omniture

Kilang Midea RAC Thailand serahkan Set AC ke-1 Juta, Buka Lembaran Baharu dalam Pembuatan Pintar

Midea RAC
2023-10-13 10:57 120

PATTAYA, Thailand, 13 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Pada 10 Oktober, bertemakan "Menginovasi demi Masa Depan", Persidangan Pelanggan Global Midea RAC & Majlis Penyerahan Set Kesejuta Kilang Midea RAC Thailand telahpun diadakan di Thailand. Gabenor Wilayah Chonburi, Kaunselor Kedutaan Cina di Thailand, Ketua Pengarah Industrial Estate Authority of Thailand (IEAT), serta Presiden Midea RAC, eksekutif-eksekutif lain dan wakil-wakil pelanggan global menghadiri majlis tersebut.


Kilang Midea RAC di Chonburi, Thailand, yang menelan kos lebih USD 137 juta, telah mengeluarkan unit kesejutanya dalam tempoh kurang daripada setahun selepas pelancarannya pada November 2022. Ini bukan sahaja melambangkan kejayaan Midea RAC dalam "teknologi dan jualan" dengan menyetempatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan, tetapi juga permulaan peringkat baharu untuk pelaksanaan strategi globalnya.

Sejak melepasi pencapaian mengeksport unit kesejutanya pada 2003, Midea RAC dapat mengeksport lebih daripada 30 juta unit setiap tahun. Pada 2022, Midea menduduki kedudukan No.1 di China berdasarkan jualan domestik dan eksport dan secara global dari segi jualan siri R290 yang mesra alam.

Midea RAC turut mengundang pusat-pusat penyelidikan Midea di Jepun, Eropah, Amerika Utara dan Pusat Reka Bentuk Milan ke acara itu, yang mana ia memperkenalkan buat julung kalinya penyelesaian iklim dan tenaga seluruh rumah, termasuk teknologi penyongsang, penyelesaian hijau seluruh dunia, ruang kediaman baharu dan reka bentuk AC. Teknologi penyongsang pintar berasaskan AI generasi baharunya dapat mengawal penukaran frekuensi dengan lebih baik melalui algoritma AI dan pengkomputeran awan, lalu menghasilkan kesan jimat tenaga terunggul. Midea RAC turut melancarkan MHELIOS, sistem tenaga rumah pintar, menggabungkan storan solar dan penyejukan/pemanasan cekap dengan peralatan Midea.

Midea menekankan kepimpinan teknologi dan membuat penyesuaian yang pantas mengikut perubahan pasaran, memfokuskan pada penaiktarafan produk serta menubuhkan ekosistem kerjasama untuk industri yang mampan. Memperlihatkan komitmennya terhadap alam sekitar, Midea RAC berkolaborasi dengan UNIDO, menggantikan bahan penyejuk yang berbahaya dengan propana mesra alam (R-290), diiktiraf oleh Euromonitor International sebagai Syarikat Penyaman Udara R290 No.1 di Dunia.

Midea RAC turut meningkatkan kerjasama penyelidikan-universiti-industri. Di acara itu, ia memeterai perjanjian dengan UTCC untuk memulakan pusat pertukaran teknologi hijau dan program latihan bakat.

Midea RAC memperkukuh perkhidmatan globalnya melalui inovasi yang berterusan dan perkongsian. Ia juga melatih lebih ramai bakat tempatan untuk menyampaikan produk yang lebih cekap dan lebih selamat sehingga ke standard yang lebih tinggi.

Midea RAC akan menyediakan pengalaman kehidupan hijau dan pintar kepada lebih ramai pengguna, tatkala ia terus mengusahakan strategi "menuju ke tahap lebih tinggi" dan penyetempatannya di tengah-tengah pengembangan globalnya.

Source: Midea RAC
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics HVAC Retail Utilities Corporate Expansion Licensing/marketing agreements New products/services Artificial Intelligence General Manufacturing