omniture

LONGi pamerkan modul siri Hi-MO di Pameran IGEM di Malaysia

LONGi
2023-10-12 17:38 29

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- LONGi telah memperkenalkan modul siri Hi-MO berprestasi tinggi di Pameran & Persidangan Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM 2023) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 4 hingga 6 Oktober 2023. IGEM yang memfokuskan diri pada aplikasi teknologi hijau, pemeliharaan alam sekitar, dan tenaga boleh baharu adalah platform yang ideal bagi penyedia penyelesaian dan syarikat tenaga hijau untuk merintis pasaran yang pesat berkembang di rantau ASEAN.

Di pameran tersebut, LONGi memperkenalkan produk terkini mereka, iaitu siri Hi-MO 7, dengan teknologi sel HPDC, mengusung tema "Memimpin yang Terbaik untuk MENERANGI Masa Depan Hijau." Modul ini menonjol dengan saiz standard baharu 2382 x 1134mm, mematuhi format 72 sel untuk memastikan kualiti produk dan keserasian elektrik. Dengan modul jenis-N yang menghasilkan lebih 600W, siri ini memberikan prestasi unggul dengan kecekapan penukaran sehingga 22.5% dan output maksimum 610W. Kebolehpercayaan dan keberkesanan kos yang tinggi menjadikan modul ini diberi perhatian dan sokongan yang besar oleh pelanggan di Asia Tenggara.


Satu lagi sorotan pameran ialah penampilan pertama modul Hi-MO X6 dinaik taraf, yang menampilkan teknologi sel HPBC termaju. Modul-modul ini memiliki kecekapan penukaran yang lebih tinggi dan LCOE lebih rendah berbanding modul-modul tradisional. Dengan kecekapan sehingga 23.3% dalam pengeluaran besar-besaran, modul Hi-MO X6 mewakili pencapaian penting untuk pasaran teragih di peringkat global.


Pada hari pertama pameran, LONGi memenangi anugerah "Reruai Lestari Terbaik" daripada pihak penganjur di IGEM 2023. Anugerah tersebut mengetengahkan pengiktirafan oleh penganjur terhadap prestasi pembangunan lestari LONGi serta pengesahan jenama dan pengaruh global LONGi.

Malaysia, terkenal dengan sumber solarnnya yang begitu banyak dan inisiatif kerajaan menuju ekonomi hijau, menjadi salah satu pasaran fotovolta yang paling rancak di dunia. LONGi bermatlamat untuk memperkukuh kehadirannya di Malaysia dan menyumbang kepada pertumbuhan industri fotovolta serta pembangunan tenaga boleh baharu. Melalui inovasi teknologi yang berterusan dan komitmen terhadap kualiti, LONGi berusaha untuk memimpin industri ini dan mempermudah pencapaian yang lebih besar dalam transformasi tenaga di Asia Tenggara.

Latar Belakang LONGi

Ditubuhkan pada tahun 2000, LONGi komited untuk menjadi syarikat teknologi solar yang terkemuka di dunia, memfokuskan kepada penciptaan nilai yang didorong oleh pelanggan untuk transformasi tenaga senario penuh.

Di bawah misinya untuk 'memanfaatkan tenaga solar sebaik mungkin demi membina dunia hijau', LONGi menumpukan perhatiannya kepada inovasi teknologi dan menubuhkan lima sektor perniagaan, meliputi sel dan modul wafer mono silikon, penyelesaian solar teragih komersial & industri, penyelesaian tenaga hijau dan juga peralatan hidrogen. Syarikat ini telah mengasah keupayaannya untuk menyediakan tenaga hijau dan baru-baru ini, turut menerima produk dan penyelesaian hidrogen hijau bagi menyokong pembangunan karbon sifar global. www.longi.com/en

 

Source: LONGi
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Utilities New products/services Trade show news