omniture

Li Peng Huawei: Memperkasa kitaran perniagaan 5G positif dan menerima 5.5G (5G-A)

Huawei
2023-10-11 23:04 156

DUBAI, UAE, 11 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei memulakan Forum Jalur Lebar Mudah Alih Global ke-14 di Dubai, UAE. Li Peng, Naib Presiden Kanan Korporat Huawei dan Presiden Carrier BG syarikat ini, menyampaikan ucaptama di acara ini. Dalam ucapan beliau, Li menyeru kepada pembawa global dan rakan kongsi industri untuk menyahut cabaran itu, memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap rangkaian dan memanfaatkan sepenuhnya trend masa depan.

"Ayuh mulakan hari ini, membina rangkaian masa depan untuk perkhidmatan akan datang dan menyerlahkan potensi 5G yang tidak terhingga demi kejayaan yang berterusan," kata beliau.

Li Peng, Corporate Senior Vice President, President of the Carrier BG, Huawei
Li Peng, Corporate Senior Vice President, President of the Carrier BG, Huawei

Dalam ucapan beliau untuk memperkasa kitaran perniagaan 5G yang positif dan menerima 5.5G (5G-A), Li menyatakan, "Kami telahpun berada di laluan yang betul menuju kejayaan perniagaan 5G dan 5G-Advanced merupakan langkah seterusnya yang dijangkakan dalam evolusi 5G."

Beliau menekankan bahawa apabila kita melihat kembali kepada sejarah, setiap transformasi ekonomi yang utama datangnya daripada inovasi dalam teknologi tujuan am. "Kini, kita berada dalam era digital, yang mana Internet memperkasa ekonomi digital," kata Li dalam ucapan beliau.

"5G merupakan bahagian yang kritikal dalam transformasi ekonomi baharu," sambung Li. "Dan ia mengupayakan inovasi baharu dalam teknologi tujuan am. Bagi industri digital, 5G berkembang pantas, membuka pasaran dan juga peluang baharu."

Menurut Li, rangkaian mudah alih masa depan perlu mempunyai enam ciri utama: pautan turun 10 Gbps, pautan naik 1 Gbps, rangkaian berketentuan, sokongan untuk ratusan-bilion sambungan IoT, penderiaan dan komunikasi bersepadu serta keupayaan AI natif. Bagi merealisasikan hal ini, pembawa dan penggiat industri bukan sahaja perlu terus meningkatkan keupayaan mereka dalam tiga senario penggunaan teras – jalur lebar mudah alih dipertingkat (eMBB), komunikasi jenis- mesin besar-besaran (mMTC) dan komunikasi kependaman rendah ultra andal (URLLC) – bahkan turut membangunkan tiga keupayaan baharu, termasuk Komunikasi Jalur Lebar Bertumpu Pautan Naik (UCBC) dan Komunikasi Jalur Lebar Masa Sebenar (RTBC).

Berbicara tentang 5G-Advanced, langkah evolusi yang seterusnya dalam teknologi 5G, Li turut menyatakan bahawa industri ini perlu bekerjasama bagi menggalakkan pembangunan ekosistem peranti dan aplikasi, mengesahkan senario keadaan penggunaan dan mempercepatkan pengkomersialan berskala besar FWA Square, Passive IoT dan RedCap.

Usaha ini penting untuk memanfaatkan sepenuhnya lima trend baharu yang akan membentuk masa depan digital yang pintar.

Li Peng shares five trends that will shape an intelligent digital future
Li Peng shares five trends that will shape an intelligent digital future

3D Tanpa Cermin Mata

Ekosistem industri 3D tanpa cermin mata semakin matang dengan pantas. Pencapaian dalam teknologi termasuk rendering awan dan manusia maya 3D masa sebenar akan membawa pengalaman yang imersif ke tahap baharu. Melangkah ke harapan, semakin banyak peranti seperti telefon bimbit dan televisyen akan menyokong 3D tanpa cermin mata yang akan memacu trafik data sehingga sepuluh kali ganda berbanding video 2D.

