GUANGZHOU, China, 11 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Pengeluar produk pengangkutan elektrik dan mobiliti terkemuka TAILG bersiap sedia untuk mempamerkan produk motosikal, skuter dan basikal elektrik tulennya yang terkini di Pameran Import dan Eksport China ("Pameran Canton" atau "Pameran") ke-134 yang akan dianjurkan mulai 15 hingga 19 Oktober di Guangzhou, China untuk pameran di lapangan serta dalam talian.
TAILG akan berada di reruai 16.2A06-10 dan 16.2B12-16 pavilion basikal di Zon C Kompleks Pameran Canton. Pengunjung dialu-alukan untuk menyertai TAILG dan mempelajari lebih lanjut tentang produk, teknologi dan penyelesaiannya yang terkemuka dalam industri dan TAILG turut mengundang pelanggan untuk melawat kilangnya di Huizhou.
Pameran Canton mempunyai pengaruh antarabangsa yang ketara. TAILG telah mengambil bahagian dalam Pameran Canton sejak tahun 2010 dan memperoleh ramai pelanggan. Kualiti produk mereka mendapat ulasan tinggi melangit. TAILG berusaha untuk terus berkembang lagi dalam pasaran antarabangsa dan sangat berharap untuk berganding bahu dengan lebih ramai rakan kongsi dalam perjalanan transformasi mobiliti hijau.
Skuter elektrik CHITU akan menjadi tumpuan dalam pameran TAILG di Pameran Canton. Siri tersebut terkenal dengan kekuatannya yang unggul - generasi ketiga bateri grafena yang mengguna pakai teknoloigi pek baharu bagi menambah faktor aktif tahan sejuk dengan kapasiti lebih besar dan hayat perkhidmatan lebih panjang bagi memastikan setiap pengguna dapat berjalan lebih jauh. Pada 20 September, skuter elektrik CHITU telah merangkul gelaran "perjalanan terpanjang menggunakan skuter elektrik" yang diberikan oleh Guinness World Records setelah ia menyempurnakan perjalanan sejauh 31,516km (19,583.6 batu), mengembara merentas 181 bandar dalam pengembaraan selama tiga bulan.
Rekod dunia baharu telah mengubah tanggapan bahawa motosikal dan skuter elektrik hanya untuk perjalanan jarak dekat dan perjalanan ulang alik harian, tetapi meluaskan senario perjalanan dan menanda aras standard hayat bateri yang panjang bagi produk elektrik.
TAILG ialah jenama pertama dalam industri ini yang menangani dan mengatasi kebimbangan pengguna terhadap jarak perjalanan untuk produk pengangkutan elektrik, ia telah menguasai teknologi teras pemanduan jarak jauh dan membariskan portfolio produk jarak jauh yang komprehensif dengan kelebihan kompetitif yang utama dalam pasaran.
"Pencapaian berterusan TAILG terhadap hambatan hayat bateri jarak jauh serta peningkatan kualiti produk dicapai melalui inovasi teknologi dan kami percaya produk jarak jauh kami akan mencipta keajaiban baharu tanpa henti, lantas menjadikan perjalanan jarak jauh sebagai kebiasaan baharu," kata George Lee, Naib Presiden, Bahagian Perniagaan Luar Negara TAILG.
Dengan pengalaman selama 20 tahun dalam pembangunan basikal elektrik, kini TAILG mengendalikan sembilan pangkalan pembuatan di China yang mengeluarkan 12 juta unit produk setiap tahun dan ia mengeksport ke hampir 100 negara dan wilayah di seluruh dunia. Pada Ogos 2023, TAILG sekali lagi mencatat rekod pengeluaran dan penjualan baharu yang melangkaui 1 juta dalam sebulan.
Kilang super TAILG di Huizhou memiliki kapasiti pengeluaran tahunan mencecah 3.5 juta unit, dengan kelebihan utama dalam pembuatan pintar, kawalan kualiti serta penggudangan pintar. Tatkala pembinaan kilang fasa II dilancarkan, kilang pengeluaran super itu dijangka dapat melepasi 5 juta unit bagi kapasiti pengeluaran tahunan.
Latar Belakang TAILG
Ditubuhkan pada tahun 2004 di Shenzhen, China, TAILG komited terhadap pembangunan dan pengeluaran produk pengangkutan elektrik tulen dan mobiliti dan ia telah berkembang menjadi pengeluar basikal, motosikal dan basikal roda tiga elektrik di China dengan kapasiti penuh untuk membangunkan serta mengeluarkan sendiri komponen teras termasuk bingkai dan sistem pandu elektrik. Kini, TAILG memiliki lebih 1,000 paten dan lebih daripada 30,000 kedai pengalaman terminal.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.tailg.com/