omniture

Huawei Lancar Enam Penaiktarafan Teknikal F5.5G untuk Tingkatkan Keupayaan Rangkaian dan Cipta Kitaran Perniagaan Positif

Huawei
2023-10-13 14:01 49

DUBAI, UAE, 13 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Semasa UBBF 2023, Kim Jin, Naib Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei, menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Rangkaian Optik-Penuh Hijau mengenai "Inovasi F5.5G, Mempercepatkan Pertumbuhan Baharu". Berdasarkan kepada analisis keperluan penaiktarafan sambungan yang dibawakan oleh rangkaian gigabit yang berkembang maju dan pengalaman 10Gbps berketentuan pada masa akan datang, Huawei melancarkan enam penaiktarafan teknikal untuk melangkah ke F5.5G. Penaiktarafan ini akan menyasarkan untuk menggalakkan peningkatan keseluruhan terhadap pengalaman, seni bina dan kecekapan, membantu operator mempercepatkan kitaran perniagaan yang positif dan mencapai kejayaan perniagaan semasa evolusi yang lancar ke F5.5G. Huawei turut menyeru semua pihak dalam industri ini untuk bersama-sama mempromosikan kematangan dan aplikasi F5.5G dan mencapai "10Gbps Di Mana-mana Sahaja" secara berperingkat-peringkat.

Kim Jin delivering a keynote speech
Kim Jin delivering a keynote speech

Naik taraf daripada FTTR kepada FTTR-B, diperluaskan daripada rumah ke perusahaan

FTTR telah digunakan untuk sekitar 10 juta isi rumah. FTTR-B Huawei mengaplikasikan FTTR kepada perusahaan untuk menyediakan sambungan premium dalam pelbagai senario, seperti bangunan komersial, gedung bersaiz kecil dan sederhana serta kampus kecil, lalu mencapai lebar jalur 2Gbps dan 300 pengguna serentak.

Naik taraf daripada Wi-Fi premium kepada jalur lebar premium, mempercepatkan pengewangan pengalaman

Wi-Fi premium telah digunakan dalam lebih daripada 60 rangkaian pelanggan di seluruh dunia. Selepas penaiktarafan, jalur lebar premium melaksanakan kesedaran pengguna yang tepat berdasarkan kepada analisis data raya dan melaksanakan O&M dengan proaktif. Ia meningkatkan keupayaan pemasaran yang jitu dan kepuasan jalur lebar pengguna serta mengurangkan kadar pulangan pelanggan.

Naik taraf daripada PON 10G kepada PON 50G, mencapai evolusi lancar kepada pengalaman 10 Gbps

Huawei, bersama-sama 85 operator menggunakan lebih daripada 17 juta port PON 10G. Dibandingkan dengan purata industri. PON 50G Huawei dapat meningkatkan lebar jalur huluan sebanyak 20% dan mengurangkan kependaman daripada tahap-ms kepada tahap-us, lalu memenuhi keperluan QoS pada pelbagai perkhidmatan.

Naik taraf baharu kepada Alps-WDM Enhanced, mempercepatkan pembangunan semua-perkhidmatan

Alps-WDM telah digunakan dalam lebih daripada 50 rangkaian komersial dan ujian di seluruh dunia. Alps-WDM Enhanced menambah baik modul pensuisan optik-penuh dan membolehkan pembawa memperluaskan OTN ke tapak sub CO, memenuhi keperluan berbilang senario dan berbilang perkhidmatan serta meningkatkan penggunaan semula rangkaian-langsung serta keupayaan penggunaan yang fleksibel.

Naik taraf daripada 400G kepada 800G, mencapai kapasiti ultra-besar dan transmisi rangkaian tulang belakang jarak amat jauh

Huawei telah menempatkan penyelesaian 400G pada lebih daripada 100 rangkaian di seluruh dunia. Dengan menaik taraf bahan, algoritma dan struktur, penyelesaian 400G/800G Super Huawei dapat meningkatkan jarak transmisi sebanyak 20% dan mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 50%. Modul WSS jalur C+L Super melaksanakan pensuisan optik-penuh beberapa jalur pada modul yang sama, meningkatkan kapasiti gentian-tunggal dan peralatan sebanyak 100%.

Naik taraf daripada peta kependaman kepada jaminan SLA, mempercepatkan pengewangan SLA rangkaian

Talian persendirian premium OTN Huawei menyediakan sambungan andal dengan kependaman berketentuan untuk lebih daripada 10,000 perusahaan. Penaiktarafan ini menggunakan fungsi pengesyoran laluan optimum untuk meningkatkan keupayaan pengewangan SLA, memendekkan tempoh perkhidmatan TTM kepada beberapa hari dan mencapai keandalan rangkaian lebih tinggi daripada 99.999%. Dengan cara ini, ia dapat meningkatkan kecekapan dan juga menambah hasil untuk pengguna.

Six F5.5G technical upgrades promoting comprehensive improvement in terms of experience, architecture, and efficiency
Six F5.5G technical upgrades promoting comprehensive improvement in terms of experience, architecture, and efficiency

Berdasarkan kepada lapan inovasi teknologi berorientasikan F5.5G yang dilancarkan di UBBF 2022, Huawei terus berinovasi dan melancarkan enam penaiktarafan teknikal tambahan kali ini untuk meningkatkan sepenuhnya keupayaan rangkaian dan menggalakkan selanjutnya industri ini melangkah ke F5.5G. Kim Jin berkata, "Pada masa depan, kami akan terus membangunkan penyelesaian optimum yang berorientasikan kepada F5.5G. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pembawa global dan rakan kongsi industri untuk menggalakkan pembangunan industri, mencapai visi OptiX Ke Mana-mana Sahaja dan 10Gbps Di Mana-mana Sahaja."

Hubungi
Rita Peng
pengqiuyu1@huawei.com 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news Artificial Intelligence