Kenderaan Pandu Kendiri

Menjelang tahun 2025, akan terdapat lebih daripada 500 juta kenderaan pintar di atas jalan raya. Dengan lebar jalur tinggi dan rangkaian berkependaman rendah, kenderaan pintar akan dapat berkongsi maklumat dengan orang ramai, kenderaan, jalan raya serta awan pada masa sebenar. Dalam senario pemanduan terbantu, kenderaan pintar akan menggunakan lebih daripada 300 gigabait data setiap bulan untuk latihan model berasaskan awasan dan kemas kini algoritma mingguan. Dalam senario pemanduan kendiri, penggunaan data akan meningkat sebanyak 100 kali ganda.

Pembuatan Generasi Seterusnya

Dengan pencapaian dalam keupayaan seperti penghirisan rangkaian dan pengkomputeran pinggir, bilangan rangkaian persendirian 5G untuk kegunaan perusahaan meningkat seratus kali ganda dan saiz pasaran berkembang kepada lebih AS$10 bilion. Walau bagaimanapun, tatkala barisan pengeluaran menjadi lebih fleksibel, semakin bergantung kepada rangkaian tanpa wayar dan lebih banyak sistem pengeluaran teras digunakan pada awan, keperluan yang lebih tinggi dicetuskan pada rangkaian 5G.

Huawei bekerjasama dengan pembawa dan rakan kongsi industri untuk membina barisan pengeluaran percubaan fleksibel 5G-Advanced yang pertama dalam industri. Bagi barisan pengeluaran ini, 5G-Advanced menyokong sambungan rangkaian dengan keserentakan tinggi dan berketentuan tinggi, yang dapat membantu menghubungkan kuasa pengkomputeran dengan lebih cekap antara awan dan pinggir rangkaian.

IoT Selular Am

Terdapat lebih daripada tiga bilion sambungan IoT mudah alih di serata dunia dan 5G kini menghubungkan lebih banyak benda berbanding orang. Dalam masa terdekat, 5G akan menyokong rangkaian teknologi IoT yang lebih luas seperti RedCap berkelajuan sederhana dan Passive IoT. Ini akan dapat menyediakan lebih banyak pilihan untuk senario IoT yang berbeza, lalu membolehkan aliran data, maklumat dan kuasa pengkomputeran yang lebih cekap. Sebagai contoh, dalam sektor pembuatan perkakas rumah, Passive IoT dapat membantu memberi kebolehlihatan sepanjang rantaian pengedaran dan pengeluaran keseluruhan dan membantu meningkatkan produktiviti keseluruhan sebanyak 30% dalam ujian pengesahan.

Pengkomputeran Pintar Terjamin Di Mana-mana Sahaja

Dengan kemunculan perkembangan baharu dalam AI, seperti model asas, permintaan terhadap kuasa pengkomputeran AI akan menyaksikan pertumbuhan yang pesat. Menjelang tahun 2025, permintaan ini dijangka menjadi 100 kali ganda lebih tinggi berbanding paras semasa. Bagi menyerlahkan potensi penuh kuasa pengkomputeran AI, keupayaan rangkaian yang lebih maju menjadi kuncinya. Rangkaian akan perlu memiliki lebar jalur lebih besar dan kependaman lebih rendah untuk memberi kuasa kepada sambungan yang benar-benar pintar. Di samping itu, tatkala model trafik mula berubah, rangkaian masa depan akan perlu menjadi lebih berautonomi dan pintar bagi menyampaikan pengalaman yang andal.

Li Peng at Huawei’s Global Mobile Broadband Forum in Dubai, UAE
Li Peng at Huawei’s Global Mobile Broadband Forum in Dubai, UAE

Sertai kami sempena Forum Jalur Lebar Mudah Alih Global ke-14, bertemakan "Menjadikan 5.5G Suatu Kenyataan" mulai 10 hingga 11 Oktober di Dubai, UAE. Dihoskan oleh Huawei dan disokong oleh rakan-rakan kongsi industri iaitu GSMA, GTI dan SAMENA Telecommunications Council, forum ini berjanji untuk menyelidiki secara mendalam kejayaan 5G, kematangan ekosistem, pengkomersialan laluan pantas 5G-A/5.5G dan pemahaman tentang bagaimana teknologi jalur lebar mudah alih membentuk masa depan dan mengubah kehidupan orang ramai dan juga industri. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi MBBF2023 di: https://www.huawei.com/en/events/mbbf2023

 

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Semiconductors Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news Artificial Intelligence