih serasi dengan modul dwi-muka, membawa kepada hasil yang lebih tinggi untuk pemilik loji dan pemilik rumah. Setakat ini, solusi solar kediaman Sungrow telahpun diaplikasikan secara meluas di serata dunia, terutamanya dalam pasaran arus perdana seperti Eropah, Amerika dan Australia.

Kevin Guo, Ketua Sungrow Malaysia, menyatakan bahawa Sungrow akan menjadi rakan kongsi Malaysia yang ikhlas untuk mempromosikan peralihan tenaganya. "Dengan sasaran yang tinggi untuk mencapai 70% RE kapasiti yang sedia ada dalam pelbagai bidang kuasa menjelang 2050, terutamanya didorong oleh pemasangan PV solar, Malaysia menghadapi cabaran. Kami telah menyelesaikan beberapa projek solar di Malaysia, seperti projek Sungai Petani 100 MW, IBvogt 100MW, dan memperkenalkan solusi C&I untuk Intel Malaysia, Bosch Malaysia dan banyak lagi. Teknologi inovatif kami boleh menyediakan Malaysia dengan produk yang cekap, selamat, tahan lama dan bergaya, membantu Malaysia mencapai matlamat "net-zero" secepat mungkin."

Latar Belakang Sungrow

Sungrow Power Supply Co., Ltd. ("Sungrow") ialah jenama solar inverter yang paling terkenal di dunia dengan lebih 405GW dipasang di seluruh dunia pada Jun 2023. Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Profesor Universiti Cao Renxian, Sungrow ialah peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan inverter solar dengan pasukan R&D berdedikasi terbesar dalam industri dan portfolio produk yang luas yang menawarkan solusi invetrer PV dan sistem storan tenaga untuk aplikasi berskala utiliti, komersil & perindustrian, dan kediaman, serta penyelesaian loji PV terapung yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, penyelesaian pemacu NEV , penyelesaian pengecasan EV dan sistem pengeluaran hidrogen boleh diperbaharui. Dengan rekod prestasi 26 tahun yang kukuh dalam ruang PV, produk Sungrow menguasai lebih 150 negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Sungrow, lawati www.sungrowpower.com.

 

Source: Sungrow Power Supply Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Utilities New products/services Trade show news