omniture

Wong Heang Fine Sertai GISI sebagai Pengerusi Asia Infrastructure Solutions Singapore & Pengarah Lembaga Penasihat Asia

Global Infrastructure Solutions, Inc.
2023-10-12 10:00 48

HONG KONG, SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Global Infrastructure Solutions Inc (GISI) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan En. Wong Heang Fine sebagai Pengerusi Asia Infrastructure Solutions Singapore, sebuah syarikat GISI dan sebagai Pengarah Lembaga Penasihat Asianya.

Dengan pengalaman kepimpinan selama 40 tahun dalam pelbagai sektor persekitaran terbina melalui peranan-peranan yang berbeza sebagai pemaju, kontraktor dan perunding, Heang Fine memberi sumbangan transformatif kepada perusahaan-perusahaan terunggul termasuk CapitaLand Residential Singapore dan Surbana Jurong (SJ). Tahun lalu, beliau bersara daripada peranan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengasas SJ, yang dimajukan oleh beliau menjadi firma perunding global dengan lebih 16,000 pekerja beroperasi di lebih 40 negara.

Sejak bersara, kini Heang Fine berkhidmat sebagai pengarah dalam lembaga beberapa syarikat dan agensi kerajaan, selain berkhidmat sebagai penasihat kanan kepada Pengerusi syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa.

Tony Shum, Pengasas Bersama GISI, Pengarah Lembaga dan Pengerusi Asia, bersama-sama Alex Kwan, Ketua Pegawai Eksekutif GISI Asia, bersama-sama menyatakan, "Pengalaman luas dan perangkaian global Heang Fine akan menjadi tidak ternilai untuk pertumbuhan strategik perniagaan Asia kami dalam pasaran akhir infrastruktur, persekitaran dan bangunan. Kami mengharapkan bimbingan beliau tatkala kami membentuk masa depan strategik perniagaan kami, berusaha untuk kekal sebagai perintis dalam inovasi dan teknologi, dan terhadap pengawasan beliau dalam pembangunan Asia Infrastructure Solutions (AIS) di Singapura dan seluruh Asia Tenggara."

Heang Fine meluahkan keterujaan beliau menyertai GISI, dengan menyatakan, "Saya berbesar hati menyertai GISI, memulakan dua peranan iaitu Pengerusi untuk AIS Singapore dan Pengarah Lembaga Penasihat Asia. Saya berharap dapat berkolaborasi dengan pasukan kepimpinan GISI yang mahir bagi membawakan komuniti lebih baik yang melaluinya kakitangan kami dapat menjalani kehidupan dan bekerja. Kami bersama-sama bersedia untuk mendorong inovasi dan kecemerlangan dalam persekitaran terbina, mencipta masa depan lestari buat semua."

Pengarah-pengarah Lembaga Penasihat Asia GISI yang lain termasuk Dickson Lo, Prof. Christopher Chao dari Hong Kong dan Billy Wong dari Singapura.

Syarikat-syarikat kendalian GISI yang terkemuka di Asia di bawah platform Kejuruteraan dan Perundingan Global, merangkumi Asia Infrastructure Solutions dan J Roger Preston. Untuk butiran lanjut mengenai inisiatif dan sumbangan mereka, kunjungi www.asiainfrasolutions.com dan www.jrp-group.com.

Latar Belakang GISI

GISI merupakan antara firma pengurusan pembinaan milik persendirian yang terbesar dalam pasaran bangunan komersial, industri dan penjagaan kesihatan. GISI juga merupakan penyedia perkhidmatan perundingan kejuruteraan yang terkemuka dalam sektor persekitaran dan infrastruktur awam serta penyedia global Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) untuk menyampaikan program-program yang memberi impak sosial berkekalan di lebih 100 negara. Melalui usaha daripada 14,000 pekerja kami, GISI menjana hasil tahunan melebihi AS$12 bilion. Kunjungi www.GISI.com.

Source: Global Infrastructure Solutions, Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate Personnel announcements