omniture

SJM di Jerayawara Malaysia "Alami Macau, Tanpa Batasan"

SJM Resorts, S.A.
2023-10-12 12:30 24

Mempamerkan Pelbagai Tarikan Pelancong Macau

Mencipta Percutian Impian untuk Pengembara Asia

MACAU12 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- SJM dijadualkan untuk mengambil bahagian dalam jerayawara "Alami Macau, Tanpa Batasan" ("Experience Macao, Unlimited"), dianjurkan oleh Pejabat Pelancongan Kerajaan Macau ("MGTO") mulai 12 hingga 15 Oktober di One Utama Mall, Kuala Lumpur, Malaysia. SJM akan mempromosikan tawaran pelancongannya yang luar biasa di bawah jenama Lisboa dan mempamerkan pelbagai tarikan "pelancongan +" di Macau yang menekankan statusnya sebagai "Pusat Pelancongan dan Libur Dunia" dalam pasaran pelancong Asia. Sepanjang acara selama empat hari ini, SJM akan menonjolkan himpunan kemudahan dan aktiviti menarik dalam portfolionya. Di samping itu, tetamu boleh mengambil bahagian dalam aktiviti pengumpulan setem di lapangan dan menyertai cabutan bertuah bagi memenangi hadiah percuma yang ditawarkan oleh SJM untuk percutian impian.

Reka bentuk reruai SJM mengundang pengunjung untuk menghayati kemegahan Timur dan Barat. Pengunjung akan terpegun dengan menara hotel mewah SJM, hidangan masakan global, kemudahan spa dan kesejahteraan, pengalaman membeli belah dan ruang konvensyen serba guna yang ditawarkan oleh Grand Lisboa Palace dan Grand Lisboa Hotel serta siri aktiviti SJM yang menarik, menawarkan pengalaman libur dan pengembaraan yang tidak dapat dilupakan secara unik kepada tetamu.

MGTO akan menganjurkan kempen pengumpulan setem dan cabutan bertuah yang melaluinya pengunjung akan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti penginapan percuma dan sarapan pagi bufet, ihsan daripada SJM. SJM akan turut melancarkan "Pakej Penginapan Mewah Lisboa" jerayawara-eksklusif di Grand Lisboa Palace Macau dan "Pakej Pelancongan Bergaya" di THE KARL LAGERFELD MACAU, bagi membolehkan tetamu menikmati penginapan mewah dan sarapan pagi yang enak. Penduduk dan pelancong Malaysia boleh mendaftar sebagai ahli SJM Supreme Card dan mendapatkan bungkusan alu-aluan eksklusif bernilai MOP1,350 (bersamaan dengan kira-kira RM790 berdasarkan kepada kadar tukaran pasaran).

SJM menumpukan perhatian untuk mencipta pengalaman kulinari yang hebat dan memantapkan daya tarikan Macau sebagai Bandar Kreatif Gastronomi. Ia akan mengundang sekumpulan cef yang terkenal di dunia untuk berkolaborasi dalam acara kulinari, seperti "MICHELIN Star Table" dengan kerjasama MICHELIN Guide Hong Kong Macao. Khususnya, sebuah jamuan Perancis mewah dihoskan secara bersama oleh dua restoran dengan tiga bintang MICHELIN, termasuk Robuchon au Dôme di Grand Lisboa Hotel, dijadualkan berlangsung pada 15 dan 16 November. Di samping itu, SJM dijadualkan untuk membawakan "Chef's Table: A Symphony of Senses" pada Disember ini, satu kolaborasi antara Palace Garden Grand Lisboa Palace dan sebuah lagi restoran bertaraf berlian daripada Black Pearl Restaurant Guide. Tempahan untuk ekstravaganza gastronomi ini kini dibuka. Dengan reputasi cemerlang selama 50 tahun dalam bidang kulinari Macau, usaha menjamu selera SJM disanjung tinggi oleh pakar minat makanan antarabangsa. Portolio berkenaan merangkumi Mesa by José Avillez di Grand Lisboa Palace, satu perkongsian bersama José Avillez, cef dua bintang MICHELIN Portugis pertama; Don Alfonso 1890, yang merangkumkan intipati masakan Itali Selatan melalui kolaborasi dengan cef legenda Alfonso Iaccarino; masakan "Kappo" premium di Zuicho; serta restoran Cina tiga bintang MICHELIN The 8 di Grand Lisboa dan juga restoran stik inovatif dengan satu bintang MICHELIN, The Kitchen.

SJM telah lama menjadi penyokong teguh terhadap budaya dan sukan di Macau. Mulai sekarang hingga pertengahan November, Grand Lisboa Palace mempersembahkan "Pertunjukan Kreatif Miffy - Mengembara dengan Bergaya", yang menjadi pameran sulung karakter itu di bandar ini. Di samping itu, SJM turut melancarkan "MOONLIGHT SPLENDOUR – Festival Tanglung SJM ", yang mana para artis dari Asia menawarkan persembahan kontemporari terhadap seni tanglung tradisional berskala besar. Selain daripada inisiatif budaya, SJM turut menyokong pelbagai acara sukan, termasuk "Pusingan Akhir Profesional SJM CTA Tour (Macau) dan Kejohanan Tenis Kebangsaan," dijadualkan berlangsung pada bulan Disember. Program budaya dan sukan yang pelbagai ini menonjolkan daya tarikan "Pelancongan+" Macau dan menawarkan pengalaman unik kepada pelancong.

 

Reruai SJM di jerayawara “Alami Macau, Tanpa Batasan” di Malaysia memperkenalkan pengalaman libur dan pelancongannya yang pelbagai di Grand Lisboa Palace.
Reruai SJM di jerayawara “Alami Macau, Tanpa Batasan” di Malaysia memperkenalkan pengalaman libur dan pelancongannya yang pelbagai di Grand Lisboa Palace.

 

Grand Lisboa Hotel SJM memaparkan penginapan mewah dan pengalaman masakan global kepada pengunjung.
Grand Lisboa Hotel SJM memaparkan penginapan mewah dan pengalaman masakan global kepada pengunjung.

 

SJM akan melancarkan “Pakej Penginapan Mewah Lisboa” eksklusif-jerayawara untuk pengalaman penginapan mewah di Grand Lisboa Palace Macau lima bintang.
SJM akan melancarkan “Pakej Penginapan Mewah Lisboa” eksklusif-jerayawara untuk pengalaman penginapan mewah di Grand Lisboa Palace Macau lima bintang.

 

Nikmati “Pakej Pelancongan Bergaya” di THE KARL LAGERFELD MACAU untuk penginapan mewah di satu-satunya menara hotel di dunia yang diilhamkan oleh mendiang tokoh termasyhur fesyen itu.
Nikmati “Pakej Pelancongan Bergaya” di THE KARL LAGERFELD MACAU untuk penginapan mewah di satu-satunya menara hotel di dunia yang diilhamkan oleh mendiang tokoh termasyhur fesyen itu.

 

Acara kulinari mewah “MICHELIN Star Table” dengan kerjasama MICHELIN Guide Hong Kong Macao akan dihoskan secara bersama oleh dua restoran tiga bintang MICHELIN termasuk Robuchon au Dôme di Grand Lisboa Hotel pada 15 dan 16 November.
Acara kulinari mewah “MICHELIN Star Table” dengan kerjasama MICHELIN Guide Hong Kong Macao akan dihoskan secara bersama oleh dua restoran tiga bintang MICHELIN termasuk Robuchon au Dôme di Grand Lisboa Hotel pada 15 dan 16 November.

 

Source: SJM Resorts, S.A.
Keywords: Hotels and Resorts Travel Trade show news