ANTA Group akan menyumbang derma berupa barangan dan wang tunai bagi menyokong sukan UNHCR untuk program perlindungan dan pendidikan di seluruh dunia
KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- ANTA Group dan UNHCR, Agensi Pelarian PBB hari ini mengumumkan perkongsian global baharu yang memfokuskan untuk memperkasa kanak-kanak dan belia tersingkir melalui pendidikan dan sukan yang berpotensi mengubah kehidupan.
Photo credit: UNHCR/Azwan Rahim Mr. Lai Shixian, Executive Director and co-CEO of ANTA Group and Ms. Tina Friis Hansen, Global Head of UNHCR's Private Sector Partnerships Service, sign the agreement for the new global partnership, Moving for Change.
Perkongsian selama tiga tahun, digelar 'Moving for Change' ('Bergerak demi Perubahan') akan menyokong program Primary Impact UNHCR bagi meningkatkan akses kepada pendidikan peringkat rendah, sukan, sumber pengajaran dan pembelajaran; serta untuk meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak, kebingkasan dan kesediaan untuk belajar melalui sumbangan berupa barangan dan wang tunai. Sumbangan akan dapat menyokong anak muda yang tersingkir di Malaysia, Thailand, Burundi dan banyak lagi di seluruh dunia.
"ANTA Group dengan bangganya bekerjasama dengan UNHCR untuk membawa kuasa dan keseronokan sukan serta pendidikan kepada kanak-kanak dan anak muda yang tersingkir di seluruh dunia," kata En. Lai Shixian, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, ANTA Group. "Sebagai warga global, menjadi tanggungjawab ANTA Group untuk menyumbang kepada bantuan kemanusiaan global. Sejak 16 tahun yang lalu, ANTA telah menderma lebih daripada 2.2 bilion yuan Cina kepada program-program yang bersifat dermawan dan bantuan kemanusiaan. Ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat global pertama kami dan kami mendapat rakan kongsi yang berkedudukan sangat baik untuk memastikan kami dapat menyokong antara cabaran yang paling mendesak yang dihadapi oleh dunia kita pada hari ini. Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan UNHCR dan memainkan peranan dalam merealisasikan pembangunan mampan dengan mengupayakan pendidikan yang berkualiti serta peluang yang sama rata untuk kanak-kanak dan belia yang terdedah pada bahaya."
Dalam persekitaran perpindahan secara terpaksa, sukan dan program berasaskan permainan telah digunakan dengan berkesan sebagai sebahagian daripada perlindungan kanak-kanak, pendidikan dan intervensi kesejahteraan psikososial. Justeru itu, Moving for Change menyasarkan untuk mendekati 300,000 orang kanak-kanak dan belia yang telah terjejas akibat perpindahan secara terpaksa di seluruh dunia menjelang tahun 2025.
Photo credit: UNHCR/Azwan Rahim Mr. Will Wang, Vice President of ANTA Group and Chairman and President of ANTA SEA and Mr. Thomas Albrecht, UNHCR Representative in Malaysia, exchange gifts at the launch of the new global partnership, Moving for Change.
"Perkongsian sektor swasta seperti perkongsian dengan ANTA Group memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak dan belia yang disingkirkan secara paksa mengakses pendidikan yang berkualiti dan membina masa depan yang lebih cerah," kata Tina Friis Hansen, Ketua Perkongsian Sektor Swasta UNHCR.
Perkongsian global antara UNHCR dan ANTA Group memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan No. 4 (Pendidikan Berkualiti) dan No. 17 (Perkongsian untuk Matlamat).
Photo credit: UNHCR/Azwan Rahim Mr. Keane Shum, UNHCR Malaysia Senior Protection Officer, hands part of the contribution from the Moving for Change partnership to Mr. Tony Avbiorokoma, a sports coach at the MSRI learning centre for refugee children in Kuala Lumpur.
Latar Belakang UNHCR
UNHCR, Agensi Pelarian PBB, memimpin tindakan antarabangsa untuk melindungi orang yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka lantaran konflik dan penindasan. Pertubuhan ini menyampaikan bantuan menyelamatkan nyawa seperti tempat perlindungan, makanan dan air, membantu melindungi hak asasi manusia dan membangunkan penyelesaian yang dapat memastikan orang ramai mempunyai tempat selamat untuk didiami yang membolehkan mereka membina masa depan yang lebih baik. UNHCR juga berusaha untuk memastikan orang tak bernegara diberi kerakyatan.
Latar Belakang ANTA Group
ANTA ditubuhkan pada tahun 1991, manakala ANTA Sports Products Limited, sebuah syarikat pakaian sukan global yang diiktiraf secara meluas, disenaraikan pada Papan Utama HKEx pada tahun 2007 (Kod saham: 2020.HK). Selama bertahun-tahun, ANTA Group terlibat terutamanya dalam reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan, pemasaran dan penjualan produk sukan profesional termasuk kasut, pakaian dan aksesori kepada pengguna di seluruh dunia. Dengan menerima portfolio jenama yang menyeluruh termasuk ANTA, FILA, DESCENTE dan KOLON SPORT serta dengan mewujudkan konsortium pelabur untuk memperoleh Amer Sports dengan jayanya pada tahun 2019, kumpulan pakaian sukan global yang memiliki jenama-jenama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa termasuk Arc'teryx, Salomon, Wilson, Peak Performance, Atomic, dsb. ANTA Group bermatlamat untuk menyerlahkan potensi kedua-dua pasaran pakaian sukan besar-besaran dan berkualiti tinggi.
Sejak tahun 2007, ANTA Group menyumbang lebih CNY2.2 bilion/USD$30 juta bagi menyokong bantuan kemanusiaan antarabangsa, pembasmian kemiskinan dan penambahbaikan infrastruktur pendidikan sukan luar bandar serta kemudahan kesihatan awam dan juga pemuliharaan biodiversiti.